Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 19 Oktober 2010

Rejim Zionis Menolak untuk Membenarkan Pakar Perubatan untuk Melawat Tahan di Hospital Ramla


Selasa, 19/10/2010 - Majlis Tahanan Palestin berkata bahawa Badan Penjajah Israel (IOA) menolak untuk membenarkan pakar perubatan untuk melawat pesakit Palestin yang ditahan di Hospital Penjara Ramla, dan menganggap mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa mereka.

Majlis Tahanan Palestin juga menambah dalam kenyataan mereka bahawa pesakit Palestin di hospital itu tidak diberi penjagaan kesihatan yang mencukupi dan nyawa mereka setiap masa bagai telur di hujung tanduk.

Mereka juga menenrangkan bahawa pihak berkuasa hospital memberhentikan rawatan biasa yang menyebabkan Suleiman Abu Drie, hilang kebolehan untuk bergerak kerana kecuaian perubatan. Dia juga menambah bahawa keadaan kesihatan Suleiman bertambah teruk dan pegawai penjara masih tidak membenarkan dia menjalani pemeriksaan perubatan yang sewajarnya untuk menentukan punca penakitnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan