Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 25 Oktober 2010

Ihsanoglu: Kita Mesti Guna Undang-Undang A'bangsa Akhiri Kepungan Ke Atas Gaza


25 Oktober 2010 - Jeddah - Anggota senior bagi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu, berkata kita harus mengambil langkah yang lebih lagi dari hanya sekadar mengeluarkan surat-surat mengutuk dan menggunakan undang-undang antabangsa bagi mengakhiri "tragedi kemanusiaan" yang disebabkan oleh pengepungan Israel ke atas Jalur Gaza.

Ihsanoglu berkata dalam sebuah mesyuarat yang diadakan di ibupejabat sekretariat OIC di Jeddah pada hari Ahad, pengepungan Israel yang tidak adil telah diperpanjangkan, dan pengepungan Israel ke atas 1.7 juta warga Palestin di Gaza tidak hanya sekadar mencabul undang-undang antarabangsa, tetapi juga bertentangan dengan konsep etika kemanusiaan yang paling dasar.

Setiausaha Agung itu telah menjemput sekumpulan pakar undang-undang untuk membincangkan cara-cara bagi menjamin berakhirnaya kepungan Israel ke atas Gaza, dan untuk membuat saranan-saranan yang praktikal bagi mencari jalan bagaimana negara OIC dan pertubuhan-pertubuhan awam dapat mengakhiri kepungan berkenaan.

"Berurusan dengan masalah kepungan Israel ini memerlukan ikhtiar melalui berbagai jalan, seperti politik, kemanusiaan, dan undang-undang," kata Ihsanoglu.

Dia menyebutkan yang OIC sentiasa berusaha melakukan sebanyak mungkin usaha untuk mengakhiri ketidakadilan terhadap rakyat Palestin di Jalur Gaza. Jawatankuasa eksekutif OIC telah mengadakan beberapa pertemuan untuk berbincang dan membuat keputusan mengenai kepungan ke atas Gaza dan telah mengeluarkan banyak resolusi, termasuk resolusi November 2006, dan juga telah mengambil langkah-langkah bagi menjamin yang penjenayah perang Israel dibawa ke muka pengadilan.

Ihsanoglu berkata yang isu kepungan ke atas Gaza adalah prioriti utama dalam mana pertemuan pelbagai pihak yang diadakan dengan para pegawai rasmi dan pemimpin dunia.

Kumpulan pakar ini meliputi perwakilan dari Arab Saudi, Mesir, Turki, Senegal, Palestin, dan Malaysia. Hal ini bertujuan untuk membincangkan tatacara dan jentera yang boleh digunakan bagi memastikan kepungan Israel ke atas Gaza ditamatkan segera.

OIC berkata, kumpulan pakar undang-undang itu dibentuk berdasarkan resolusi jawatankuasa perundangan OIC yang dikeluarkan pada pertemuan tergempar dengan sekumpulan menteri luar pada 6 Jun lalu, yang mana telah diadakan tidak lama selepas Israel melakukan serangan ke atas Armada Kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan