Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 25 November 2010

Rancangan baru Dahlan kuasai Fatah, jatuhkan Abbas


Khamis, 25/11/2010 – Sumber dari pimpinan Palestin yang berhubungan dengan Fatah mendedahkan rancangan baru yang sinonim dengan Fatah yang dikenali sebagai “fail Dahlan” bersempena tuduhan berterusan terhadap beliau (Dahlan). Dahlan dipercayai menjalankan rancangan untuk merampas penuh kuasa Fatah dan cuba untuk menjatuhkan presidennya, Mahmoud Abbas.

Dua minggu lepas, Pusat Informasi Palestin telah menyiarkan lampiran yang dikirim oleh ahli Biro Pusat Gerakan Fatah, Muhd Dahlan, kepada pentadbiran Amerika iaitu sebuah dokumen sekuriti yang mengandungi pelan menjatuhkan kerajaan Palestin di Gaza dan rancangan untuk mengawal Tebing Barat. Sumber yang baru kami terima kemudian mendedahkan bahawa terdapat kaitan di antara dokumen sekuriti tersebut dengan apa yang tampak sedang dilalui Fatah selepas kemunculan Dahlan dan anggota lain Biro Pusat seperti Nasir El-Qudwah di dalam Badan Siasatan yang ditubuhkan oleh pimpinan PA yang diketuai oleh menteri Fatah, Abu Maher Ghaneem.

Sumber itu menjelaskan lagi kepada Pusat Informasi Palestin bahawa Badan Siasatan bersama Dahlan dan beberapa pemimpin Fatah lain telah memberi kritikan pedas terhadap pentadbiran Mahmoud Abbas yang telah disiarkan dalam akhbar Amerika, “Wall Street Journal”. Kritikan ini kemudiannya didapati datang dari kenyataan Dahlan sendiri sewaktu beliau dipanggil untuk menghadap Badan Siasatan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan