Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 25 Oktober 2010

Gaza Adalah Harapan Dan Martabat Arab Dan Islam


25 Oktober 2010 - Rafah - Ketua delegasi Algeria yang mengujungi Gaza, Abdel Razzaq Maqri, memuji ketabahan rakyat Gaza dalam menentang kezaliman penjajah Israel dan menggambarkan Jalur Gaza yang masih lagi terkepung sebagai harapan dan martabat masyarakat Arab dan Islam.

Ini berlaku dalam pertemuan yang diadakan pada hari Sabtu malam oleh Gerakan Hamas di daerah Rafah bagi meraikan delegasi Algeria yang tiba di Gaza sebagai sebahagian dari konvoi bantuan "Lifeline 5".

Maqri juga menyatakan dalam ucapannya yang sokongan berterusan dari masyarakat Arab dan Islam untuk Gaza berpunca dari ketabahan dan kesungguhan rakyatnya yang mengkagumkan dalam menentang kekerasan dan pengepungan Israel.

Beliau juga menyatakan yang kegagalan bagi ramai peserta konvoi Armada Kebebasan untuk sampai ke Gaza dan apa yang telah terjadi kepada mereka ketika serangan ganas Israel ke atas kapal mereka membuatkan mereka lebih tegas untuk mengambil bahagian dalam kempen "Lifeline" semata-mata untuk sampai juga akhirnya ke Gaza.

Berikutan pertemuan itu, delegasi Algeria telah melawati kawasan Rafah untuk bertemu dengan warga-warganya dan melihat dari dekat keadaan kehidupan mereka dan kesan pengepungan Israel serta perang yang lalu ke atas mereka.

Konvoi bantuan "Lifeline 5" tiba lewat pada hari Khamis di Gaza dan terdiri dari 340 orang aktivis dari 30 buah negara, termasuk 120 orang rakyat Algeria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan