Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 14 Oktober 2010

Doktor Dari Australia dan Itali Beroperasi di Hospital Eropah Gaza


Jumaat, 15/10/2010 – Hospital Eropah di Gaza menerima delegasi perubatan daripada Itali dan Australia, yang mempunyai kepakaran dalam pembedahan lutut, dalam lawatan lapan hari di Gaza.

“Pasukan perubatan itu akan membantu untuk mengurangkan impak penaklukan kepada pesakit di Gaza. Mereka akan menyediakan perkhidmatan perubatan bertahap tinggi kepada mereka dan menyelamatkan mereka dari kepayahan untuk ke luar negara dan kos yang tinggi,” kata Pengarah Hospital, Abdel Latif al-Hajj.

Dr. Patrick Keenan yang mengetuai delegasi itu berkata bahawa beliau sangat gembira untuk melawat Gaza. “Kami datang ke sini (Gaza) untuk membantu meringankan penderitaan pesakit di Semenanjung Gaza yang dialami oleh mereka di sini.” Dr. Keenan sebelum ini pernah beroperasi untuk pesakit Palestin semasa Pembunuhan Beramai-ramai di Jenin, Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan