Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 31 Oktober 2010

Haaretz: Pegawai tinggi PA beri syarahan kepada pegawai dan tentera rejim Zionis di pengkalan tentera


Isnin, 01/11/2010 - Akhbar Haaretz melaporkan bahawa beberapa orang pegawai kanan pergerakan Fatah telah memberi syarahan dan pembentangan kepada pegawai-pegawai dan pelatih baru pihak keselamatan, dan perisik rejim Zionis serta ketua-ketua penempatan-penempatan haram Yahudi. Syarahan tersebut bertempat di salah-sebuah pengkalan tentera rejim Zionis (IOF) di Tebing Barat.

Menurut akhbar itu lagi, siri syarahan dan pembentangan tersebut merupakan anjuran pihak IOF dan pentadbiran awam di Tebing Barat. Penganjurannya bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada para peserta tentang semua perubahan dan pembangunan yang berlaku di Tebing Barat. Ia juga bertujuan untuk menjelaskan kepada IOF tentang sebarang kesukaran yang akan mereka hadapi ketika menjalankan misi mereka di kawasan yang tinggi populasi rakyat Palestin.

Haarets menganggap kerjasama dalam bidang keselamatan antara pihak berkuasa Palestin (PA) dan rejim Zionis sebagai satu perintis dan sentiasa berkembang. Ia turut mengesahkan bahawa berlaku pertukaran maklumat antara kedua-dua belah pihak dan PA telah menyerahkan kepada rejim Zionis semua senjata yang dirampasnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan