Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 5 November 2010

56% Bantah Rundingan Damai Diteruskan Dengan Israel


5 November 2010 - Bethlehem - Sebuah bancian pendapat terbaru yang dilakukan oleh Pusat Pendapat Umum Palestin (PCPO) mendapati yang 56.1% responden menentang usaha meneruskan rundingan damai bersemuka dengan kerajaan Israel, memandangkan yang Israel telah meneruskan pembinaan di kawasan-kawasan penempatan yang terletak di Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur.

Bancian pendapat yang dilakukan dan diterbitkan oleh PCPO itu dijalankan di antara 22 hingga 30 Oktober, 2010, serta melibatkan 1005 responden yang mempunyai latarbelakang demografik yang berbeza. Semua responden adalah golongan dewasa Palestin, 18 tahun ke atas, yang tinggal di Tebing Barat, Gaza dan Baitul Maqdis Timur.

Bancian ini telah mengajukan serangkaian soalan yang turut melibatkan rundingan bersemuka dengan Israel, Dokumen Perdamaian Mesir, pasukan PBB di Tebing Barat dan Gaza, pilhanraya separuh penggal amerika syarikat, Yassir Arafat, Mahmoud Abbas, pentadbiran Obama, senjata nuklear Iran dan kemungkinan kesepakatan damai.

Sebahagian besar responden berkata yang mereka merasakan kehilangan terhadap pemergian presiden Yasser Arafat (86%) dan terbahagi dalam pendapat mereka tentang presiden yang ada sekarang ini, Mahmoud Abbas, dengan 43% berpuashati dan 44% pula tidak berpuashati dengannya.

Adapun mengenai pertanyaan samada rundingan Israel-Palestin akan berjaya atau gagal, sebilangan besar responden, 42.6%, berkata yang ianya akan Berjaya manakala 58.6% berpendapat yang kesepakatan "mungkin" akan dicapai di antara Palestin dan Israel tahun depan.

Dr. Nabil Kukali menubuhkan Pusat Pendapat Umum Palestin pada bulan Februari 1994 di Beit Sahour.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan