Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 6 Oktober 2010

Mish’al : Kepungan Gaza telah berakhir secara politik dan moral


Khamis ,07/10/2010 – Khaled Mish’al, pengerusi Biro Politik Hamas berkata sesi rundingan dua hala antara PA Fattah dan rejim Zionis di Ramallah telah “berjalan mengikut kepentingan Amerika dan Zionis dan bukan untuk kebaikan bangsa Arab Palestin.” Beliau menambah bahawa sesi runding-merunding bukanlah jalan pilihan rakyat Palestin yang bermati-matian berjuang untuk membebaskan tanah mereka dan melawan penceroboh Zionis.

Dalam perhimpunan para pemimpin parti-parti Palestin di Damsyiq, Syria pada hari Isnin (4 Oktober) yang lalu, Mesh’al menyampaikan amanatnya kepada pengerusi delegasi LifeLine for Gaza 5 dengan berkata, “usaha yang kamu jalankan dan berikan komitmen ini adalah usaha yang akan berjaya dan sentiasa disokong dan ditolong”. Tambah beliau lagi, “kepungan di Gaza sebenarnya telah berakhir secara politik dan moral, dan apa yang tinggal sekarang hanyalah usaha kalian untuk menghancurkan operasi teknikal kepungan.”

Mesh’al menegaskan bahawa konvoi yang sering menuju ke kepungan Jalur Gaza ini telah memberi dua sumbangan yang amat penting, pertamanya adalah sokongan moral kepada penduduk Gaza dan Palestin sendiri dan yang kedua adalah kejayaan mereka untuk menunjukkan sikap ganas sebenar Zionis. Beliau yakin bahawa peperangan untuk memcahkan tembok Gaza ini adalah gadaian yang berjaya dan menguntungkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan