Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 1 Oktober 2010

PCHR menyelar resolusi PA untuk membekukan laporan Goldstone


Jumaat, 01/10/2010 – Pusat Hak Asasi Palestin (PCHR) mengutuk draf resolusi PA bertujuan membekukan laporan Goldstone yang ditubuhkan untuk menyiasat jenayah perang Israel terhadap Gaza.

Aktivis hak asasi mengatakan, resolusi yang dibentangkan oleh pihak Fatah tersebut tidak berjaya memberikan pengadilan yang sewajarnya terhadap jenayah perang Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 27 Disember 2008 – 18 Januari 2009.

PHCR memberi kenyataan amaran pada Rabu bahawa pihak berkuasa Fatah telah mengambil tindakan yang boleh mengakibatkan kehilangan peluang untuk mengakhiri kekebalan Israel. “Kita mesti beralih kepada pengadilan jenayah antarabangsa,” kumpulan hak asasi itu mengatakan sebagai menegaskan siasatan di pihak tempatan masih belum dilakukan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan