Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 28 Oktober 2010

“Penempatan Haram Israel Jenayah Perang” :Amerika Kecewa? Dunia Islam Membisu?


BETHLEHEM, Jumaat, 29 Oktober – Tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan haram Israel di Jerusalem Timur dan Tebing Barat mengancam hak asasi manusia Palestin, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil serantau Pengarah Amnesty International (AI), Philip Luther pada Jumaat (15/10) kelmarin. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh organisasi hak asasi manusia tersebut menyeru pada kerajaan Israel untuk menghentikan rancangan mereka untuk membina 238 unit rumah baru di Jerusalem Timur.

“Diskriminasi atas dasar kebangsaan dan agama adalah ciri dominan dasar penempatan Israel, malahan AI telah berulang kali mendokumentasikan bahawa akibat pemukiman haram itu telah menyebabkan penghancuran rumah warga Palestin, kerosakan tanaman dan usaha pertanian warga Palestin. Ini memberi kesan besar kepada mata pencarian mereka.” Demikian antara kenyataan yang disampaikan oleh Philip.

AI mengatakan Israel telah merampas dan memaksa pengambilalihan tanah di wilayah Palestin yang diduduki dan telah menyebabkan kesan buruk dalam kehidupan warga Palestin. Ianya telah mencatatkan bahawa 40 peratus daripada Tebing Barat telah diklasifikasikan oleh Israel sebagai tanah “negara” mereka, yang sebelum ini merupakan kawasan untuk penempatan warga Palestin. Di Jerusalem Timur, 35 peratus daripada tanah yang diduduki Israel disita untuk penempatan, sedangkan lebih dari 250,000 warga Palestin diperuntukankan hanya 13 peratus dari wilayah yang diduduki.
“Dasar Israel membina penempatan haram di wilayah yang mereka duduki melanggar Konvensyen Geneva Keempat dan dianggap sebagai jenayah perang, sesuai dengan undang-undang dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Sementara itu Amerika Syarikat menyatakan kekecewaannya terhadap Israel selepas Israel mengumumkan akan memperluaskan dua penempatan haram di Baitulmaqdis Timur sedangkan usaha perundingan keamanan masih dalam proses perbincangan dan tindakan Israel itu akan menggagalkan usaha tersebut.

Jurucakap Jabatan Luar Negeri AS, Philip J Crowley mengatakan kelulusan daripada 240 unit perumahan di Ramot dan Pisgat Ze’ev adalah “bertentangan dengan usaha kami untuk meneruskan perundingan langsung antara pihak-pihak yang terbabit, dan kekecewaan AS telah kami sampaikan kepada Israel.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan