Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 22 November 2010

Pengunduran Israel Dari Lubnan Selatan Satu Helah


22 November 2010 - Beirut - President blok parlimen Hizbullah,Mohammed Raad, berkata pada hari Ahad yang Israel bertindak secara bersekongkol dengan PBB ketika mengumumkan pengunduran tenteranya keluar dari kampung Ghajar di Lubnan selatan bagi menampakkan seolah-olah Israel melaksanakan resolusi PBB 1701.

Raad, ketika berucap pada sebuah majlis peringatan di daerah itu, berkata, "Apa yang dilakukan pihak musuh, Zionis, dalam konspirasinya dengan PBB dan Setiausaha Agungnya ialah sebuah langkah dan helah yang bermaksud untuk mengeluarkan keputusan melalui ketua-ketuanya yang berada dalam Majlis Keselamatan yang menyatakan bahawa ia berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan itu."

"Pengunduran itu tidak lengkap kerana ianya tidak memulihkan kedaulatan kepada kawasan kami itu," tambah Raad.

"Kedaulatan dipulihkan di kawasan itu hanya jika tentera Lubnann boleh memasuki zon yang dibebaskan itu.�

Tidak ada sebarang pendirian rasmi yang dikeluarkan oleh Lubnan selepas Israel mengumumkan pengunduran tenteranya dari Ghajar, dan tiada tarikh yang ditentukan bagi tujuan itu.

Kerajaan Israel meluluskan, pada hari Rabu, sebuah rancangan untuk mengundurkan tenteranya dari bahagian utara kampung yang menjadi rebutan, Ghajar, yang terletak di sempadan Lubnan, dan menyerahkan kuasa ke atasnya kepada pasukan pangaman PBB yang dikerahkan di Lubnan selatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan