Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 19 Oktober 2010

“LifeLine 5″ nyatakan ketiakpuasan hati terhadap keputusan Mesir.


Selasa, 19/10/2010 - Konvoi “LifeLine 5″ yang sedang menuju ke Jalur Gaza dengan membawa misi kemanusiaan iaitu memecahkan tembok halangan Gaza sejak 5 tahun lagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Kerajaan Mesir yang menghalang 17 ahli untuk memasuki Mesir sebelum bertolak ke Gaza, dan memohon agar Kerajaan Mesir membuat pertimbangan semula ke atas perkara tersebut.

Antara mereka yang disenaraikan dan tidak dibenarkan memasuki Mesir, kesemua berjumlah 17 orang, kebanyakannya warga Jordan, adalah 5 warga Britain, bekas menteri Britain George Galloway, jurucakap rasmi “LifeLine 5″ Zehar Beirawi dan warga Turki yang pernah mengikuti konvoi Freedom Flotilla yang lepas.

Senarai nama yang dikeluarkan tersebut adalah amat mengejutkan dan mendapat tentangan kuat dari ahli konvoi, kerana senarai ini melibatkan individu yang tidak terlintas langsung di fikiran akan menyebabkan sebarang masaalah kepada Kerajaan Mesir seperti yang dituduh pihak berkuasa kerajaan tersebut, seperti contoh, Syeikh Ismael Nashwan, warga Jordan berdarah Palestin yang berumur 82 tahun, yang telah menyertai siri ‘LifeLine” yang lepas, di mana beliau juga hampir terbunuh dalam konvoi Freedom Flotilla tempoh hari.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan