Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 12 Oktober 2010

Begitulah serang hendap terhadap syuhada’ Al-Karimi dan An-Natsheh


Rabu ,13/10/2010 – “Jam menghampiri pukul 7.30 petang hari Khamis itu (7 Oktober), dan di sana ada beberapa pesawat di udara, dan sebahagiannya turun mendekati beberapa kawasan di sekeliling tempat tinggal kami di Bukit Jauhar”, ujar seorang saksi jenayah Zionis kepada Pusat Informasi Palestin.

Saksi tersebut menambah, “saya menutup semua lampu untuk melihat dengan lebih jelas, kerana saya merasai kehadiran pasukan yang asing, kemudian anak lelaki saya memberitahu bahawa terdapat sebuah kereta jenis 608 diletakkan berdekatan rumah Abu Asnenah yang bertentangan dengan rumah kami, dan ini adalah luar biasa kerana kereta ini adalah jenis kereta bertujuan komersil yang sering digunakan untuk membeli sayur-sayuran di kawasan yang jauh daripada jalan utama. Maka saya sedar bahawa tentu ada sesuatu yang sedang berlaku.”

Sambung saksi itu lagi, “pada lebih kurang pukul 8.30 malam, bekalan elektrik terputus dan kami terpaksa berada dalam kegelapan, saya terkejut apabila anak lelaki saya memberitahu bahawa rumah jiran kamu sedang disuluhi dari luar, dan dia membawa saya menjenguk ke luar tingkap. Saya nampak kereta sayur-sayuran dihadapan rumah itu terbuka lampunya, dan di sana terdapat beberapa orang pemuda yang memakai pakaian biasa berlegar di sekeliling kereta itu. Saya melihat dengan lebih dekat untuk memastikan bahawa samaada mereka adalah tentera Zionis dan saya dapati bahawa mereka adalah pasukan khas yang dihantar untuk menceroboh rumah Al-Jawar dari keluarga Burqon yang mempunyai ramai syuhada’ dan pejuang yang telah mempertahankan keamanan di An-Natsheh dan membangunkan Al-Karimi.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan