Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 28 Oktober 2010

Komando Israel Lepaskan 308 Peluru Hidup Ke Atas Aktivis Dalam Mavi Marmara


BETHLEHEM, Jumaat, 29 Oktober – Sejumlah 308 peluru hidup telah dilepaskan oleh komando Israel di atas kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara ke Gaza pada bulan Mei yang lalu, demikian kenyataan panglima tentera Israel pada hari Ahad (24 / 10) ketika beliau menjadi saksi dalam siasatan yang dijalankan oleh panel Tirkel terhadap insiden yang telah menyebabkan 9 aktivis Palestin menemui ajal dalam kejadian tersebut.

Gabi Ashkenazi berkata pembunuhan yang telah dilakukan oleh komando Israel sehingga menyebabkani kematian sembilan warga negara Turki yang berada dalam kapal Mavi Marmara sudah tidak dapat dielakkan, lapor media Reuters di laman sesawangnya.
Walaupun pasukan komando Israel dilengkapi dengan peralatan anti rusuhan, tetapi oleh kerana situasi kejadian yang berlaku dengan pantas telah menyebabkan mereka menggunakan peluru hidup “kerana jika mereka tidak melakukan tindakan sedemikian, akan tercetus lebih banyak korban,” kata Ashkenazi kepada enam panel yang mendengar penjelasannya.

Beliau menambah bahawa peluru getah yang biasa digunakan oleh pasukan tentera Israel di Tebing Barat selama demonstrasi Palestin, tidak digunakan kerana keadaan kapal. Ashkenazi berkata 308 peluru dilepaskan oleh tentera bagi tujuan untuk menyebabkan kecederaan, sementara bakinyanya adalah tembakan amaran. Menurut media Reuters, jumlah tersebut tampaknya konsisten dengan penemuan forensik Turki bahawa sembilan orang mati ditembak sebanyak 30 kali dan menyebabkan kecederaan kepada 24 penumpang yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan