Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 8 Oktober 2010

Dr. Aziz Duweik Meminta Sidang Kemuncak Arab Memberi Perlindungan Tempat Suci Islam


Ketua Dewan Legislatif Palestin Dr. Aziz Duweik menyampaikan surat kepada Presiden Libya Muammar Qadafi yang membawa beberapa usul kepada Liga Arab yang akan mengadakan pertemuan hari Sabtu ini di bandar Sirte, Libya. Beliau meminta agar usul yang dikemukakan dimasukkan dalam agenda pertemuan Sidang Kemuncak Arab.

Duweik menyeru Sidang Kemuncak Arab dan para peserta yang hadir agar memikirkan solusi bagi masalah yang dihadapi anggota dewan legislatif Palestin di al Quds yang terancam oleh penjajah Zionis Israel. Beliau meminta Liga Arab memberikan perlindungan secukupnya kepada masjid-masjid dan tempat-tempat suci yang mengalami serangan bertubi-tubi siang dan malam secara terangan-terangan. Selain itu beliau meminta peserta yang hadir agar menarik sokongan yang diberikan Arab untuk melanjutkan perundingan dengan penjajah Zionis.

Dalam suratnya, Duweik mengakhirinya dengan meminta Liga Arab dan Sidang Kemuncak Arab agar mengungkapkan kemarahannya terhadap serangan tempat suci umat Islam dan menyatakan sokongan terhadap isu Palestin dan berpihak kepada mereka yang menjadi mangsa (rakyat Palestin).

sumber : COMES

Tiada ulasan:

Catat Ulasan