Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 11 November 2010

Bendera Mesir "Buatan Israel"


12 November 2010 - Sebuah akhbar Mesir melaporkan yangt ia berhasil memperolehi dokumen dari Kementerian Perdagangan Dan Kewangan Mesir yang mendedahkan bahwa sebilangan pengusaha Mesir mengimport bendera Mesir yang dibuat di Israel.

Akhbar al-Masry al-Youm (Mesir Hari Ini) melaporkan bahwa sebilangan besar bendera diimport dari Israel, dan ianya kemungkinan besar dibawa masuk ke Mesir melalui Terminal Sempadan Taba, Rafah dan al-Oja.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Cukai Mesir menyatakan bahawa tidak ada larangan rasmi yang dikenakan ke atas impor dari Israel.

Menteri Perdagangan Dan Perindustrian Mesir, Rashed Mohammad Rashed, berkata bahawa isu tersebut hanyalah berdasarkan khabar angin.

Penasihat Menteri berkenaan, Al-Sayyid Abu al-Qomsan, berkata yang Pihak Berkuasa Cukai Mesir tidak menerima sebarang penghantaran bendera Mesir baru-baru ini.

Isu-isu ini dibawa ke Parlimen Mesir pada bulan Julai tahun ini oleh MP Abbas Abdul Aziz yang mengatakan bahawa dia yakin 100% terhadap kenyataan ini, dan dia memiliki dokumen yang menyokong dakwaannya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan