Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 20 November 2010

20 Buah F-35 Hadiah AS Kepada Israel


21 November 2010 - Terdapat laporan yang bertentangan antara rejim Israel dan AS mengenai perjanjian dokumen rasmi mengenai "pakej insentif dan hak-hak keistimewaan" Israel dalam kes syarat-syarat pembekuan penempatan pendatang haram Yahudi di Tebing Barat selama hanya 90 hari.

Berita diambil dari beberapa laman sesawang, kerajaan Zionis optimis kemungkinan "dokumen rasmi" tersebut akan diluluskan, tetapi ada yang mengatakan ia masih lagi menemui jalan buntu sesama mereka. Presiden rejim Israel, Shimon Peres, berkata bahawa untuk kembali ke meja rundingan antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin adalah masalah kecil, mengambil masa sehari atau dua sahaja.

Sumber politik menyebut, yang diambil dari surat khabar Israel "Yedioth Ahronoth", situasi sekarang hanya berkisar bagaimana untuk mencapai persefahaman antara AS(kebanyakkannya adalah pelobi Yahudi) dan Israel.

Antara "pakej insentif dan hak-hak keistimewaan" ialah AS akan "memberi" tambahan kepada Israel 20 jet pejuang tercanggih F-35 pada tahun 2015 setelah mendapat "kelulusan" daripada Kongres, tetapi perkara tersebut masih lagi "tidak di atas kertas" kerana setiap hari akan ada tekanan dari puak kanan dalam Kongres AS(lobi kuat Yahudi) menentang persepakatan tersebut yang mahukan penempatan haram Yahudi diteruskan tanpa ada pembekuan walaupun sehari.

Sementara itu, Netanyahu terus berusaha memujuk pemimpin wakil gerakan Agama Eli Yishai "Shas" dan juga Rabi Ovadia Yosef serta menteri-menterinya untuk menerima "persepatakan" tersebut, dan menegaskan bahawa beliau memberi jaminan penempatan tersebut tetap akan diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan