Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 31 Disember 2010

Salam Tahun Baru 2011


Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua pengunjung blog sautulhaqq...

Khamis, 30 Disember 2010

Rabu, 29 Disember 2010

Burung Adalah Pengintip Rahsia Baru Rejim Zionis Laknatullah Di Arab Saudi






Burung ini telah dipasang dengan alat risikan yang tertulis kod-kod dan tanda negara rejim zionis laknatullah telah ditangkap di Bandar Hail, Arab Saudi. Penduduk mengesyaki ada sesuatu pada badan burung ini dan akhirnya berjaya menangkap burung ini. Cop ” intel ” terdapat pada peralatan yang dipasang pada burung berkenaan.

Selasa, 28 Disember 2010

Hamas Seru Agar Pengkhianat Didakwa


29 Disember 2010 - Gaza - Gerakan Hamas, pada ulangtahun kedua perang Israel di Gaza, menyeru agar semua yang mengkhianati rakyat Palestin serta perjuangan nasional dibawa ke muka pengadilan dan menuntut kumpulan pecahan Fatah untuk menghentikan penangkapan berunsur politik terhadap rakyat Palestin serta melepaskan para tahanan di penjara sekiranya ia benar-benar ingin menamatkan perpecahan dalaman.

Dalam sebuah kenyataan akhbar, Hamas juga menyeru agar diberikan penelitian ke atas dokumen Wikileaks tentang perang Gaza dalam usaha mengambil pelajaran dari apa yang telah berlaku serta mengadili mereka-mereka yang bersekongkol menentang Palestin.

"Musuh tidak berani mengambil sebarang langkah peperangan tanpa mendapat lampu hijau dari Amerika Syarikat, yang pada ketika itu sedang melalui masa peralihan dalam hal-ehwal kepimpinannya, dan menerima sokongan serta restu dari beberapa buah negara serantau, dan galakan dari pihak berkuasa Abbas. Zionis kemudiannya berjanji kepada semua pihak terbabit yang ia hanya perlu melancarkan sebuah serangan kilat yang hanya akan berlangsung selama tiga hari dan semuanya akan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada projek Zionis di rantau itu tanpa pihak yang bekerjasama perlu menanggung malu," Gerakan Islam tersebut menekankan.

"Meskipun wujud persengkokolan dan perancangan, perjuangan Palestin yang dipelopori oleh Gerakan Islam Hamas mampu membuat pihak musuh dan sekutu-sekutunya faham yang kuasa Allah lebih hebat dan semangat jiwa-jiwa yang merdeka tidak akan mampu ditidakkan oleh bom-bom atau dikalahkan oleh persengkolon yang tidak adil," tambahnya lagi. Hamas juga menekankan yang ia tidak akan samasekali lupakan semua negara dan pemimpin yang telah membantu Gaza untuk berdiri teguh dalam menghadapi sebarang kesulitan dan konspirasi.

Mesir Tolak Permohonan Iran


29 Disember 2010 - Ahli jawatankuasa konvoi Asia, Salem Ghafouri, yang tiba di pelabuhan Latakia, Syria akan berada di situ selama beberapa hari, setelah permohonan mereka untuk masuk ke Gaza melalui Mesir ditolak, dan berkemungkinan besar akan pulang kerana gagal untuk mendapatkan visa bagi dua aktivis Iran yang ada bersama mereka.

Konvoi Solidaritas Asia Rakyat Palestin telah dilancarkan dengan dari India pada minggu kedua bulan Disember ini. Mereka melalui India, Pakistan, Iran, Turki dan Syria menuju ke Rafah, Mesirdalam usaha memecahkan kepungan ke atas Gaza.

Israel Halang Kemasukan Peralatan Perubatan Bagi Hospital Gaza


29 Disember 2010 - Gaza - Jabatan Penyeliaan Dan Kejuruteraan di Kementerian Kesihatan memberi amaran tentang bahayanya sekatan Israel terhadap kemasukan bahan kimia yang digunakan dalam stesen oksigen di wad bersalin Hospital Shifa dan juga penghantaran alat ganti bagi CT ke Hospital Eropah, Khan Younis.

Pengarah Penyeliaan Dan Kejuruteraan, Bassam al-Hamadein, menekankan yang Jalur Gaza telah menderita selama empat tahun akibat kepungan yang telah meninggalkan kesan buruk terhadap semua aspek kehidupan, dan sekatan Israel terhadap kemasukan peralatan perubatan ini memburukkan lagi keadaan kesihatan di sana.

Hamadein menyeru pertubuhan Palang Merah, World Health Organization dan kumpulan-kumpulan hak asasi yang lain untuk cepat campurtangan dalam menghulurkan bantuan perubatan kepada Gaza.

Kementerian Kesihatan menyeru negara-negara penyumbang serta pertubuhan bukan-kerajaan untuk mengenakan tekanan ke atas Israel agar membenarkan bahan perubatan yang diperlukan dihantar kepadanya.

Ahad, 26 Disember 2010

Kembalinya Mavi Marmara


Isnin - 27/12/2010 - Istanbul: Beribu-ribu aktivis pro-palestin berkumpul di sebuah pelabuhan di Istanbul untuk menyambut ketibaan pulang kapal bantuan Mavi marmara yang telah diserang oleh Rejim Zionis di dalam pelayaran ke Gaza pada Mei lalu. Kapal berkenaan kembali ke Istanbul setelah dibaiki di sebuah pelabuhan Mediterranean.

Orang ramai mengibarkan bendera Palestin dan Turki serta melaungkan "Allahu Akbar!" di pelabuhan Saraybaru, Istanbul. Beberapa aktivis naik ke kapal berkenaan untuk menyambut ketibaannya. 9 aktivis dari Turki syahid di dalam serbuan yang dilakukan oleh Rejim Zionis tetapi Rejim Zionis berkeras menipu dengan mengatakan pasukannya bertindak mempertahankan diri kerana diserang oleh aktivis di dalam kapal tersebut. Turki menuntut permohonan maaf dan pampasan bagi membolehkan perhubungan Israel pulih kembali.

Jumaat, 24 Disember 2010

Hamas: Wikileaks Mendedahkan Persahabatan Fatah-Israel


Sabtu , 25/12/2010 - Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri memberitahu PIC pada selasa bahawa sebuah dokumen baru yang disiarkan dalam Wikileaks mengesahkan tahap kerjasama keselamatan antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.

Maklumat itu membuktikan bahawa Fatah terlibat dengan perang di Gaza dan menyambung kerjasama dengan Israel untuk menamatkan sayap ketenteraan Hamas, Bridged al-Qassam, melalui agensi keselamatannya di Tebing Barat dan kumpulannya di Semenanjung Gaza.

Laman itu membocorkan dokumen daripada US tentang Fatah memohon presiden Pihak Perkhidmatan Keselamatan Israel (Shin Bet), Yuval Diskin untuk menyerang Hamas, yang berkuasa di Semenanjung Gaza.

Dokumen itu ialah sebah telegram daripada duta US ke Israel, Richard Jones kepada Jabatan Negara US selepas mesyuarat dengan Diskin pada 2007, dan memberitahu bahawa Diskin berkata, “(Fatah) telah sampai kepada tahap sifar… mereka memohon kami menyerang Hamas… ini satu perkembangan baru… Kami tidak pernah melihat perkara ini sebelum ini.. Mereka telah hilang harapan.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Rabu, 22 Disember 2010

Livni: Segera Serang Gaza!!!


23 Disember 2010 - Ketua Pembangkan rejim Isrel, Tzipi Livni, meminta kerajaan segera melancarkan serangan tentera ke atas Semenanjung Gaza setelah sebuah roket yang ditembak oleh pejuang Palestin jatuh di selatan Ashkelon, kawasan Palestin 48.

Menurut katanya: "Saya tidak peduli kumpulan mana yang melancarkan roket itu, tetapi yang jelas Hamas menguasai Gaza dan dialah yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku". Sementara itu mantan Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz mengatakan: "Aku tidak akan berdiam diri atas serangan roket dari Semenanjung Gaza, kita mesti lancarkan serangan meluas ke atas Gaza kerana inilah satu-satunya cara mengubah situasi yang ada serta menggulingkan kerajaan Hamas".

Isnin, 20 Disember 2010

Haneyya: Rakyat Gaza hidup di bawah kepimpinan yang lebih baik


Selasa , 21/12/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menyatakan bahawa rakyat Palestin di Semenanjung Gaza ketika ini hidup di bawah kepemimpinan yang lebih baik dari sebelumnya hasil kesetiaan dan dedikasi barisan pemerintahan dan para pemimpin bersama-sama ahli keselamatan yang bagus.

Bercakap semasa menerima lawatan dari delegasi mahasiswa yang mengikuti kursus kepimpinan kerajaan, Haneyya mengatakan bahawa kerajaan di Gaza selalu belajar dari pengalaman dan menawarkan kaedah pemerintahan yang unik. Menurut beliau lagi, kerajaan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam pelbagai bidang untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Mesir Gagalkan Cubaan Seludup Senjata Ke Gaza


21 Disember 2010 - Pihak keselamatan Mesir menyerbu depoh rahsia menyimpan senjata dan bahan letupan berdekatan kampung Syalafah bersempadan bandar Syeikh Zuwaid berdekatan sempadan Semenanjung Gaza. Menurut akhbar Ahram, mereka berjaya merampas dua puluh peluru berpandu darat-darat, dan bahagian-bahagian peluru berpandu yang telah dileraikan, puluhan bom tangan, satu perempat tan bahan letupan jenis TNT - bahan letupan tinggi - inilah kali pertama diumumkan rampasan peluru berpandu dari jenis tersebut.

Pendatang Yahudi Cuba Letupkan Masjid Aqsa


21 Disember 2010 - Polis menangkap pendatang Yahudi ekstrimis di pintu Gawanimeh - salah satu pintu gerbang Masjid Aqsa - semalam, Isnin 20/12/2010, dalam usahanya masuk ke dalam masjid dengan bahan letupan, demikian menurut seorang saksi. Jalan-jalan di Kota Quds Lama, terutamanya di Jalan Mujahidin, menyaksikan pihak polis berkawal dan melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut sejak awal pagi lagi.

Tiga pintu masuk ke Masjid Aqsa ditutup dari jam 9:00 hingga 11:00 pagi dengan alasan keselamatan, walaupun pelancong-pelancong dilihat berpusu-pusu memasuki Masjid Aqsa melalui pintu gerbang Mughrabi, sebelum terdengar jeritan seorang kakitangan syarikat keselamatan, meminta polis menangkap pendatang yang membawa beg plastik bahan letupan cuba memasuki Masjid Aqsa. Polis Israel mendakwa pendatang tersebut adalah seorang pesakit yang lari dari sebuah hospital gila.

Ahad, 19 Disember 2010

2 rakyat Palestin termasuk seorang remaja cedera ditembak rejim Zionis


Ahad, 19/12/2010 - Dua orang rakyat Palestin cedera ditembak oleh tentera rejim Zionis (IOF) pada Rabu lepas semasa mereka sedang mengutip batu-batu gravel daripada runtuhan sebuah bangunan di utara Gaza.

Adham Abu Salmiya, jurucakap bagi Jawatankuasa Tertinggi Ambulans dan Kecemasan memberitahu Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa seorang remaja berusia 16 tahun dan pemuda cedera di kaki mereka. Tembakan oleh IOF telah mencederakan 102 orang sejak Mac 2010 dalam kejadian yang dengan jelas mencabul hak-hak kemanusiaan yang paling asas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Wanita Palestin Menderita Akibat Pencabulan Besar Di Penjara Israel


19 Disember 2010 - Jurucakap PA di Gaza mengecam pengawal penjara Israel di atas perlakuan mereka terhadap tahanan wanita Palestin, yang menderita akibat pencabulan besar dan sistematik. Riyadh al-Ashqar, jurucakap PA bagi Kementerian Tahanan dan juga bekas tahanan di Bandar Gaza, memberikan komen ke atas perlakuan kasar terhadap tahanan wanita Palestin di penjara-penjara Israel dalam sebuah forum terbuka yang diselenggarakan oleh Biro Bebas Hak Asasi Manusia di Bandar Gaza. Beliau menambah yang 36 wanita Palestin sedang ditahan di penjara Israel, Hasharon dan Damoun.

