Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 26 November 2010

Jam Mekah adalah Jam ke 10 terbesar di dunia adalah diantara tanda Kiamat


Jam di Mekah adalah pelengkap kepada 10 jam terbesar di dunia. Ianya bertepatan dengan maksud 1 hadis ” Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat ” lihatlah bagaimana pentadbiran Allah SWT dalam menyempurnakan maksud hadis Rasulullah SAW seperti dalam video diatas.

Zionis Menggunakan Facebook Untuk Mengesan Ahlinya Bagi Menjalani Latihan Ketenteraan


27 November 2010 - Bethlehem, Menurut surat khabar "Daily Telegraph" Britain, lebih dari seribu wanita Zionisme yang cuba untuk mengelakkan diri daripada menjalani latihan ketenteraan melalui akaun facebook mereka.

Juru bicara tentera Israel,Kapten Arieh Celikr mengatakan bahawa menggunakan laman rangkaian sosial popular itu, mampu mengesan beratus-ratus pelapis tentera zionis yang cuba mengelakkan diri dari terlibat di dalam latihan ketenteraan .

Dalam satu kes, seorang gadis yahudi ditangkap seorang wanita selepas Zionis menghantar fotonya di facebook yang mana ketika itu ia sedang makan di restoran halal, sementara yang lain memakai pakaian yang terbuka.

Zionis juga mengesan ahlinya melalui gaya hidup. Sebagai contoh penggunaan komputer dan mungkin bercakap di telefon dan menonton TV merupakan larangan dalam agama Yahudi pada hari Sabtu.

Ini menunjukkan bahawa latihan ketenteraan adalah wajib bagi Zionis yang berusia lebih daripada 18 tahun, dan tempoh perkhidmatan untuk lelaki dan wanita tiga tahun menjadi dua tahun.

Sejadah Bercorak Babi


SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu. “Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai. “Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya. Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya. Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya. Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Khamis, 25 November 2010

Mufti Meminta Doa Untuk Hujan


25 November 2010 - Mufti Am Baitul Maqdis dan Palestin, Sheikh Mohammed Hussein, meminta semua penduduk Palestin melakukan solat meminta diturunkan hujan.

Beliau berkata: "Musim hujan di negara kita adalah berkat tetapi tahun ini agak terlewat, oleh yang demikian mohonlah pada Allah dengan solat, doa, taubat dan istighfar agar Allah menurunkan hujan".

Beliau menekankan pentingnya bertaubat dan memohon kepada-Nya dengan ikhlas serta menjauhkan dosa dan maksiat agar Allah mengurniakan kepada hambanya kasih sayang dan rahmat yang luas.

Ratusan anggota dan pegawai perkhidmatan keselamatan Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara telah melakukan solat memohon hujan di Semenanjung Gaza pada Isnin 22/11/2010.

Erdogan: Israel Kalah Dan Akan Dikalahkan Lagi Di Lubnan


25 November 2010 - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata Lubnan telah mengalahkan Israel dalam perang yang dilancarkan pada tahun 2006, dan akan menang dalam setiap perang yang akan datang.

Dalam lawatan rasmi ke Lubnan selama dua hari bermula semalam Rabu 24/11/2010, beliau berkata bahawa, kita akan menjadikan seluruh wilayah(arab dan sekitarnya) bersatu "membunuh Israel", juga mengkritik Israel dengan kritikan yang tajam, meminta Israel menghentikan apa yang di digambarkan sebagai "provokatif" serta meminta maaf kepada masyarakat.

Perdana Menteri Turki menambah dalam sebuah majlis yang diadakan di Akkar, Utara Lubnan, bahawa Israel harus undur dari kesalahan, serta menekankan bahawa sekiranya terjadi perang baru, yang kalah tidak hanya akan berlaku dalam daerah Israel bahkan seluruh warga Israel.

Erdogan dalam kunjungannya, setelah mendapat jemputan dari Lubnan bagi menyelesaikan beberapa perkara serta merapatkan jurang perbezaan pendapat terutamanya isu mahkamah antarabangsa pembunuhan bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafik Hariri.

Ekstremis Serang Kakitangan Kedutaan Jordan Di Tel Aviv


25 November 2010 - Sebuah sumber rasmi Jordan melaporkan yang sekumpulan ekstremis Israel telah menyerang dua orang kakitangan yang bekerja di kedutaan Jordan di Tel Aviv pada hari Selasa malam.

Akhbar Jordan, Al Ghad, bahawa Kementerian Luar Jordan sedang mengadakan perbincangan dengan kedutaannya di Tel Aviv bagi menyingkap situasi serangan itu dan mengambil langkah-langkah yang perlu.

Dua orang kakitangan tersebut mengalami luka-luka di badan serta menderita akibat gegaran otak setelah dua orang askar yang berpakaian awam menuntut mereka menunjukkan pasport mereka.

Kedua-dua mereka membawa kad pengenalan khas Israel kerana mereka bekerja di kedutaan tetapi ekstremis berkenaan tetap menuntut agar mereka menunjukkan pasport yang sah.

Di Jordan, Parti Tindakan Hadapan Islam menyelar serangan terhadap kakitangan kedutaan berkenaan dan menuntut agar kerajaan Jordan bertindak sewajarnya.

Parti menyatakan yang serangan ini merupakan penghinaan terhadap Jordan, dan Amman harus mempertimbangkan kembali hubungan diplomatik dengan Israel "disebabkan ia adalah musuh yang tidak menghormati nilai-nilai kita, tempat suci kita dan kepentingan kita," kata parti berkenaan.

Menteri Luar Jordan, Nasser Jouda, juga mengecam serangan itu dan menggambarkannya sebagai serangan terhadap kedaulatan Jordan.

Perlu dinyatakan bahwa meskipun ia mempunyai kedutaan di Tel Aviv, Jordan tidak mempunyai duta besar rasmi di Israel kerana ia tidak pernah melantik duta besar baru setelah bekas duta besarnya, Ali al-Ayed, melapaskan jawatannya bagi menjadi Menteri Media dan Komunikasi Jordan.

Rancangan Pembangunan Dataran Buraq Bertujuan Menghilangkan Identiti Islam di Masjid Aqsa


Khamis, 25/11/2010 – Menteri Hal-Ehwal Agama Palestin di Gaza, Dr. Talib Abu Sha’ar memberi amaran bahawa projek bernilai NIS 85 yang diluluskan Israel minggu ini untuk membangunkan Dataran Buraq Masjid Aqsa (dikenali sebagai Tembok Meratap bagi kaum Yahudi) adalah bertujuan memadamkan sejarah Islam di wilayah itu.

Belanjawan yang diperuntukkan untuk pembinaan dan proses meluaskan dataran, meningkatkan kedatangan pengunjung Yahudi serta pembiayaan penggalian arkeologi itu akan dimajukan kepada kementerian berkenaan untuk sepanjang empat tahun akan datang.

Abu Sha’ar berkata, beliau bimbang dengan peningkatan mendadak projek-projek Israel yang melibatkan monumen dan tempat suci Islam. Beliau mendakwa Perdana Menteri Sayap Kanan Israel, Benjamin Netanyahu sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan projek dan pengurusan belanjawan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Akhbar Britain dedahkan tambahan penyiksaan di penjara Abbas


Khamis, 25/11/2010 – Surat khabar Britain “Financial Times” melaporkan bahawa tindakan penyiksaan dalam penjara Abbas di Tebing Barat yang dikenakan terhadap penyokong dan penggerak Hamas kini didapati semakin bertambah.

Laporan yang diterima daripada koresponden akhbar itu di Beit Lehem, Tobias Buck, berkenaan isteri kepada seorang pengkaji politik, Badr Abu Ayyash (42 tahun), yang memberitahu bahawa suaminya ditahan oleh apa yang kononnnya dipanggil sebagai Badan Keselamatan di Beit Lehem pada September lepas atas tuduhan, “mempunyai hubungan rapat dengan Hamas”.

Isteri (bernama Naimah) tersebut menambah, “terdapat bukti bahawa sebahagian besar tahanan telah diseksa dalam penjara, tetapi kekerapannnya kini bertambah dengan amat tinggi seperti yang dilaporkan oleh “Human Rights Watch” bulan lepas yang menunjukkan bilangan penyiksaan yang dilakukan oleh pegawai keselamatan Palestin sendiri adalah amat banyak.”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Rancangan baru Dahlan kuasai Fatah, jatuhkan Abbas


Khamis, 25/11/2010 – Sumber dari pimpinan Palestin yang berhubungan dengan Fatah mendedahkan rancangan baru yang sinonim dengan Fatah yang dikenali sebagai “fail Dahlan” bersempena tuduhan berterusan terhadap beliau (Dahlan). Dahlan dipercayai menjalankan rancangan untuk merampas penuh kuasa Fatah dan cuba untuk menjatuhkan presidennya, Mahmoud Abbas.

Dua minggu lepas, Pusat Informasi Palestin telah menyiarkan lampiran yang dikirim oleh ahli Biro Pusat Gerakan Fatah, Muhd Dahlan, kepada pentadbiran Amerika iaitu sebuah dokumen sekuriti yang mengandungi pelan menjatuhkan kerajaan Palestin di Gaza dan rancangan untuk mengawal Tebing Barat. Sumber yang baru kami terima kemudian mendedahkan bahawa terdapat kaitan di antara dokumen sekuriti tersebut dengan apa yang tampak sedang dilalui Fatah selepas kemunculan Dahlan dan anggota lain Biro Pusat seperti Nasir El-Qudwah di dalam Badan Siasatan yang ditubuhkan oleh pimpinan PA yang diketuai oleh menteri Fatah, Abu Maher Ghaneem.

Sumber itu menjelaskan lagi kepada Pusat Informasi Palestin bahawa Badan Siasatan bersama Dahlan dan beberapa pemimpin Fatah lain telah memberi kritikan pedas terhadap pentadbiran Mahmoud Abbas yang telah disiarkan dalam akhbar Amerika, “Wall Street Journal”. Kritikan ini kemudiannya didapati datang dari kenyataan Dahlan sendiri sewaktu beliau dipanggil untuk menghadap Badan Siasatan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Isnin, 22 November 2010

Pengunduran Israel Dari Lubnan Selatan Satu Helah


22 November 2010 - Beirut - President blok parlimen Hizbullah,Mohammed Raad, berkata pada hari Ahad yang Israel bertindak secara bersekongkol dengan PBB ketika mengumumkan pengunduran tenteranya keluar dari kampung Ghajar di Lubnan selatan bagi menampakkan seolah-olah Israel melaksanakan resolusi PBB 1701.

Raad, ketika berucap pada sebuah majlis peringatan di daerah itu, berkata, "Apa yang dilakukan pihak musuh, Zionis, dalam konspirasinya dengan PBB dan Setiausaha Agungnya ialah sebuah langkah dan helah yang bermaksud untuk mengeluarkan keputusan melalui ketua-ketuanya yang berada dalam Majlis Keselamatan yang menyatakan bahawa ia berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan itu."

"Pengunduran itu tidak lengkap kerana ianya tidak memulihkan kedaulatan kepada kawasan kami itu," tambah Raad.

"Kedaulatan dipulihkan di kawasan itu hanya jika tentera Lubnann boleh memasuki zon yang dibebaskan itu.�

Tidak ada sebarang pendirian rasmi yang dikeluarkan oleh Lubnan selepas Israel mengumumkan pengunduran tenteranya dari Ghajar, dan tiada tarikh yang ditentukan bagi tujuan itu.

Kerajaan Israel meluluskan, pada hari Rabu, sebuah rancangan untuk mengundurkan tenteranya dari bahagian utara kampung yang menjadi rebutan, Ghajar, yang terletak di sempadan Lubnan, dan menyerahkan kuasa ke atasnya kepada pasukan pangaman PBB yang dikerahkan di Lubnan selatan.

Sabtu, 20 November 2010

20 Buah F-35 Hadiah AS Kepada Israel


21 November 2010 - Terdapat laporan yang bertentangan antara rejim Israel dan AS mengenai perjanjian dokumen rasmi mengenai "pakej insentif dan hak-hak keistimewaan" Israel dalam kes syarat-syarat pembekuan penempatan pendatang haram Yahudi di Tebing Barat selama hanya 90 hari.

Berita diambil dari beberapa laman sesawang, kerajaan Zionis optimis kemungkinan "dokumen rasmi" tersebut akan diluluskan, tetapi ada yang mengatakan ia masih lagi menemui jalan buntu sesama mereka. Presiden rejim Israel, Shimon Peres, berkata bahawa untuk kembali ke meja rundingan antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin adalah masalah kecil, mengambil masa sehari atau dua sahaja.

Sumber politik menyebut, yang diambil dari surat khabar Israel "Yedioth Ahronoth", situasi sekarang hanya berkisar bagaimana untuk mencapai persefahaman antara AS(kebanyakkannya adalah pelobi Yahudi) dan Israel.

Antara "pakej insentif dan hak-hak keistimewaan" ialah AS akan "memberi" tambahan kepada Israel 20 jet pejuang tercanggih F-35 pada tahun 2015 setelah mendapat "kelulusan" daripada Kongres, tetapi perkara tersebut masih lagi "tidak di atas kertas" kerana setiap hari akan ada tekanan dari puak kanan dalam Kongres AS(lobi kuat Yahudi) menentang persepakatan tersebut yang mahukan penempatan haram Yahudi diteruskan tanpa ada pembekuan walaupun sehari.

Sementara itu, Netanyahu terus berusaha memujuk pemimpin wakil gerakan Agama Eli Yishai "Shas" dan juga Rabi Ovadia Yosef serta menteri-menterinya untuk menerima "persepatakan" tersebut, dan menegaskan bahawa beliau memberi jaminan penempatan tersebut tetap akan diteruskan.

Pengarah Filem Belanda: Saya Lihat Sendiri Sharon Bunuh Bayi Palestin


21 November 2010 - Seorang pengarah filem Belanda, keturunan Yahudi, George Sluser, semasa dalam sebuah wawancara dengan akhbar bulanan Belanda "De Ketiga Volkskrant" menjelaskan bahawa dia melihat sendiri Ariel Sharon dan Menteri Pertahanan menembak sehingga mati dua bayi Palestin semasa pembunuhan kejam di kem pelarian Sabra dan Shatila ketika dia membuat pergambaran filem dokumentari pada ketika itu.

Sluser sekarang in telah berusia berusia 72 tahun lebih dikenali kerana banyak mengarahkan filem-filem tentang konflik Israel-Palestin. Sluser mengatakan kanak-kanak tersebut berumur 2-3 tahun semasa Sharon menembak mereka dari jarak 10 meter.

Dalam sebuah wawancara surat khabar Haaretz Meh beliau berkata juru kamera yang pernah bekerja dengan beliau "Fred Van Cook", yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu juga melihat pembunuhan tersebut.

Abbas: Kami Tolak Pembekuan Ganti F-35 Kepada Israel


21 November 2010 - Presiden Palestin Mahmoud Abbas menolak sebarang hubungan kait antara pembekuan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat kepada pemberian F-35 kepada Israel sebagai syarat Israel untuk menerima permintaan Abbas.

Rejim Israel memberikan syarat baru sekiranya Palestin ingin memulakan kembali rundingan dan akan membekukan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat selama 90 hari, sekiranya Israel diberikan 20 buah jet pejuang F-35 bernilai USD 3 billion dan bantuan tambahan USD 20 billion dari AS.

Abbas mengatakan: "Kami menolak sebarang syarat berhubung perjanjian memberikan jet pejuang dan pembekuan pemukiman walau dalam bentuk apapun, ia tidak mempunyai kaitan dengan kami, dan kami tidak akan campur tangan, matlamat kami tidak berubah".

Dikutip oleh agensi berita France, Abbas mengatakan kepada akhbar "Sharq Al-Awsat", yang diterbitkan di London pada hari Jumaat, "Amerika sekutu Israel dan kita tidak boleh menahannya, tetapi bantuan tersebut tersasar jauh dari malamat rundingan Palestin dan ia tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menambahkan lagi senjata Israel."

AS & Israel Berjanji Menyempurnakan Kerjasama


21 November 2010 - Amerika Syarikat telah menyatakan kesediaannya untuk memberikan jaminan bertulis kepada Israel dalam hal keselamatan mereka jika ia satu-satunya jalan membantu membuka kembali perundingan damai Israel-Palestin, yang ditolak oleh Pihak Berkuasa Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar AS, PJ Crowley, berkata bahawa perbincangan antara AS dan para pemimpin Israel masih diteruskan, dan menambah bahawa "jika perlu kepada jaminan bertulis, kita bersedia melakukannya."

Kelmarin perbincangan hangat berlaku di Israel berkenaan kesungguhan Menteri Luar AS, Hillary Clinton, secara lisannya bersungguh-sungguh akan memberikan 20 jet pejuang tercanggih, F-35 kepada Israel sebagai "hadiah" persetujuan mereka membekukan pembinaan penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis dan kembali ke meja rundingan.

Sekarang ini yang menjadi mangsa permainan adalah Pihak Berkuasa Palestin, mereka terpaksa menunggu hasil rundingan AS-Israel untuk mencapai penyelesaian akhir membekukan tiga bulan tersebut.

Seandainya Israel menerima segala tawaran AS, mereka juga terpaksa menunggu jawapan dari Jawatankuasa Pemantau Arab untuk mengambil polisi ke atas setiap persetujuan yang diterima dari AS sebagai orang tengah rundingan damai.

Semalam, (lihat berita 20/11/2010), juru cakap presiden Palestin, Nabil Abu Rudeina, dan Abbas sendiri menolak "secara prinsip" berhubung pembekukan penempatan selama 3 bulan dan penyediaan jaminan keselamatan bagi Israel.

Beliau mengatakan bahawa hubungan kerjasama keselamatan AS-Israel tidak ada kaitan sama sekali dengan mereka, dan menambah bahawa pihak yang paling "memerlukan jaminan keselamatan" adalah pihak Palestin bukannya Israel yang sememangnya telah "dijamin" oleh AS sendiri.

Pentagon Bersiap Beli Jet Pejuang F-35


21 November 2010 - Syarikat pengeluar senjata tentera terbesar dunia, Lockheed Martin, memgumumkan bahawa Jabatan Pertahanan AS(Pentagon) telah membuat tempahan untuk membeli 31 jet pejuang jenis F-35 dalam perjanjian bernilai sekitar USD3.5 bilion.

30 darinya akan diserahkan kepada tentera udara AS serta marin dan salah satu dari jet pejuang tersebut akan diberikan kepada Britian, dan kemungkinan akan ada penambahan tempahan jet tersebut untuk diserahkan kepada Belanda.

Israel juga telah menandatangani kontrak untuk membeli 20 jet pejuang dari model yang sama.

Tentera Udara AS juga mengumumkan keputusan akhir kontrak bernilai USD 35 bilion untuk membeli pesawat pembawa minyak untuk mengisi bahan bakar tersebut di udara telah ditunda sehingga awal tahun depan yang sepatutnya dijadualkan pada 20 Disember 2010 akan datang.

Terdapat dua syarikat besar bersaing dalam perjanjian tersebut iaitu Boeing Amerika dan Airbus Eropah, yang akan menggantikan pesawat pembawa minyak jenis Boeing KC-135 yang telah berumur lebih 50 tahun.

Menurut Syarikat Boeing - yang berpusat di Chicago - mereka adalah pembekal senjata ke-2 terbesar kepada Jabatan Pertahanan AS setelah Lockheed Martin dan menambah bahawa pesawat yang dicadangkan oleh mereka adalah 100% buatan Amerika jika hendak dibandingkan pesawat Airbus 330 yang dikuasai sepenuhnya oleh kesatuan Eropah berpusat di Munich, Jerman.

Selasa, 16 November 2010

Salam Aidiladha...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog ni... Maaf zahir dan batin... Semoga Allah menerima ibadah qurban kita...

BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar ~ Harus baca!


Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram. Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut. Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

Isnin, 15 November 2010

HIKMAH DI BALIK MUSIBAH SAKIT


Pendahuluan

Orang yang sedang ditimpa penyakit tidak perlu dicekam rasa takut selama ia mentauhidkan Allah dan menjaga shalatnya. Bahkan, meskipun di masa sehatnya ia banyak berkubang dalam dosa dan maksiat, karena Allah itu Maha Penerima taubat sebelum ruh seorang hamba sampai di kerongkongan. Dan sesungguhnya di balik sakit itu terdapat hikmah dan pelajaran bagi siapa saja yang mau memikirkan-nya, di antaranya adalah:

1. Mendidik dan menyucikan jiwa dari keburukan.

Allah Ta'ala berfirman, artinya, “Apa saja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS asy Syura: 30)

Dalam ayat ini terdapat kabar gembira sekaligus ancaman jika kita mengetahui bahwa musibah yang kita alami adalah merupakan hukuman atas dosa-dosa kita. Imam al Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu bahwa Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: ”Tidak ada penyakit, kesedihan dan bahaya yang menimpa seorang mukmin hinggga duri yang menusuknya melain-kan Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya dengan semua itu.”

Dalam hadits lain beliau bersabda: “Cobaan senantiasa akan menimpa seorang mukmin, keluarga, harta dan anaknya hingga dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.” Sebagian ulama salaf berkata, “Kalau bukan karena musibah-musibah yang kita alami di dunia, niscaya kita akan datang di hari kiamat dalam keadaan pailit.”

2. Mendapatkan kebahagiaan (pahala) tak terhingga di akhirat.

Itu merupakan balasan dari sakit yang diderita sewaktu di dunia, sebab kegetiran hidup yang dirasakan seorang hamba ketika di dunia akan berubah menjadi kenikmatan di akhirat dan sebaliknya. Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, ”Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan surga bagi orang kafir.” Dan dalam hadits lain disebutkan, ”Kematian adalah hiburan bagi orang beriman.” (HR .Ibnu Abi ad Dunya dengan sanad hasan). At Tirmidzi meriwayatkan dari Jabir secara marfu’, ”Manusia pada hari kiamat menginginkan kulitnya dicabik-cabik ketika di dunia karena iri melihat pahala orang-orang yang tertimpa cobaan.”

3. Allah dekat dengan orang sakit.

Dalam hadits qudsi Allah berfirman: ”Wahai manusia, si fulan hamba-Ku sakit dan engkau tidak membesuknya. Ingatlah seandainya engkau membesuknya niscaya engkau mendapati-Ku di sisinya.” (HR Muslim dari Abu Hurairah)

4. Sebagai parameter kesabaran seorang hamba.

Sebagaimana dituturkan, bahwa kalau seandainya tidak ada ujian maka tidak akan tampak keutamaan sabar. Apabila ada kesabaran maka akan muncul segala macam kebaikan yang menyertainya, namun jika tidak ada kesabaran maka akan lenyap pula kebaikan itu.

Anas Radhiallaahu anhu meriwayatkan sebuah hadits secara marfu’, “Sesungguhnya besarnya pahala tergantung pada besarnya cobaan. Jika Allah mencintai suatu kaum maka Dia akan mengujinya dengan cobaan. Barang siapa yang ridha atas cobaan tersebut maka dia mendapat keridhaan Allah dan barang siapa yang berkeluh kesah (marah) maka ia akan mendapat murka Allah.”

Apabila seorang hamba bersabar dan imannya tetap tegar maka akan ditulis namanya dalam daftar orang-orang yang sabar. Apabila kesabaran itu memunculkan sikap ridha maka ia akan ditulis dalam daftar orang-orang yang ridha. Dan jikalau memunculkan pujian dan syukur kepada Allah maka dia akan ditulis namanya bersama-sama orang yang bersyukur. Jika Allah mengaruniai sikap sabar dan syukur kepada seorang hamba maka setiap ketetapan Allah yang berlaku padanya akan menjadi baik semuanya. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, “Sungguh menakjubkan kondisi seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Jika memperoleh kelapangan lalu ia bersyukur maka itu adalah baik baginya. Dan jika ditimpa kesempitan lalu ia bersabar maka itupun baik baginya (juga).”

5. Dapat memurnikan tauhid dan menautkan hati kepada Allah.

Wahab bin Munabbih berkata, “Allah menurunkan cobaan supaya hamba memanjatkan do’a dengan sebab bala’ itu.” Dalam surat Fushilat ayat 51 Allah berfirman, artinya, “Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdo’a.”

Musibah dapat menyebabkan seorang hamba berdoa dengan sungguh-sungguh, tawakkal dan ikhlas dalam memohon. Dengan kembali kepada Allah (inabah) seorang hamba akan merasakan manisnya iman, yang lebih nikmat dari lenyapnya penyakit yang diderita. Apabila seseorang ditimpa musibah baik berupa kefakiran, penyakit dan lainnya maka hendaknya hanya berdo’a dan memohon pertolongan kepada Allah saja sebagiamana dilakukan oleh Nabi Ayyub 'Alaihis Salam yang berdoa, “Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Rabbnya, ”(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”. (QS. Al Anbiyaa :83)

6. Memunculkan berbagai macam ibadah yang menyertainya.

Di antara ibadah yang muncul adalah ibadah hati berupa khasyyah (rasa takut) kepada Allah. Berapa banyak musibah yang menyebabkan seorang hamba menjadi istiqamah dalam agamanya, berlari mendekat kepada Allah menjauhkan diri dari kesesatan. Amat banyak hamba yang setelah di timpa sakit ia mau memulai bertanya persoalan agamanya, mulai mengerjakan shalat dan berbuat kebaikan, yang kesemua itu tak pernah ia lakukan sebelum menderita sakit. Maka sakit yang dapat memunculkan ketaatan-ketaatan pada hakekatnya merupakan kenikmatan baginya.

7. Dapat mengikis sikap sombong, ujub dan besar kepala.

Jika seorang hamba kondisinya serba baik dan tak pernah ditimpa musibah maka biasanya ia akan bertindak melampaui batas, lupa awal kejadiannya dan lupa tujuan akhir dari kehidupannya. Akan tetapi ketika ia ditimpa sakit, mengeluarkan berbagai kotoran, bau tak sedap,dahak dan terpaksa harus lapar, kesakitan bahkan mati, maka ia tak mampu memberi manfaat dan menolak bahaya dari dirinya. Dia tak akan mampu menguasai kematian, terkadang ia ingin mengetahui sesuatu tetapi tak kuasa, ingin mengingat sesuatu namun tetap saja lupa. Tak ada yang dapat ia lakukan untuk dirinya, demikian pula orang lain tak mampu berbuat apa-apa untuk menolongnya. Maka apakah pantas baginya menyombongkan diri di hadapan Allah dan sesama manusia?

8. Memperkuat harapan (raja’) kepada Allah.

Harapan atau raja’ merupakan ibadah yang sangat utama, karena menyebabkan seorang hamba hatinya tertambat kepada Allah dengan kuat. Apalagi pada penderita sakit yang telah sekian lama berobat kesana kemari namun tak kunjung sembuh. Maka dalam kondisi seperti ini satu-satunya yang jadi tumpuan harapan hanyalah Allah semata, sehingga ia mengadu: “Ya Allah tak ada lagi harapan untuk sembuhnya penyakit ini kecuali hanya kepada-Mu.” Dan banyak terbukti ketika seseorang dalam keadaan kritis, ketika para dokter sudah angkat tangan namun dengan permohonan yang sungguh-sungguh kepada Allah ia dapat sembuh dan sehat kembali. Dan ibadah raja’ ini tak akan bisa terwujud dengan utuh dan sempurna jika seseorang tidak dalam keadaan kritis.

9. Merupakan indikasi bahwa Allah menghendaki kebaikan.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah secara marfu’ bahwa Rasulullah n bersabda, ”Barang siapa yang dikehen-daki oleh Allah kebaikan maka Allah akan menimpakan musibah kepadanya.” (HR al Bukhari). Seorang mukmin meskipun hidupnya sarat dengan ujian dan musibah namun hati dan jiwanya tetap sehat.

10. Allah tetap menulis pahala kebaikan yang biasa dilakukan oleh orang yang sakit.

Meskipun ia tidak lagi dapat melakukannya atau dapat melakukan namun tidak dengan sem-purna. Hal ini dikarenakan seandainya ia tidak terhalang sakit tentu ia akan tetap melakukan kebajikan tersebut, maka sakinya tidaklah menghalangi pahala meskipun menghalanginya untuk melakukan amalan. Hal ini akan terus berlanjut selagi dia (orang yang sakit) masih dalam niat atau janji untuk terus melakukan kebaikan tersebut. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abdullah bin Amr dari Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam, ”Tidak seorangpun yang ditimpa bala pada jasadnya melainkan Allah memerintah-kan kepada para malaikat untuk menjaganya, Allah berfirman kepada malaikat itu, “Tulislah untuk hambaKu siang dan malam amal shaleh yang (biasa) ia kerjakan selama ia masih dalam perjanjian denganKu.”

11. Sakit dapat menghantarkan ke manzilah (kedudukan) tertentu di Surga.

Terkadang seorang hamba memiliki manzilah di Surga, akan tetapi amalnya tidak dapat mengantarkannya ke sana maka Allah menimpakan kepadanya berbagai ujian secara bertubi-tubi sehingga sampailah ia kepada manzilah tadi, sebagaimana dalam hadits shahih yang diriwayatkan oleh imam Ibnu Hibban dari Abu Hurairah.

12. Dengan sakit akan diketahui besarnya makna sehat.

Jika seseorang selalu dalam keadaan sehat maka ia tidak akan mengetahui derita orang yang tertimpa cobaan dan kesusahan, dan ia tidak akan tahu pula besarnya nikmat yang ia peroleh. Maka ketika seorang hamba sakit, ia ingin agar bisa segera pulih sebagaimana kondisi semula ketika sehat, sebab setelah sakit itulah ia akan tahu apa artinya sehat.

Hendaknya seorang hamba bersabar dan memuji Allah ketika tertimpa musibah, sebab walaupun ia sedang sakit maka tentu masih ada orang lain yang lebih parah, dan jika tertimpa kefakiran maka pasti ada yang lebih fakir lagi. Hendaknya ia melihat sakit yang diderita dengan nikmat yang telah diterima dan dengan memikirkan faedah dan manfaat dari sakitnya. Dalam urusan agama seseorang harus memandang yang diatasnya agar tidak merasa bahwa dirinyalah orang yang terbaik, sedang dalam urusan dunia ia harus memandang orang yang ada di bawahnya agar menimbulkan rasa syukur dan melahirkan pujian kepada Allah.

13. Bagi seorang hamba (muslim) sakit merupakan rahmat bukan siksa.

Firman Allah, artinya. “Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Menge-tahui.” (QS. an Nisaa:147)

Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengenal Allah dan hikmahNya, meskipun demikian Allah tetap menyayanginya karena itu semua disebabkan ketidak tahuan, kelemahan dan kekurangannya.

Norway Biayai Drama Pentas Anti-Israel


16 November 2010 - Baitul Maqdis - Kementerian Luar Israel di Baitul Maqdis mendapat laporan bahawa Majlis Perbandaran Trondheim, di Norway, membiayai kos perjalanan ke New York bagi pelajar-pelajar yang menyertai sebuah drama pentas berjudul "Gaza Monologues".

"Gaza Monologues" adalah sebuah drama pentas yang ditulis oleh seorang rakyat Palestin dari Gaza dan akan dilakunkan di ibupejabat PBB di New York. Sebahagian dari drama pentas itu melibatkan aksi yang menunjukkan mayat bayi-bayi Palestin bergelimpangan berhampiran dengan helmet-helmet tentera Israel serta bendera Israel yang berlumuran dengan darah.

Drama Pentas itu berkisar di sekitar subjek bagaimana penjajahan Israel telah mempengaruhi kehidupan kanak-kanak di Gaza dan memaparkan kesulitan yang harus mereka hadapi dari sehari ke sehari. Di samping mengirim pelajar untuk mengambil bahagian dalam drama pentas berkenaan, Norway juga membantu pengedaran filem dokumentari yang diberi judul "Tears of Gaza" untuk festival filem di seluruh dunia.

Kedutaan Besar Israel di Norway memprotes keras penglibatan kerajaan Norway dalam perkara ini. "Polisi rasmi serta terbuka Norway membicarakan tentang pemahaman dan perdamaian," kata pegawai rasmi Israel, "tetapi sejak perang di Gaza, Norway telah menjadi kuasa besar dalam kerja-kerja mengeksport bahan multimedia yang bertujuan untuk menidakkan kewujudan sah Negara Israel, sambil menggunakan dana pembayar cukai Norway bagi menghasilkan dan mengedarkan bahan-bahan multimedia berkenaan."

Bagaimanapun, kerajaan Norway bertindakbalas terhadap kritikan tersebut dengan mengatakan bahawa kerajaan itu menyokong kebebasan berkarya dan tidak akan campurtangan dalam perkara penghasilan karya seni.

Pertembungan Di Universiti Haifa


16 November 2010 - Pertembungan berlaku di Universiti Haifa di antara mahasiswa dan pihak polis, berikutan ketibaan Haneen Zoabi, MK dari parti Balad. Zoabi dijadualkan berucap di university berkenaan dalam sebuah majlis yang diselenggarakan oleh sebuah kumpulan mahasiswa Balad, namun Zoabi mendakwa yang pentadbir university tersebut telah memutuskan untuk melarang majlis tersebut dari diadakan dengan alasan masalah keselamatan; langkah yang Zoabi gelar sebagai "taktik Shin Bet". Pihak universiti bertindakbalas dengan mendakwa yang tidak ada larangan seperti itu dikeluarkan.

Pertembungan bermula ketika mahasiswa dari gerakan Im Tirtzu berusaha mencegah Zoabi dari berucap, dengan berulangkali melaungkan perkataan "pengganas" kepadanya, yang merupakan rujukan kepada penyertaannya dalam armada bantuan kemanusiaan ke Gaza, pada tanggal 31 Mei, yang mengakibatkan kematian sembilan aktivis Turki, dan mereka juga telah menyanyikan lagu kebangsaan Israel.

Zoabi melawat universiti tersebut sebagaimana yang telah diperuntukkan bagi semua anggota Knesset, menurut undang-undang, untuk melawat mana-mana kawasan awam, melainkan tempat-tempat yang berkaitan dengan keselamatan nasional.

Runtuhan Terbaru Di Aqsa Akibat Penggalian Bawah Tanah


16 November 2010 - Baitul Maqdis - Yayasan Wakaf dan Warisan Aqsa melaporkan dua hari lalu yang runtuhan pada permukaan tanah di Masjid Aqsa mendedahkan kedalaman lubang yang tidak diketahui berhampiran dengan pokok yang jatuh di kawasan masjid itu seminggu lalu.

Yayasan berkenaan, dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkannya, menyeru agar siasatan dilakukan ke atas insiden berlakunya runtuhan di sekitar Masjid Aqsa secara berulangkali serta penyebab bagi keretakan yang berlaku dalam masjid dan struktur-struktur yang terletak berhampiran dengannya.

"Semua bukti menunjukkan bahawa terdapat lubang yang digali oleh Israel di bawah dan sekitar Masjid al-Aqsa." Yayasan tersebut merakamkan insiden berkenaan dalam bentuk foto dan video pada hari Sabtu, tetapi ditunda penerbitannya bagi melakukan ujian lebih lanjut dan memastikan kesahihan data.

Sebuah pasukan telah mengunjungi masjid tersebut bagi melakukan pemeriksaan tambahan ke atas tapak di mana pokok yang telah lama berada di situ tumbang pada minggu lalu bilamana para pemeriksa itu mendapati yang enam meter dari pokok itu terdapat sebuah lubang yang ditutup dengan suratkhabar di atas sebilangan dahan-dahan pendek yang merupakan saki-baki pokok yang tumbang itu. Di bawahnya terdapat sebuah batu konkrit yang mencurigakan terletak dalam kedudukan serong.

Para pemeriksa itu juga menjumpai, berhampiran tempat kejadian, sebuah lubang selebar 50 cm persegi, namun mereka tidak dapat mengesahkan kedalaman sebenar lubang tersebut. Pasukan pemeriksa itu berpendapat yang insiden runtuhan berulangkali itu serta kerosakan di masjid tersebut menjelaskan yang pasukan Israel telah menggali di bawah tapak suci berkenaan.

Dalam jangkamasa dua tahun kebelakangan ini, yayasan ini telah menemui runtuhan yang berlaku pada lantai Masjid Aqsa, sebatang pokok besar yang tumbang berdekatan dengan Gerbang Qattanein, keretakan pada bangunan-bangunan berhampiran pokok tersebut, lubang-lubang yang digali oleh perancang Israel di bawah kawasan Mutahhara yang terletak di sempadan barat masjid, keretakan pada bangunan Marwani, keretakan pada bangunan di atas sebuah pintu gerbang di bahagian utara masjid, serta penggalian di bahagian barat dan selatan masjid berkenaan.

Pekerja rejim Israel di tangkap



16 November 2010 - Pihak Keselamatan Kerajaan Semenanjung Gaza berjaya menangkap seorang pekerja bagi pihak rejim Israel. Banduan tersebut cuba melarikan diri ke Mesir melalui terowong yang terdapat di Gaza setelah berjaya memboloskan diri dari penjara beberapa jam sebelum itu.

Pihak berkuasa berkata: "Kami berjaya menahan salah seorang talibarut rejim Israel selepas melarikan diri dari penjara, dan cuba melepaskan diri ke Republik Arab Mesir melalui terowong di sepanjang sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza", dan kemudiannya diserahkan kepada pihak yang berkuasa".

Kementerian Gaza menyelar rancangan Israel membina kuil di Baitulmaqdis


Selasa, 16/11/2010 - Kementerian Hal-Ehwal Agama di Gaza menegaskan sekali lagi bahawa ia menyelar tindakan Israel meluluskan pembinaan kuil Yahudi di Baitulmaqdis. Kementerian tersebut turut mendakwa bahawa perancangan itu merupakan langkah awal untuk mencemarkan kawasan-kawasan suci Islam serta bakal memadamkan mercu tanda bersejarah.

Menteri Hal-Ehwal Agama, Talib Abu Sha’ar berkata pada Ahad, sikap berdiam diri bangsa Arab, para Muslim dan organisasi antarabangsa terhadap pembukaan kuil Kharab berdekatan Masjid Al-Aqsa itu telah menggalakkan Israel untuk meneruskan perancangan pembinaannya.

Abu Sha’ar berkata, Kuil Kharab itu telah menarik lebih 40,000 pelancong Yahudi dan asing. Pihak Israel yang bertanggungjawab dalam hal pembinaan kuil tersebut ialah Taf’urat Israel yang merupakan sebuah syarikat pembangunan. Syarikat itu melabur sebanyak NIS 40 juta dalam projek ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Jurucakap Zionis : Tel Aviv dalam zon roket Hamas


Selasa, 16/11/2010 - Pegawai keselamatan Zionis memberi amaran bahawa kawasan bukit tinggi, Spring Hill dekat Tel Aviv kini berada dalam radius missile dari Brigade Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, dan teknologi terbaru missile ini mampu mencapai target tertentu di bandar tersebut.

Sumber Zionis itu melaporkan bahawa gerakan Hamas di Gaza, “mempunyai roket missile yang mampu melangkaui 80km jarak sekaligus meletakkan Tel Aviv dalam zon yang boleh diserang”.

Tambah beliau lagi, yang enggan didedahkan namanya dalam temubual bersama dengan sidang media Perancis, bahawa pihak Mesir, “tidak cukup tegas dalam usaha menyekat penyeludupan alatan senjata ke Jalur Gaza melalui terowong bawah tanah yang menghubungkan antara Mesir dan Gaza”, dan berkata lagi bahawa tentera Mesir yang mengawal sempadan tersebut, “berdiri dalam jarak kurang dari 20 meter dari terowong tetapi tidak membuat apa-apa pun untuk menghentikan penyeludupan”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Rejim Zionis Mencederakan Seorang Kanak-kanak Lelaki di Gaza, dan Menahan Seorang Kanak-kanak Perempuan di al-Khalil


Selasa, 16/11/2010 – Tentera Penjajah Israel (IOF)menembak dan mencederakan seorang kanak-kanak lelaki Palestin di timur Gaza pada Ahad ketika mengumpul batu kecil,lapor sebuah sumber perubatan.

Adham Abu Salmiya, koordinator media khidmat perubatan, memberitahu Pusat Info Palestin (PIC) bahawa budak lelaki itu ditembak dengan peluru di bahagian kaki, dan menyatakan bahawa kecederaannya tidak begitu serius. embakan IOF mencederakan 67 pekerja yang mengutip batu kecil di sempadan Semenanjung Gaza sejak awal 2009.

Sementara itu, tentera IOF menahan seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun semasa dalam perjalanan ke Masjid Ibrahimi untuk bersolat di bandar al-Khalil pada Ahad. Sumber tempatan menyatakan Hadeel Abu Turki telah ditahan dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui tanpa sebarang sebab yang diketahui.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Penduduk Yahudi membakar pohon-pohon zaitun di Nablus


Selasa, 16/11/2010 - Peneroka haram Yahudi telah membakar puluhan pohon zaitun Palestin di timur kampung Salem, daerah Nablus Ahad lalu, menurut sumber tempatan. Mereka mengatakan penduduk itu datang dari sebuah pos penempatan berdekatan kampung itu dan membakar lebih daripada 15 dunums pohon zaitun dengan api. Sumber mengatakan kawasan tersebut mengandungi lebih dari 150 pohon zaitun dan kebakaran itu telah merebak ke seluruh kawasan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Ketegangan meningkat di penjara Ramon selepas penjaga penjara menghina Allah


Selasa, 16/11/2010 - Para tahanan tertinggi hak panitia di Gaza mengatakan suasana tegang mengusai penjara Ramon selama lima hari selepas seorang penjaga penjara menghina Allah ketika lawatan baru-baru ini di penjara seksyen 5.3.

Para pentadbir penjara telah bersiap sedia sepenuhnya selama empat hari selepas seorang tahanan memberitahu bahawa jika mereka terlihat sesiapa yang melakukan sedemikian dalam seksyen itu, hidupnya akan berada dalam bahaya dan ia akan diserang tanpa ragu-ragu. Ia dilaporkan oleh media rasmi jawatankuasa Riyadh Al-ashkar pada hari Ahad.

Tahanan menegaskan bahawa mereka tidak akan mengabaikan kejadian itu untuk memastikan bahawa amalan yang sama tidak terulang kembali. Ia juga adalah untuk memastikan bahawa pihak pentadbiran penjara tidak membiarkan sesiapa menghina mereka, martabat mereka, juga agama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Sabtu, 13 November 2010

Iktibar peristiwa korban


KORBAN dari segi bahasa bermakna dekat dan dari segi istilah bermakna menjalankan sesuatu perintah agama atau taat kepada perintah Allah s.w.t. kerana ingin mendekati diri kepada Tuhan.

Ini bermakna setiap manusia Muslim dituntut supaya berkorban apa sahaja yang termampu untuk mendapat keredhaan Allah serta bagi menyatakan ketaatan kepada-Nya sama ada berbentuk fikiran, tenaga atau harta benda.

Sejarah pengorbanan manusia di atas muka bumi ini ialah kisah dua orang adik-beradik bernama Qabil dan Habil, anak kepada Nabi Adam a.s. yang mana mereka berdua pernah diuji, siapakah di antara kedua-duanya yang sudi mengorbankan hartanya bagi menyatakan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Di dalam surah al-Maidah ayat 27 Allah mewahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. kisah anak-anak Adam a.s yang masing-masing mempersembahkan korban bermaksud:

Dan bacalah wahai Muhammad kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan korban (kerana mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima kurban salah seorang darinya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata Qabil ``Demi sesungguhnya aku akan membunuhmu. Jawab (Habil) hanya saya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.''

Mengikut ahli tafsir, Habil adalah seorang penternak kambing telah mempersembahkan seekor kambing yang terbaik semata-mata kerana mengikut seruan Allah s.w.t. dengan ikhlas dan penuh takwa serta ingin mendekatkan diri kepada perintah Allah. Sebaliknya Qabil seorang petani telah mempersembahkan gandum yang buruk lantaran ada perasaan bakhil, dengki, malu dan terpaksa, yang mana akhirnya Allah menerima korban daripada Habil.

Qabil yang kecewa di atas pengorbanan yang ditolak oleh Allah akhirnya sanggup membunuh saudaranya sendiri iaitu Habil, semata-mata kerana dengki tidak dapat mengahwini adik perempuan kembarnya bernama Iqlima yang akan dikahwinkan dengan Habil. Inilah adalah sejarah pembunuhan pertama dalam sejarah manusia di atas muka bumi ini.

Satu lagi kisah yang kita dapat mengambil pengajaran betapa kepatuhan dan ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. maka tiga orang hamba Allah iaitu Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail yang mana mereka bertiga berkorban tenaga dan daya usaha bagi membangunkan tanah Mekah sehingga menjadi pusat pertemuan dan perpaduan umat Islam dari seluruh dunia hingga ke zaman ini.

Menurut sejarah, Nabi Ibrahim mempunyai isteri pertama (Siti Sarah) yang sudah tua dan tidak dapat melahirkan anak. Siti Sarah `menghadiahkan' Siti Hajar seorang hamba kepada suaminya Nabi Ibrahim.

Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar meninggalkan Mesir dan menuju ke Mekah. Dalam perjalanan kedua-duanya menghadapi kesulitan dan kepayahan dengan meredah padang pasir. Apabila sampai di Mekah Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar keseorangan sehingga melahirkan seorang anak yang dinamakan Ismail.

Bumi Mekah yang sering kontang, tidak mempunyai air dan tidak ada tumbuh-tumbuhan menyebabkan tidak ada orang yang sanggup mendiaminya. Tetapi sejarah telah memaparkan kepada kita betapa semangat kecekalan Siti Hajar yang dapat mengatasi cabaran dan dugaan semasa melahirkan anaknya Nabi Ismail serta semasa mencari air bagi menyelamatkan dirinya serta anaknya bagi meneruskan kehidupan, adalah bukti kepatuhan dan ketaatan mereka berdua kepada perintah Allah s.w.t.

Apabila Nabi Ismail sudah mulai membesar serta dapat membantu kerja-kerja yang dilakukan oleh ayahnya Nabi Ibrahim, maka timbullah rasa kasih Nabi Ibrahim kepada anaknya itu. Perasan kasih itu timbul kerana Nabi Ibrahim pada umur yang sudah lanjut barulah memperoleh seorang anak. Maka Allah s.w.t. hendak menguji kasih sayang Nabi Ibrahim, adakah kasih kepada anaknya melebihi daripada kasihnya kepada Allah. Surah as-Saffat ayat 102-107 bermaksud:

Maka tatkala anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: ``Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu: Maka fikirkanlah apa pendapatmu!'' Anaknya menjawab: ``Wahai bapaku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.''

``Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan perintah Kami). Serta kami menyerunya ``wahai Ibrahim!'' Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu!'' Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata; dan kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.''

Di dalam kitab tafsir menceritakan bahawa Syaitan cuba menghasut Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar, lalu dilontar dengan batu, dan inilah yang dilakukan oleh mereka yang melakukan ibadat haji di mana melontar di ketiga-tiga jamrah adalah merupakan salah satu daripada perkara wajib haji.

Sebelum Nabi Ibrahim melakukan penyembelihan ke atas anaknya kerana perintah Allah, Nabi Ismail berpesan kepada ayahnya iaitu:

- Ikatlah kedua-dua tangannya supaya ayahnya tidak terganggu.

- Mukanya ditelengkupkan ke bumi supaya ayahandanya tidak dapat melihat wajahnya yang mungkin menimbulkan perasaan kasihan kepadanya.

- Baju ayahnya diselakkan supaya tidak dilumuri oleh darah.

- Tajamkan pisaumu dan cepatlah hiris ke leher supaya mudah mati.

- Nabi Ismail menyuruh ayahnya membawa pulang bajunya untuk diberikan kepada ibunya sebagai kenangan.

- Nabi Ismail menyampaikan salam kepada ibunya dan meminta ayahnya memujuk ibunya supaya beliau bersabar di atas perintah Allah s.w.t.

- Nabi Ismail meminta supaya jangan menceritakan kepada ibunya bagaimana cara ayahnya menyembelih dan mengikat tangan.

- Jangan biarkan kanak-kanak masuk ke rumah ibu supaya tidak bertambah kesedihannya.

- Jika ayah berjumpa dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya, janganlah ayahnya memandang kepadanya supaya ayah tidak berkeluh kesah dan kesedihan.

Kisah Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anaknya sendiri, begitu juga isterinya Siti Hajar yang merelakan anaknya dikorbankan dan anaknya sendiri, Nabi Ismail yang sanggup dikorbankan adalah menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai pengorbanan mereka bertiga yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerana patuh dan taat kepada perintah Allah s.w.t.

Firman Allah surah al-Hajj ayat 37 bermaksud: Daging dan darah korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.

Dalam suasana Hari Raya Korban kita dituntut melakukan ibadat korban seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari Nahar (Hari Raya Haji) yang paling disukai oleh Allah selain daripada menyembelih korban.

Ternakan yang dikorban itu akan datang kepada mereka yang melakukannya pada hari Kiamat kelak seperti keadaan asalnya, iaitu lengkap dengan tanduknya, bulunya dan kukunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan oleh Allah sebelum dia jatuh ke bumi (iaitu pahalanya disegerakan oleh Allah) maka dengan sebab itu hendaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri kamu sendiri.

Pengorbanan para sahabat dalam hijrah contohnya adalah menunjukkan kasih dan kepatuhan kepada Allah lebih daripada segala-galanya. Apakah pula pengorbanan kita kepada Islam?

Ketaatan dan pengorbanan Qabil dan Habil memberi pengajaran kepada manusia supaya tidak bakhil setelah mereka memperoleh nikmat yang banyak daripada Allah s.w.t.

Mereka hendaklah bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang banyak dan tanda kesyukuran ialah menginfakkan atau membelanjakan sedikit daripada hartanya sama ada dalam bentuk yang wajib (zakat) atau membelanjakannya dalam bentuk yang sunat.

Ketaatan dan pengorbanan yang telah diasaskan oleh Nabi Ibrahim, di mana umat Islam seluruh dunia telah mengorbankan sebahagian daripada harta benda mereka bagi menghadiri muktamar Islam sedunia dan melakukan ibadat haji. Nabi Ibrahim diperintah oleh Allah untuk membina Kaabah yang merupakan rumah ibadat yang pertama seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam surah ali-Imran ayat 96-97.

Setelah selesai Nabi Ibrahim membina Kaabah maka Allah memerintahkan Nabi Ibrahim supaya menyeru manusia supaya datang untuk melakukan ibadat haji. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hajj ayat 27-28 bermaksud:

Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang (ke rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh, ``supaya mereka menyaksikan berbagai-bagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaannya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

Sejarah Ibadah Haji


SEJARAH HAJI
Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :

" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".

Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.

Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.

RASULLULLAH S.A.W MENUNAIKAN HAJI

Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.

Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.

Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.

PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'

Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :

Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.
Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".
Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.
Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud :
" Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami"

Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.

Khutbah Rasulullah pada Haji Wida’


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu…..

Haji Wida' (Haji Perpisahan)


Ibadat haji yang dibawa oleh Nabi Allah Ibrahim A.S mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah

Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.

Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam.

Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.

Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayat Baginda. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'" kerana selepas itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Mekah bersama isteri , sahabat-sahabatnya serta kaum Muslimin. seramai lebih 90,000

Semasa Baginda di sana ( Mekah ) maka turunlah wahyu yang terakhir sebagaimana Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Maidah ayat 3

أَلـيَومَ أكمـَلـْتُ لـَكـُم دِينـَكـُم وَأتمَمْتُ عـَلَيكـُم نِعْمـَتِي وَرَضِيْتُ لـَكـُمُ الإسـْلاَمَ دِيْناً

Maksudnya

"Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-redhai Islam itu sebagai agama bagimu" ... Surah Al-Maidah ayat 3

Ayat ini diturunkan pada tahun ke-10 Hijrah iaitu setelah sepuluh tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah ke Madinah. Sungguhpun diturunkan di Mekah, namun ayat ini tetap dikatogerikan sebagai surah Madaniah. Ini adalah kerana ayat ini diturunkan selepas hijrahnya Rasul ke Madinah meskipun ianya diturunkan di Mekah.

Selain daripada Surah Al-Maidah ayat 3 ada ayat lain yang berkait rapat dengan peristiwa Hajjatul Wida’. Surah Al-Baqarah ayat 281 juga diturunkan di Mekah (di satu kawasan bernama Mina) pada tahun ke-10.

Sama seperti Surah Al-Maidah ayat 3, ayat ini dan seluruh ayat dalan Surah Al-Baqarah merupakan Surah Madaniah iktibar penurunannya selepas hijrahnya Baginda Rasul ke Madinah dan ini menguatkan lagi hujah-hujah pendapat yang kedua sebagaimana yang telah dibincangkan pada artikel lalu.

Kesimpulan yang dapat diambil bahawa Surah makiyyah ini adalah surah-surah yang diturunkan sebelum hijrahnya Rasul dan Surah Madaniah adalah surah-surah yang diturunkan semasa dan selepas hijrahnya Baginda Rasul ke Madinah Munawwarah.

Jumaat, 12 November 2010

Lubnan: Israel tidak setuju MiG-29 Russia dipandu oleh pegawai syiah


13 November 2010 - Surat khabar Lubnan, "Ad-Diyar" melaporkan bahawa Israel memberitahu kerajaan Lubnan dengan perantaraan Menteri Pertahanan AS, Robert Gates, bahawa mereka tidak bersetuju dan tidak menerima sekiranya pesawat jet MiG-29 buatan Russia dipandu oleh para pegawai Lubnan yang bermazhab Syiah.

Surat kabar itu juga menyebut tentang pembatalan perjanjian dengan Lubnan pembelian 12 jet pejuang MiG-29, dan mengantikannya dengan helikopter pengangkutan dan logistik. Akhbar itu menambah lagi, perisikan rejim Israel sentiasa mengawasi bilangan pegawai-pegawai tentera udara Lubnan dan ahli politik yang bermazhab Syiah.

Mesir Bantu Israel Bunuh Namnam


13 November 2010 - Washington - Majalah The Time Amerika Syarikat berkata yang Mesir telah menyediakan bantuan perisikan kepada Israel sehingga mengakibatkan berlakunya pembunuhan ke atas Muhmmad al-Namnam, seorang komandan bagi kumpulan pecahan Tentera Islam di Gaza.

Sebuah artikel oleh Karl Vick di Baitul Maqdis, yang diterbitkan pada hari Rabu di laman web majalah berkenaan, mendakwa yang pihak perisikan Mesir telah berjaya mengumpul maklumat dari anggota-anggota kumpulan tersebut, yang ditahan dan disoalsiasat di Mesir, mengenai rancangan kumpulan berkenaan untuk melancarkan serangan ke atas tentera Amerika yang berpengkalan di gurun Sinai lantas menyampaikan maklumat tersebut kepada Israel.

Kereta Namnam dijadikan sasaran pada 3 November oleh sebuah misil udara-ke-bumi di tengah Bandar Gaza hingga menyebabkan berlakunya ledakan besar serta membunuhnya dan mencederakan seorang yang lain.

Pada hari yang sama Unit Keselamatan Dalaman Israel, Shin Bet, mengaku bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu. Laman web harian Ibrani, Yediot Ahronot, melaporkan yang pada waktu itu Namnam terlibat dalam sebilangan operasi ke atas sasaran Israel bagi pihak "Tentera Islam" dan pembunuhan itu dilakukan setelah pihak perisikan Israel mengetahui yang dia sedang merancang melakukan serangkaian serangan bom di Israel melalui semenanjung Sinai di Mesir.

Penjajah Zionis Tegah Baik-Pulih Sekolah Di Al-Aqsa


13 November 2010 - Baitul Maqdis - Penjajah Israel enggan membenarkan Jabatan Awqaf Islam di Baitul Maqdis untuk membaik-pulih sekolah Al-Khatouneyya yang dianggap sebahagian dari bangunan utama Masjid al-Aqsa.

Sheikh Muhammad Husain, Imam Besar Masjid al-Aqsa berkata yang Pihak Berkuasa Penjajahan Israel menghentikan pekerja, pada hari Selasa lalu, dari melakukan kerja baik-pulih pada bangunan masjid itu dalam usahanya untuk campurtangan dalam urusan tempat-tempat suci Islam terutamanya Masjid al-Aqsa dan menggambarkan yang campurtangan sebegitu adalah sesuatu yang serius, sambil memberi amaran berkenaan akibat yang serius hasil dari campurtangan sedemikian.

Husain menegaskan yang umat Islam berhak mempertahankan Masjid al-Aqsa dan tidak ada sesiapapun yang berhak untuk campurtangan dalam urusannya. Dia menambah, pada waktu yang sama di mana penjajah Israel menghalang kerja pemuliharaan di Masjid al-Aqsa ia telah membenarkan kumpulan-kumpulan Yahudi ekstremis untuk menggali terowong di bawahnya.

Israel mula menguasai lembah utara Jordan


Sabtu, 13/11/2010 – Tentera Zionis Israel telah menyerbu dan menawan kawasan utara lembah Jordan. Dipercayai seluas 200 hektar di Ain Halwah telah di rampas dan kemudiannya digabungkan dengan penempatan Zionis yang ada di situ.

Saksi menyatakan Zionis Israel telah menyerbu dengan kenderaan berat dan membuat halangan. Keadaan juga di awasi ketat oleh pihak tentera. Selain itu, terdapat warga Palestin yang diusir dan rumah mereka dihancurkan.

sumber : COMES

Amerika Berhasrat Menggunakan Kuasa Veto Kepada Wilayah palestin Jika Israel Membekukan Penempatan Selama 3 Bulan


Sabtu, 13/11/2010 – Seorang Pegawai Politik Senior Israel berkata bahawa pentadbiran Amerika mungkin akan menggunakan hak vetonya menentang keputusan untuk mengiktiraf wilayah Palestin jika Israel membekukan penempatan penduduk Yahudi di sesetengah kawasan di Tebing Barat hanya untuk 3 bulan.

Pegawai itu menambah bahawa hasrat itu akan menjadi sebahagian daripada pakej yang telah ditawaran kepada Israel oleh AMerika, termasuk memberi jaminan akan mengekalkan sokongan tentera ke atas negara dalam kawasan itu dan akan menentang semua usaha antarabangsa untuk mengharamkan negara Israel.

Sumber yang lain memberitahu bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu sesuatu yang dikatakan sebagai kempen besar-besaran untuk menghalang pengiktirafan Israel dalam dunia ini. Netanyahu menyatakan demikian dalam lawatannya ke Washington dan bertemu dengan pegawai-pegawai Amerika.

Netanyahu berkata demikian kerana sebahagian media Israel memberitahu kebimbangan bahawa halangan untuk mengiktiraf Israel merupakan satu masaah yang membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa Israel masih bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya.

Radio berbahasa Hebrew juga memetik Menteri Perang, Ehud Barak berkata bahawa cubaan untuk menghalang pengiktirafan Israel seluruh dunia merupakan satu bahaya yang besar yang mengancam masa depan Israel.

Dalam konteks yang lain, kerajaan Israel mengumumkan bahawa aktiviti penempatan dan penaklukan wilayah dan rumah Palestin di timur Jurusalem tidak akan berhenti, dan menegaskan bahawa polisi ini selari dengan polisi kerajaan Israel sebelum ini sejak 40 tahun yang lalu.

Setiausaha kerajaan Israel, Zvi Hauser menyatakan bahawa keputusan terakhir untuk membina 1300 penempatan di kejiranan Palestin di timur Jurusalem telah diambil tiga minggu lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Khamis, 11 November 2010

Bendera Mesir "Buatan Israel"


12 November 2010 - Sebuah akhbar Mesir melaporkan yangt ia berhasil memperolehi dokumen dari Kementerian Perdagangan Dan Kewangan Mesir yang mendedahkan bahwa sebilangan pengusaha Mesir mengimport bendera Mesir yang dibuat di Israel.

Akhbar al-Masry al-Youm (Mesir Hari Ini) melaporkan bahwa sebilangan besar bendera diimport dari Israel, dan ianya kemungkinan besar dibawa masuk ke Mesir melalui Terminal Sempadan Taba, Rafah dan al-Oja.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Cukai Mesir menyatakan bahawa tidak ada larangan rasmi yang dikenakan ke atas impor dari Israel.

Menteri Perdagangan Dan Perindustrian Mesir, Rashed Mohammad Rashed, berkata bahawa isu tersebut hanyalah berdasarkan khabar angin.

Penasihat Menteri berkenaan, Al-Sayyid Abu al-Qomsan, berkata yang Pihak Berkuasa Cukai Mesir tidak menerima sebarang penghantaran bendera Mesir baru-baru ini.

Isu-isu ini dibawa ke Parlimen Mesir pada bulan Julai tahun ini oleh MP Abbas Abdul Aziz yang mengatakan bahawa dia yakin 100% terhadap kenyataan ini, dan dia memiliki dokumen yang menyokong dakwaannya itu.

Mesir beri makan kepada tentera rejim Israel dalam perang Gaza


12 November 2010 - Akhbar Mesir "Mingguan", mendedahkan sebuah syarikat Mesir telah menyediakan puluhan tan makanan kepada rejim Israel, sebelum, semasa dan selepas perang ke atas Semenanjung Gaza dan dalam masa yang sama Mesir menghalang bahan makanan dan perubatan masuk ke dalam Gaza.

Akhbar tersebut juga mendedahkan banyak doktor Norway dan Perancis, terpaksa melalui terowong bersama peralatan perubatan untuk membantu rakyat Gaza selepas ditahan selama 13 hari di sempadan Rafah hanya kerana menunggu untuk menggunakan jalan "yang sah".

Kenyataan AS kepada Israel: Akan Serang Iran 2 tahun lagi


12 November 2010 - Juru cakap politik AS dan juga pegawai kanan kerajaan AS menjelaskan kepada pegawai Israel bahawa AS tidak akan melakukan tindakan ketenteraan terhadap Iran hingga selesainya pengunduran pasukan AS dari Iraq dan Afghanistan dalam masa 2 tahun lagi, demikian dilaporkan dari akhbar Ibrani, Yediot Ahronot.

Berdasarkan rancangan AS, mereka dijadualkan akan keluar dari Iraq pada bulan Ogos 2011 tetapi tidak lagi menentukan jadual pengunduran dari Afghanistan. AS akan berada di sana sehingga 2012 dan mungkin lebih.

Kenyataan ini dikeluarkan ketika mana mantan presiden AS, George W. Bush, mengarahkan Pentagon untuk mempersiapkan rancangan menyerang logi nuklear Iran.

Walaubagaiman pun serangan adalah pilihan yang terakhir.

Israel Buat Rancangan Tuntut Pampasan Dari Negara Arab


12 November 2010 - Nazareth - Kementerian Luar Israel mengumumkan pada hari Khamis ia sedang mempersiapkan rancangan menuntut negara-negara Arab agar membayar wang pampasan kepada penduduk Yahudi yang dulunya dihantar ke kawasan-kawasan yang diduduki oleh Israel selepas perang 1948.

Radio Israel melaporkan yang Jabatan Perundangan Kementerian Luar sedang melakukan usaha sejak akhir-akhir ini untuk mempersiapkan rancangan yang bertujuan menuntut pihak Arab agar mengiktiraf yang orang-orang Yahudi, yang meninggalkan tanah dan harta mereka selepas peristiwa Nakba (bencana) Palestin dan berhijrah ke Israel sebagai pelarian, layak menerima wang pampasan bagi hartanah yang mereka tinggalkan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon, jutaan orang Yahudi telah diusir dari negara-negara Arab setelah pembentukan Israel dan dengan demikian layak menerima pampasan.

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin untuk pertama kali di laluan Beit Hanoun


Jumaat, 12/11/2010 - Belasan warga Palestin dan antarabangsa berdemonstrasi pada Selasa berdekatan laluan sempadan Beit Hanoun (Erez) di utara Semenanjung Gaza untuk pertama kalinya mengibarkan bendera Palestin di pintu masuk.

Peristiwa bersejarah itu berlaku ketika demonstrasi mingguan yang dijalankan oleh Inisiatif Tempatan dalam satu rangka penentangan terhadap pendudukan Israel serta arahan ketenteraannya.

Para pembantah daripada Inisiatif Tempatan yang disertai oleh 4 orang penyokong warga asing telah berjaya tiba di pintu masuk laluan di mana mereka mengibarkan bendera Palestin di kawasan timur Beit Hanoun. Ia merupakan kejayaan yang terbaru buat inisiatif kerana mereka pertama kali berjaya tiba di pintu masuk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Rejim Zionis Melanjutkan Tahanan Politik Isteri Kepada Pemimpin HAMAS


Jumaat, 12/11/2010 - Pentadbir Rejim Israel (IOA) telah menyambung tahanan politik tanpa perbicaraan kepada Muntaha al-Tawil, isteri kepada Datuk Bandar el-Bireh dan pemimpin HAMAS Syeikh Jamal al-Tawil untuk 3 bulan.

Taghrid Jahshan, penasihat undang-undang kepada pertubuhan wanita untuk tahanan politik wanita , berkata bahawa Muntaha telah ditahan pada 8 Februari 2010 untuk enam bulan yang telah dilanjutkan sehingga 3 bulan dan kini menempuhi lanjutan ketiga untuk 3 bulan lagi berakhir 8 Februari 2011.

Peguam itu berkata bahawa dia dihubungi oleh Penjara Hasharon Israel dan menerima berita itu melalui telefon dan menambah bahawa dia telah menghubungi suami tahanan itu dan memberitahu perkembangan terbaru itu. Peguam itu menyampaikan kebimbangan tentang penahanan tanpa bicara Muntaha dan menghalangnya daripada bertemu suaminya dan 4 orang anaknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Jumaat, 5 November 2010

Israel larang azan di Masjid Ibrahimi


5 November 2010 - Rejim Israel melarang azan dikumandangkan di Masjid Ibrahimi yang terletak di kawasan Masjidil Aqsa 54 kali dalam bulan Oktober. Menurut sumber tempatan, larangan tersebut dibuat kononnya mengganggu orang Yahudi yang sedang bersembahyang dan menyatakan mereka tidak selesa dengan seruan tersebut.

56% Bantah Rundingan Damai Diteruskan Dengan Israel


5 November 2010 - Bethlehem - Sebuah bancian pendapat terbaru yang dilakukan oleh Pusat Pendapat Umum Palestin (PCPO) mendapati yang 56.1% responden menentang usaha meneruskan rundingan damai bersemuka dengan kerajaan Israel, memandangkan yang Israel telah meneruskan pembinaan di kawasan-kawasan penempatan yang terletak di Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur.

Bancian pendapat yang dilakukan dan diterbitkan oleh PCPO itu dijalankan di antara 22 hingga 30 Oktober, 2010, serta melibatkan 1005 responden yang mempunyai latarbelakang demografik yang berbeza. Semua responden adalah golongan dewasa Palestin, 18 tahun ke atas, yang tinggal di Tebing Barat, Gaza dan Baitul Maqdis Timur.

Bancian ini telah mengajukan serangkaian soalan yang turut melibatkan rundingan bersemuka dengan Israel, Dokumen Perdamaian Mesir, pasukan PBB di Tebing Barat dan Gaza, pilhanraya separuh penggal amerika syarikat, Yassir Arafat, Mahmoud Abbas, pentadbiran Obama, senjata nuklear Iran dan kemungkinan kesepakatan damai.

Sebahagian besar responden berkata yang mereka merasakan kehilangan terhadap pemergian presiden Yasser Arafat (86%) dan terbahagi dalam pendapat mereka tentang presiden yang ada sekarang ini, Mahmoud Abbas, dengan 43% berpuashati dan 44% pula tidak berpuashati dengannya.

Adapun mengenai pertanyaan samada rundingan Israel-Palestin akan berjaya atau gagal, sebilangan besar responden, 42.6%, berkata yang ianya akan Berjaya manakala 58.6% berpendapat yang kesepakatan "mungkin" akan dicapai di antara Palestin dan Israel tahun depan.

Dr. Nabil Kukali menubuhkan Pusat Pendapat Umum Palestin pada bulan Februari 1994 di Beit Sahour.

Rabu, 3 November 2010

Front Rakyat: Pengkhianatan Besar Jika Iktiraf Israel


Khamis, 04/11/2010 - Front Rakyat untuk Pembebasan Palestin menegaskan bahawa pengiktirafan terhadap entiti Israel merupakan pengkhianatan terhadap hak sejarah bangsa Palestin. Mengabaikan hal itu merupakan pengkhianatan besar yang patut dipersoalkan dan dilihat secara undang-undang dan revolusi.

Pihak Front mengatakan, Selasa (2/11) pada peringatan 93 tahun Deklarasi Balfour, bahawa “Palestin adalah milik seluruh rakyat Palestin, tanpa mengurangkan walau satu inci pun dari wilayahnya. Kita tegaskan bahawa hak rakyat kita untuk kembali merupakan hak sempurna dan tidak berkurang, tidak boleh diperdagangkanan, ditukar dan diganti dengan pampasan”.

Front memperbaharui penolakan mutlaknya terhadap perundingan yang memberikan legitimasi kepada Israel menguasai tanah air, wilayah dan rumah rakyat Palestin. Front menuntut perundingan Palestin untuk kembali kepada pilihan rakyat Palestin. Pilihan perjuangan dan perlawanan.

sumber : COMES

Washington cadang Zionis sewa tanah Jordan


Khamis, 04/11/2010 - Radio Zionis melaporkan Amerika Syarikat telah mencadangkan kepada Zionis agar menyewa tanah lembah Jordan selama beberapa untuk menempatkan rakyat Palestin setelah perjanjian damai dimeterai. Tujuan di sebalik perancangan ini adalah untuk membendung kemasukan senjata ke Palestin yang kebanyakkan melalui lembah.

sumber : COMES

Selasa, 2 November 2010

Pohon Gharqad

Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi bermaksud:



"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.



Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.

Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.




Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.

Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.