Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 23 Oktober 2010

"Lifeline 5" Disambut Meriah


24 Oktober 2010 - Peserta konvoi solidariti "Lifeline 5" berjaya memasuki Jalur Gaza pada hari Khamis petang melalui Terminal Sempadan Rafah di antara Jalur Gaza dan Mesir. Ribuan penduduk melaungkan pelbagai slogan dan menyambut aktivis yang mengiringi bahan bantuan kemanusiaan dan perubatan dalam usaha mereka mengutuk pengepungan secara haram yang dikenakan Israel ke atas Gaza.

Salah seorang aktivis berkata, "Setelah melalui perjalanan yang jauh selama lima minggu, kami Berjaya juga akhirnya memasuki Gaza," dan menambah, "Gaza mesti dibantu dan layak menerima penghormatan dan sokongan solidariti ". Dia berkata yang dia akan bersedia untuk kembali ke Gaza dengan armada yang akan datang. "Lain kali kami akan kembali dengan jumlah ribuan, dan buka lagi ratusan," tambahnya. "Kami sedia berkorban untuk Palestin."

Dalam rangka mempermudahkan kemasukan para aktivis dan bahan bantuan, Qatar melibatkan diri sejajar dengan Mesir. Lifeline 5 sepatutnya berlayar dari Syria ke Mesir Isnin lalu, namun beberapa kesukaran dan halangan telah timbul ketika rundingan dilakukan dengan Pihak Berkuasa Mesir.

Qatar membiayai beban perbelanjaan beberapa penerbangan sementara Syria pula telah campurtangan bagi memastikan yang semua aktivis dan bahan bantuan sampai ke Jalur Gaza. Konvoi ini membawa 140 kenderaan dan trak yang sarat dengan muatan bahan bantuan kemanusiaan dan perubatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan