Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 21 Oktober 2010

Mesir masuk ke “fasa paling bahaya” pembinaan tembok besi


Jumaat ,22/10/2010 – Kereta kren besar yang bekerja dekat Gerbang Salah Ed-Din, pemisah antara Jalur Gaza dan Mesir kini sudah masuk ke fasa menanam plat besi jauh ke dalam tanah, untuk menghalang rakyat Palestin yang selama ini boleh menyeludup masuk melalui terowong bawah tanah.

Tembok hampir siap ini yang ditaja oleh Amerika Syarikat, dan ditambah dengan plat bawah tanah yang berukuran 5 cm tebal dan 20 m dalam akan merangkumi jarak sejauh 10 km merentasi Rafah yang terletak bersebelahan dengan Gaza.

Datuk Bandar Rafah (di Selatan Gaza), Isa An-Nashar, menjelaskan bahawa pihak Mesir bekerja siang dan malam untuk menanam plat besi ke dalam tanah di zon Salah Ed-Din ini (yang merangkumi 2 km), dan menjelaskan lagi bahawa kerja-kerja ini sudah bermula sejak awal bulan lagi, hanya kawasan ini (Salah Ed-Din) yang berbaki untuk dilengkapkan dengan plat bawah tanah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan