Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 20 November 2010

AS & Israel Berjanji Menyempurnakan Kerjasama


21 November 2010 - Amerika Syarikat telah menyatakan kesediaannya untuk memberikan jaminan bertulis kepada Israel dalam hal keselamatan mereka jika ia satu-satunya jalan membantu membuka kembali perundingan damai Israel-Palestin, yang ditolak oleh Pihak Berkuasa Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar AS, PJ Crowley, berkata bahawa perbincangan antara AS dan para pemimpin Israel masih diteruskan, dan menambah bahawa "jika perlu kepada jaminan bertulis, kita bersedia melakukannya."

Kelmarin perbincangan hangat berlaku di Israel berkenaan kesungguhan Menteri Luar AS, Hillary Clinton, secara lisannya bersungguh-sungguh akan memberikan 20 jet pejuang tercanggih, F-35 kepada Israel sebagai "hadiah" persetujuan mereka membekukan pembinaan penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis dan kembali ke meja rundingan.

Sekarang ini yang menjadi mangsa permainan adalah Pihak Berkuasa Palestin, mereka terpaksa menunggu hasil rundingan AS-Israel untuk mencapai penyelesaian akhir membekukan tiga bulan tersebut.

Seandainya Israel menerima segala tawaran AS, mereka juga terpaksa menunggu jawapan dari Jawatankuasa Pemantau Arab untuk mengambil polisi ke atas setiap persetujuan yang diterima dari AS sebagai orang tengah rundingan damai.

Semalam, (lihat berita 20/11/2010), juru cakap presiden Palestin, Nabil Abu Rudeina, dan Abbas sendiri menolak "secara prinsip" berhubung pembekukan penempatan selama 3 bulan dan penyediaan jaminan keselamatan bagi Israel.

Beliau mengatakan bahawa hubungan kerjasama keselamatan AS-Israel tidak ada kaitan sama sekali dengan mereka, dan menambah bahawa pihak yang paling "memerlukan jaminan keselamatan" adalah pihak Palestin bukannya Israel yang sememangnya telah "dijamin" oleh AS sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan