Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 21 Oktober 2010

Anggota Parlimen Hamas: Kesediaan Abbas ketepikan hak-hak rakyat Palestin satu penghinaan


Khamis ,21/10/2010 – Para penggubal undang-undang Hamas mengutuk kenyataan yang dibuat oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tentang kesediaannya mengetepikan hak-hak sejarah rakyat Palestin serta menyifatkannya sebagai suatu yang memalukan dan tidak bertanggungjawab. Mereka turut menegaskan bahawa hak-hak negara dan kepentingannya adalah suatu yang bukannya asing serta menjadi milik semua rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dibuat pada hari Selasa, para penggubal undang-undang tersebut menyifatkan kenyataan Abbas itu adalah sebahagian daripada polisi berkomprominya dan membebankan rakyat Palestin. Tegas mereka lagi, Abbas tidak berhak ke atas semua sejarah rakyat Palestin dan satu-satunya cara untuk mengakhiri konflik rakyat Palestin dengan rejim Zionis adalah melalui penentangan tanpa kompromi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan