Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 25 November 2010

Ekstremis Serang Kakitangan Kedutaan Jordan Di Tel Aviv


25 November 2010 - Sebuah sumber rasmi Jordan melaporkan yang sekumpulan ekstremis Israel telah menyerang dua orang kakitangan yang bekerja di kedutaan Jordan di Tel Aviv pada hari Selasa malam.

Akhbar Jordan, Al Ghad, bahawa Kementerian Luar Jordan sedang mengadakan perbincangan dengan kedutaannya di Tel Aviv bagi menyingkap situasi serangan itu dan mengambil langkah-langkah yang perlu.

Dua orang kakitangan tersebut mengalami luka-luka di badan serta menderita akibat gegaran otak setelah dua orang askar yang berpakaian awam menuntut mereka menunjukkan pasport mereka.

Kedua-dua mereka membawa kad pengenalan khas Israel kerana mereka bekerja di kedutaan tetapi ekstremis berkenaan tetap menuntut agar mereka menunjukkan pasport yang sah.

Di Jordan, Parti Tindakan Hadapan Islam menyelar serangan terhadap kakitangan kedutaan berkenaan dan menuntut agar kerajaan Jordan bertindak sewajarnya.

Parti menyatakan yang serangan ini merupakan penghinaan terhadap Jordan, dan Amman harus mempertimbangkan kembali hubungan diplomatik dengan Israel "disebabkan ia adalah musuh yang tidak menghormati nilai-nilai kita, tempat suci kita dan kepentingan kita," kata parti berkenaan.

Menteri Luar Jordan, Nasser Jouda, juga mengecam serangan itu dan menggambarkannya sebagai serangan terhadap kedaulatan Jordan.

Perlu dinyatakan bahwa meskipun ia mempunyai kedutaan di Tel Aviv, Jordan tidak mempunyai duta besar rasmi di Israel kerana ia tidak pernah melantik duta besar baru setelah bekas duta besarnya, Ali al-Ayed, melapaskan jawatannya bagi menjadi Menteri Media dan Komunikasi Jordan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan