Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 2 November 2010

Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) Perak : Penyelewengan, salah guna kuasa dan skandal


Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir terus mengamalkan politik balas dendam dan salah guna kuasa. Contoh yang jelas boleh dilihat di Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dikhabarkan pihak kerajaan negeri akan menyambung kontrak Rektor Kolej Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain yang bakal tamat pada 24 Oktober 2010 ini. Adalah satu perkara yang aneh apabila pihak kerajaan negeri memilih untuk menyambung kontrak seorang Rektor yang sering tidak hadir bertugas kerana sakit dan pernah jatuh sewaktu hendak naik satu step di foyer bangunan pentadbiran.

Sebenarnya, salah guna kuasa Rektor ini telah lama berlaku apabila Rektor ini telah menggunakan kuasanya untuk melantik seorang pegawai gred N41 bertaraf Kontrak bernama Z ke satu jawatan gred N44 bertaraf Tetap. Difahamkan, pegawai gred N41 (Kontrak) ini sebenarnya telah meletak jawatan di awal Januari tahun 2009 setelah beliau tidak mahu menjawab surat tunjuk sebab. Surat tunjuk sebab tersebut dikeluarkan apabila pegawai bernama Z ini telah bertindak liar dan kasar dalam satu mesyuarat dengan membaling pinggan, kuih dan bihun ketika satu mesyuarat sedang berlangsung. Namun, apabila kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ditumbangkan pada bulan Februari 2009, pegawai bernama Z ini didapati masuk semula bertugas di Kolej pada bulan Mac. Lebih menakjubkan, pegawai ini juga mendapat anugerah darjah kebesaran AMP (Ahli Mahkota Perak) dari Paduka Seri Sultan Perak pada bulan April 2009 sempena ulangtahun Paduka Seri Sultan Perak.

Di samping itu, politik balas dendam terus berlaku dengan memecat, menukar pegawai berpengalaman, menurunkan gaji dan ‘membeku’ kan beberapa orang pegawai-pegawai KISDAR yang didapati memberikan kerjasama kepada kerajaan PR yang memerintah dahulu.

Selain dari itu, kes penyelewengan pemberian konsesi mengeluarkan kayu balak dari tanah milik KISDAR seluas 1,000 hektar juga amat sensasi. Amat pelik juga dalam kes ini apabila kebenaran mengeluarkan kayu balak itu diluluskan oleh Rektor (ketika zaman Tajol Rosli) dan bukannya dari Pengarah Jabatan Perhutanan Perak. Peranan Exco Agama ketika itu Datuk Mohd Zaim Abu Hassan (ADUN Belanja) dan pegawai khasnya bernama Azhar amat besar sehinggakan kaedah pengundian kompatmen balak itu diadakan dua kali dalam satu hari. Diceritakan, pada mulanya hanya 7 syarikat yang dijemput untuk menyertai pengundian menentukan kompatmen balak tersebut, tetapi rupa-rupanya ada 14 syarikat. Tambahan 7 syarikat itu pula diadakan pengundian berasingan yang diadakan lebih awal (waktu pagi) berbanding dengan 7 syarikat asal (waktu petang) pada hari yang sama.

Rakyat mestilah menilai dan menjatuhkan hukuman kepada perampas hasil negara dan pengkhianat bangsa seperti ini dengan mengalahkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang. Berilah undi anda kepada PAS dan Pakatan Rakyat supaya keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan