Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 1 Oktober 2010

Nasif tuntut keutamaan diberi kepada tahanan di penjara Abbas


Jumaat, 01/10/2010 – Mahasiswa yang juga salah seorang pemimpin Hamas, Raafat Nasif, yang ditahan di penjara menyeru agar keutamaan dapat diberikan kepada masaalah penculikan, penderitaan para tahanan dan kebajikan keluarga mereka di penjara PA Fattah. Nasif juga memohon agar kepimpinan Hamas tidak mendiamkan diri dan tidak bertoleransi terhadap penindasan yang berlaku kepada gerakan, para pemimpin dan para wakil rakyat Palestin oleh PA Fattah.

Nasif juga berharap agar Hamas tidak meninggalkan isu ini kerana “bersangka baik terhadap situasi yang sebenarnya buruk seperti yang disaksikan beliau sendiri iaitu bermacam-macam jenis penindasan dan penderaan yang berlaku di penjara Fattah di Ramallah”. Beliau berkata lagi bahawa masaalah para tahanan ini adalah amat jelas sehingga “seperti tidak masuk akal untuk mengadakan sebarang dialog sedangkan situasi sedang dimonopoli oleh Fattah dan sekutunya di Tebing Barat”.

Mesej Nasif ini disampaikan dalam suratnya yang berjaya diseludup keluar dari penjara Aufer milik Zionis di Ramallah dan salinannya diterima Pusat Informasi Palestin pada hari Rabu lepas (29 Spetember).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan