Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 19 Oktober 2010

Bahar rayu Jordan membantu Gaza dalam bidang perubatan


Selasa, 19/10/2010 - Dr. Ahmer Bahar, Timbalan Speaker I dalam Majlis Perundangan Palestin (PLC) merayu negara Jordan memberi bantuan kepada Genting Gaza dalam bidang perubatan serta menyeru masyarakat Arab dan Palestin bersatu menentang keangkuhan rejim Zionis.

“Kita mahukan masyarakat Arab dan Palestin bersatu-padu bagi membolehkan kita berdepan dengan keangkuhan rejim Zionis,” kata Dr. Bahar dalam satu acara yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri di sebuah hospital milik Jordan pada petang Sabtu lalu. Satu delegasi perubatan dari Jordan turut hadir
acara itu.

Dr, Bahar merayu rakyat dan kerajaan Jordan segera menyahut seruan bagi memikul tanggungjawab dan menyelamatkan penduduk Gaza selepas diperangi oleh rejim Zionis. Beliau juga melahirkan rasa bangga dan gembira dengan kehadiran anggota perubatan dari Jordan di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan