Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 30 Oktober 2010

Semenanjung Gaza akan di serang sebelum akhir tahun ini


31 Oktober 2010 - Penulis dan Penganalisis Politik terkenal Mesir, Mustafa Sawaf, membuat kenyataan bahawa Menteri Luar Negeri Mesir, Ahmed Aboul Gheit bersama dengan Ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman, menyampaikan maklumat kepada Fatah, mengetahui strategi rejim Israel yang akan melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza sebelum akhir tahun ini, semasa perjanjian keselamatan yang diadakan antara Mesir-Israel.

Wawancara eksklusif beliau dengan media "Pusat Maklumat Palestin" semalam, bahawa sumber yang beliau perolehi ini adalah satu yang sahih, setelah mana lawatan perisikan Israel ke Mesir beberapa hari lalu antaranya menyatakan Israel akan menyerang Semenanjung Gaza sebelum akhir tahun ini.

Dalam kenyataannya lagi, rejim Israel sememangnya tidak puas dengan Semenanjung Gaza dalam 2 perkara; pertamanya Israel tidak selesa dengan perkembangan kekuatan tentera "Hamas", dan keduanya mengenai konvoi yang melintasi Semenanjung Gaza melalui Mesir.

Isreal meminta Mesir memperketatkan lagi pengepungan di Semenanjung Gaza melalui gangguan kemasukan konvoi bantuan ke Semenanjung Gaza, serta memperketat pengawasan sempadan, terowong dan isu-isu lain yang boleh menyekat akses senjata ke Semenanjung Gaza, yang kemungkinan berlaku dalam tempoh akan mendatang.

Semua permintaan ini sebenarnya merupakan salah satu syarat Israel kepada Mesir sekiranya ingin bertemu dengan Hamas di Damsyik untuk membincangkan keselamatan dan isu dalaman Fatah-Hamas, di mana Mesir sering menjadi orang tengah dalam perbincangan.

Sawaf dalam akhir kenyataannya berkata: "Apa yang didedahkah ini bukan masalah Sungai Nil di Mesir, tetapi mendedahkan kepada umum tabiat sistem yang ada sekarang ini sebenarnya untuk kepentingan Israel dan Amerika dengan mengorbankan kepentingan rakyat Palestin".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan