Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 13 Oktober 2010

Pelayaran Freedom Flotilla 2 akan ditanguhkan


GENEVA – Pelayaran Freedom Flotilla 2 akan ditanguhkan ke musim bunga tahun 2011. Pelayaran konvoi berkenaan pasa asalnya dijadualkan berlepas ke Gaza sebelum akhir tahun 2010.

Wakil European Campaign, Rami Abdo, berkata penangguhan itu terpaksa dibuat setelah berbincang dengan semua ahli gabungan Freedom Flotilla dengan mengambil kira faktor meningkatnya permintaan untuk menyertai misi tersebut dan juga penambahan ahli gabungan.

“Walaupun gabungan Freedom Flotilla menerima ancaman-ancaman supaya menghentikan cadangan pelayaran itu, kami tidak akan berundur, dan persiapan kami terus berkembang,” ujar Rami Abdo.

Perbincangan di Geneva ini turut disertai Pengerusi Lifeline for Gaza daripada Malaysia, Tn Haji Noorazman Mohd Samsuddin.

sumber: http://www.lifeline4gaza.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan