Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 13 Oktober 2010

Peguam Dari 20 Negara Berbincang Tentang Pertuduhan Untuk Mengheret Israel Berkenaan Pembunuhan di Flotilla


Khamis ,14/10/2010 - Gabungan Flotilla Pembebasan, bermesyuarat di Geneva pada hari Isnin, mengumumkan bahawa ramai peguam dari lebih daripada 20 negara akan berjumpa untuk berbincang tentang memfailkan kes menentang Israel berkenaan serangan Israel terhadap flotilla pembebasan Gaza pada 31 Mei yang mengakibatkan kematian 9 aktivis.

Gabungan itu berkata dalam satu kenyataan yang diberikan selepas mesyuarat: “Konvensyen Geneva, iaitu satu set undang-undang yang telah dipersetujui oleh komuniti antarabangsa untuk mempertahan kehormatan dan nyawa manusia, secara terus menerus dilanggar oleh Israel kerana Israel mampu melepaskan diri daripada hukuman dan kecaman antarabangsa.

Gabungan itu juga berkata akan menuju ke The Heague (Mahkamah Antarabangsa) pada 14 Oktober dan akan memfailkan aduan kepada Pendakwa Raya di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan