Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 7 Oktober 2010

Nasib "Lifeline 5"


7 Oktober 2010 - Penyelaras 'Lifeline 5' ke Gaza berhubung buat kali pertama dengan pihak keselamatan Mesir di Damsyik, Syria, ketetapan tidak membenarkan MP British George Galloway masuk ke Mesir masih lagi berkuat kuasa.

Galloway, pemimpin konvoi 'Lifeline 5' memohon kepada Presiden Mesir Hosni Mubarak agar membolehkan dia dan konvoi melalui Mesir untuk memberikan bantuan kepada Gaza.

Rombongan ini dijadualkan akan berlepas dari pelabuhan Lataki, Syria menuju ke pelabuhan Arish, Mesir. Perjumpaan antara Kedutaan Mesir di Syria dengan wakil 'Lifeline 5' ini akan membincangkan cara terbaik untuk memudahkan mereka memasuki pelabuhan Arish dan terus ke Gaza. Secara asasnya Mesir mengalu-alukan sebarang bantuan yang dibawa dari mana-mana NGO untuk disampaika ke Gaza akan tetapi hendaklah mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan