Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 2 November 2010

Hari Ini Dalam Sejarah


2 November 2010 - (Gambar Arthur Balfour) Hari ini, 2 November 2010, merupakan tahun ke 93 Deklarasi Balfour, perjanjian menyaksikan Britian memberi hak kepada orang Yahudi untuk mendirikan negara mereka di Palestin.

Setelah Perjanjian Sykes-Picot tahun 1916 yang membahagikan negara-negara Arab dan Islam, Britain dengan senang hati memberikan satu bahagian tanah yang terlalu penting bagi seluruh umat Islam iaitu Palestin kepada Yahudi dan bagi memenuhi keinginan Chaim Weizmann dan pembentukan Zionis Sedunia di Palestin. Kenyataan ini dikenali sebagai "Deklarasi Balfour".

Pada 2 November 1917, Menteri Luar Britian Arthur James Balfour, menyerahkan surat kepada Lord Rothschild, salah seorang pemimpin gerakan Zionis dalam tempoh tersebut. Surat tersebut adalah seperti berikut:

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Jabatan Luar Negeri
2 November 1917

Kepada Tuan,
Lord Rothschild

Dengan sukacitanya saya ingin memberitahu atas nama Raja Britain deklarasi berikut sebagai tanda simpati kami dengan aspirasi Zionis Yahudi yang telah disampaikan kepada Kementerian dan telah diluluskan oleh:

"Kerajaan Raja Britain menyokong pembentukan tanah air nasional bagi orang-orang Yahudi di Palestin, dan akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan tercapainya tujuan ini. Untuk secara jelas difahami, bahawa tidak akan dilakukan perkara yang mungkin merugikan hak-hak sivil dan keagamaan masyarakat non-Yahudi yang ada di Palestin sekarang, atau hak-hak dan status politik yang dinikmati oleh orang-orang Yahudi di negara-negara lain.

Saya amat berterima kasih jika anda membawa kenyataan ini kepada Persekutuan Zionis.

Yang benar,
Arthur Balfour

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Surat ini adalah langkah pertama yang diambil oleh Barat bagi mengasaskan entiti Yahudi di tanah Palestin, telah dibuat oleh kerajaan Britian berjanji untuk membina negara Yahudi di Palestin.

Orang-orang Palestin terus menderita apabila orang-orang Yahudi menjejakkan kaki ke tanah Palestin, malapetaka terus memburu mereka dari rumah ke rumah pada tahun 1948, dan rumah mereka di hancurkan pada tahun 1967, pembunuhan dan pemusnahan berterusan sehingga kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan