Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 25 November 2010

Rancangan Pembangunan Dataran Buraq Bertujuan Menghilangkan Identiti Islam di Masjid Aqsa


Khamis, 25/11/2010 – Menteri Hal-Ehwal Agama Palestin di Gaza, Dr. Talib Abu Sha’ar memberi amaran bahawa projek bernilai NIS 85 yang diluluskan Israel minggu ini untuk membangunkan Dataran Buraq Masjid Aqsa (dikenali sebagai Tembok Meratap bagi kaum Yahudi) adalah bertujuan memadamkan sejarah Islam di wilayah itu.

Belanjawan yang diperuntukkan untuk pembinaan dan proses meluaskan dataran, meningkatkan kedatangan pengunjung Yahudi serta pembiayaan penggalian arkeologi itu akan dimajukan kepada kementerian berkenaan untuk sepanjang empat tahun akan datang.

Abu Sha’ar berkata, beliau bimbang dengan peningkatan mendadak projek-projek Israel yang melibatkan monumen dan tempat suci Islam. Beliau mendakwa Perdana Menteri Sayap Kanan Israel, Benjamin Netanyahu sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan projek dan pengurusan belanjawan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan