Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 21 Oktober 2010

Inilah yang Terjadi di “Tembok Penyiksaan” Tentera Abbas


Jumaat ,22/10/2010 - Pusat siasatan milik tentera Abbas di Hebron yang disebut sebagai “tembok penyiksaan” dikelilingi oleh pasukan tentera yang sangat ketat, pos-pos pemeriksaan dan pengawasan dari semua penjuru.

Anggota Hamas yang diculik oleh tentera Abbas dibawa ke tempat tersebut sebagai transit kedua dari proses penahanan dan siasatan setelah selesai tahap pertama di pos-pos penahanan milik tentera Abbas yang banyak terdapat di seluruh penjuru Hebron, Dura, Halhul, Yata, Tafuh dan yang lainnya.

Kelebihan yang dimiliki pusat penahanan di Hebron ini adalah kerana terdapat sejumlah besar sel di dalamnya. Di setiap sel ada seorang tahanan. Pihak penyiasat di dalam tahanan ini patuh kepada pegawai yang dikenali dengan nama “Adam”. Mereka adalah para penjaga tahanan yang melakukan tugas pemindahan tahanan, penutupan sel dan yang lainnya.

Pusat tahanan ini juga dikenali dengan kekerasan soal siasat dan penyiksaan di dalamnya. Para penyiasat di dalam tahanan ini yang juga anggota tentera Abbas, memperlakukan para mangsa penculikan dengan pelbagai cara penyiasatan mempraktikkan segala jenis penyiksaan di dalamnya.

Seorang mangsa penculikan yang dibawa ke “tembok penyiksaan”, terus sahaja di soal siasat, dicaci, dipukul dan diperlaku sesuka hati. Kemudian dia dimasukkan ke dalam sel yang luasnya tidak lebih dari 1×1.5 meter tanpa katil dan selimut. Sel-sel ini sangat lembab, tidak ada sinar matahari yang masuk, hampir-hampir tidak ada udara di dalamnya. Mangsa yang berada di dalam sel betul-betul terasing dari dunia luar di sekitarnya.

Di antara cara-cara penyiksaan yang juga digunakan di dalam penjara ini adalah dengan mengikat mangsa dalam tempoh yang sangat lama, iaitu dengan mengikat kedua tangan mangsa ke belakang dan memaksanya duduk di atas kerusi kecil. Ini menyebabkan mangsa merasa kesakitan yang amat sangat di bahagian punggung dan tulang belakang, mangsa ditinggalkan dalam keadaan terikat seperti itu selama berhari-hari bahkan berminggu-minggu.

Terdapat juga cara penyiksaan yang lain dengan meletakan mangsa di sebuah ruangan di penjara. Di ruangan itu ada lubang kecil dari seluruh sisinya, dikenali dengan nama “tsalajah” (kulkas). Mangsa ditinggalkan dalam ruang kecil tersebut selama berjam-jam dengan penyiksaan yang sangat dahsyat apatah lagi ruangan itu sangat sejuk sekali.

sumber : COMES

Tiada ulasan:

Catat Ulasan