Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 19 Oktober 2010

Hamdan: Lawatan perantara Jerman tidak membawa sebarang pembaharuan kepada perjanjian Shalit


Selasa, 19/10/2010 - Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Osama Hamdan menafikan laporan televisyen tentang kedatangan perantara dari Jerman telah berjaya mengurangkan jurang dalam rundingan pertukaran tahanan.

Hamdan berkata pada Ahad, perbincangan tentang perkembangan rundingan tersebut merupakan satu usaha oleh Netanyahu untuk mengelakkan tekanan dalaman daripada keluarga Shalit serta para penyokongnya.

“Terdapat perakuan daripada sumber dalaman Israel bahawa Netanyahu merupakan alasan penangguhan rundingan tersebut. Oleh itu, Netanyahu cuba untuk menampakkan seolah-olah rundingan berjalan lancar sedangkan dia merupakan dalang yang ingin merosakkannya,” beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan