Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 8 Oktober 2010

Wanita di dalam video menyaman tentera Israel


Wanita yang menjadi tahanan di dalam rakaman video di mana tentera Israel menari mengelilinginya ingin menyaman pihak tentera Israel di atas penghinaan dan aib yang dialaminya.

Saluran 10 TV Israel menayangkan sebuah video Youtube menunjukkan seorang tentera Israel menari mengelilingi seorang wanita Palestin yang diikat dan ditutup matanya serta dipaksa menghadap dinding. Wanita terbabit, Ihsan Dababisa, 35, dari Kampung Al-Khalil, Nuba berkata, “Saya tonton rakaman itu di saluran Jazeerah. Selepas menonton, saya tidak boleh tidur, saya rasa sangat dihina. Suara ketawa dan muzik yang mereka mainkan kedengaran bingit di telinga saya.”

“Saya telah menghubungi Persatuan Penjara Palestin, kami akan mengajukan kes terhadap tentera itu dan tentera Israel keseluruhannya,” Dababisa terus menambah. Beliau mengatakan, beliau ditahan pada 11 Oktober 2007 di atas tuduhan bersekutu dengan gerakan Jihad Islam serta dipenjarakan selama 22 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan