Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 15 November 2010

Runtuhan Terbaru Di Aqsa Akibat Penggalian Bawah Tanah


16 November 2010 - Baitul Maqdis - Yayasan Wakaf dan Warisan Aqsa melaporkan dua hari lalu yang runtuhan pada permukaan tanah di Masjid Aqsa mendedahkan kedalaman lubang yang tidak diketahui berhampiran dengan pokok yang jatuh di kawasan masjid itu seminggu lalu.

Yayasan berkenaan, dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkannya, menyeru agar siasatan dilakukan ke atas insiden berlakunya runtuhan di sekitar Masjid Aqsa secara berulangkali serta penyebab bagi keretakan yang berlaku dalam masjid dan struktur-struktur yang terletak berhampiran dengannya.

"Semua bukti menunjukkan bahawa terdapat lubang yang digali oleh Israel di bawah dan sekitar Masjid al-Aqsa." Yayasan tersebut merakamkan insiden berkenaan dalam bentuk foto dan video pada hari Sabtu, tetapi ditunda penerbitannya bagi melakukan ujian lebih lanjut dan memastikan kesahihan data.

Sebuah pasukan telah mengunjungi masjid tersebut bagi melakukan pemeriksaan tambahan ke atas tapak di mana pokok yang telah lama berada di situ tumbang pada minggu lalu bilamana para pemeriksa itu mendapati yang enam meter dari pokok itu terdapat sebuah lubang yang ditutup dengan suratkhabar di atas sebilangan dahan-dahan pendek yang merupakan saki-baki pokok yang tumbang itu. Di bawahnya terdapat sebuah batu konkrit yang mencurigakan terletak dalam kedudukan serong.

Para pemeriksa itu juga menjumpai, berhampiran tempat kejadian, sebuah lubang selebar 50 cm persegi, namun mereka tidak dapat mengesahkan kedalaman sebenar lubang tersebut. Pasukan pemeriksa itu berpendapat yang insiden runtuhan berulangkali itu serta kerosakan di masjid tersebut menjelaskan yang pasukan Israel telah menggali di bawah tapak suci berkenaan.

Dalam jangkamasa dua tahun kebelakangan ini, yayasan ini telah menemui runtuhan yang berlaku pada lantai Masjid Aqsa, sebatang pokok besar yang tumbang berdekatan dengan Gerbang Qattanein, keretakan pada bangunan-bangunan berhampiran pokok tersebut, lubang-lubang yang digali oleh perancang Israel di bawah kawasan Mutahhara yang terletak di sempadan barat masjid, keretakan pada bangunan Marwani, keretakan pada bangunan di atas sebuah pintu gerbang di bahagian utara masjid, serta penggalian di bahagian barat dan selatan masjid berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan