Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 8 Oktober 2010

Tentera Zionis akan kerahkan anjing untuk hadapi armada ke Gaza yang akan datang


Mengambil pengalaman daripada kecederaan anggota tentera komando lautnya ketika berhadapan dengan aktivis kemanusiaan di atas kapal Mavi Marmara, kini tentera Zionis merancang untuk mendapatkan bantuan anjing-anjing penyerang daripada unit Oketz untuk berhadapan dengan sebarang kapal yang akan belayar ke Gaza lagi.

Media Israel, Ynet News melaporkan tentera Zionis Israel meracang supaya anjing-anjing ini menjadi ‘pasukan’ pertama yang akan naik ke atas kapal bagi mengelak kecederaan kepada askar-askar bilamana berlaku pergelutan atau serangan di atas kapal.

“Sejurus selepas anda melepaskan seekor anjing penyerang di kawasan yang mana askar-askar seharusnya terlebih dahulu sampai, tempat itu akan menjadi steril bagi mencegah orang daripada mendekatinya,” terang serang pegawai tentera Zionis Israel.
“Anjing boleh dihantar dengan menggunakan kren atau cara-cara lain. Mereka akan menjadi pasukan pertama naik ke atas kapal. Setelah itu baru tentera Israel akan turun.”

Anjing-anjing daripada unit Oketz dilatih untuk melumpuhkan musuh dengan menggigit. Semakin musuh melawan, anjing ini akan semakin kuat menggigit. “Kemampuan serangan anjing ini telah dibuktikan dalam banyak kejadian sebelum ini. Mereka kuat dan tidak punya belas kasihan, tetapi mereka adalah sebenarnya sejenis senjata yang tidak mematikan musuh, dan sudah tentu dapat melakukan tugasan itu di atas kapal.”

Sumber yang sama turut mengatakan bahawa perancangan untuk melibatkan pasukan anjing turut dibuat dalam kejadian serangan ke atas kapal Mavi Marmara. Memandangkan tentera Zionis tidak menjangka ada tentangan daripada aktivis, pasukan anjing ini tidak dihantar terlebih dahulu ke atas kapal berkenaan.

“Setelah kejadian freedom flotila yang lalu, kami yakin bahawa ini merupakan satu kaedah yang baik bagi meningkatkan kemampuan kami. Seekor anjing tidak mempunyai masalah untuk beroperasi di atas kapal, dan ia dapat melakukan tugasan yang besar.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan