Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 6 Oktober 2010

Bardawil: Mahkamah Fatah Dibeli oleh Israel


Khamis ,07/10/2010 – Pemimpin Hamas dan MP Dr Salah Bardawil mengatakan perbicaraan yang diadakan terhadap penyokong Hamas di mahkamah Fatah di Tebing Barat tidak sah dan mencerminkan tahap penglibatan Fatah dalam kerjasama dengan Israel.

“Kami tidak mengakui kuasa di Ramallah kerana ia merupakan kuasa yang tidak terpilihj dan tidak sah dan mahkamah yang tidak mempunyai hubungan dengan undang-undang Palestin kerana ia merupakan mahkamah politik dibayar oleh Israel,” kata Bardawil dalam sebuah kenyataan hari Selasa.

“Mahkamah yang menerima gaji dari penjajah Zionis seharusnya tidak mengaku ianya sebagai mahkamah Palestin,” tambah MP. Bardawil mengatakan, keputusan mahkamah PA seiring dengan lawatan Ketua tentera Israel Staf Gaby Ashkenazi ke Baitullaham dan pembakaran masjid oleh penduduk di dekat kota Baitullaham.

Bardawil menyeru Fatah untuk menamatkan kecuaian mereka dengan agen Israel, dan menekankan bahawa tindakan mereka berkonflik dengan konsep penyatuan Palestin yang dibincangkan baru-baru ini. Brigade Qassam, yang merupakan sayap bersenjata Hamas berkata perbicaraan terhadap para pejuang mereka yang berjuang di Tebing Barat merupakan “pengkhianatan jelas”, dan menyebut ini adalah langkah mula bagi kemusnahan Fatah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan