Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 12 Oktober 2010

Haneya seru media bersatu hadapi media Zionis


Rabu ,13/10/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneya menegaskan pentingnya mengambil langkah-langkah serius bagi membangunkan strategi media yang ampuh antara negara-negara Arab-Islam dalam menghadapi media Zionis. Dalam ucapannya, Haneya menyatakan peranan media begitu besar dan berpengaruh apatah lagi kekuatan media disatukan. Di samping itu era teknologi kini perlu dikuasai dalam menentang segala kezaliman Zionis-Israel.

Haneya turut memberi contoh stesen tv yang memainkan peranan yang signifikan dalam menyampaikan maklumat sebenar terhadap apa yang berlaku. Haneya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada media yang mendokong perjuangan rakyat Palestin.

sumber : COMES

Tiada ulasan:

Catat Ulasan