Al-Ashqar menjelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Israel terhadap tahanan wanita Palestin termasuklah halangan menerima kunjungan keluarga, pengasingan, pengurangan makanan serta halangan menerima rawatan perubatan yang mencukupi. Beliau berpendapat tindakan tidak berperikemanusiaan itu bertujuan untuk meunturkan ketabahan dan kecekalan para tahanan.

Seorang bekas tahanan bernama Fatima al-Zaq menceritakan, dalam forum tersebut, mengenai pengalamannya di penjara Israel di mana dia telah dimasukkan ke dalam sebuah bilik pengasingan yang kotor ketika sedang hamil. Selain itu, doctor Israel telah beberapa kali memberikan kepadanya ubat salah dan tidak diketahui jenisnya, dengan tujuan untuk menggugurkan kandungannya.

Seorang lagi bekas tahanan, Fayrooz Arafa, menceritakan tentang penderitaannya ketika dipenjarakan di penjara Israel di mana pegawai Pihak Berkuasa Penjara Israel mengenakan siksaan psikologi dan fizikal yang sangat berat ke atas tahanan wanita Palestin untuk membunuh semangat mereka.

Jamil Sarhan, pengarah Biro Hak Asasi Manusia, mengkritik tindakan hukuman yang diamalkan di penjara-penjara Israel terhadap tahanan Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, sambil menjelaskan yang undang-undang antarabangsa serta sidang antarabangsa melarang tindakan tersebut.

Sarhan turut mengutuk keadaan kesihatan yang buruk bagi tahanan wanita yang bernama Linan Abu Ghalama. Abu Ghalama telah melakukan mogok lapar selama 16 hari setakat ini setelah pegawai penjara Israel menolak permintaannya untuk bersama-sama dengan adiknya, Taghreed, yang ditahan di sebuah penjara lain.

5 Lagi Syahid Di Dier Balah


19 Disember 2010 - Serangan yang dilakukan oleh rejim Israel di kawasan Dier Balah, Tengah Semenanjung Gaza pada Sabtu malam Ahad, mengorbankan lima pejuang Palestin.
Sumber keselamatan di Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza bahawa insiden yang berlaku apabila sekumpulan pejuang Palestin sedang bersiap sedia melancarkan roket ke pemukiman Yahudi bersempadan dengan Gaza diserang jet pejuang Israel.

Unit perubatan mengesahkan lima syuhada Palestin tiba di hospital Al-Aqsadi Deir al-Balah dan hospital Nasser di Khan Younis. Saluran TV 10 Israel mengutip berita dari tentera Israel juga mengesahkan bahawa pesawat pengintip tentera menyerang lima warga Palestin dalam cubaan mereka melancarkan roket.

Semenjak berakhirnya perang Israel-Gaza yang memakan masa 22 hari itu, pejuang Palestin terus menerus melancarkan serangan dan lebih dari 200 roket dilancar ke pemukiman Yahudi yang bersempadan dengannya.

Israel Paksa Warga Al-Quds Namai Daerah Mereka Dengan Bahasa Ibrani


19 Disember 2010 - Al-Quds : Pemerintah kawasan Israel di Al-Quds memutuskan untuk memaksa para peniaga Palestin di Al-Quds untuk menggunakan bahasa Ibrani (bahasa rasmi Yahudi) dalam menamakan tempat perniagaan mereka. Bagi sesiapa yang tidak ikut peraturan ini, maka tempat perniagaan mereka akan dihancurkan dengan alasan tempat tersebut tidak mendapat izin dari kerajaan Israel.

Pejabat perlindungan rakyat Palestin, Sabtu (18/12) menyatakan bahawa pemerintah Israel telah menjalankan projek pembangunan baru di Jabal Zaitun di kota Al-Quds yang merangkumi 24 unit penempatan yang akan menjadi asrama mahasiswa institusi keagamaan Beit Orot yang berada di bawah organisasi Elad Zionis.

Selain itu, kerajaan daerah Zionis telah mengeluarkan surat terhadap 50 hektar tanah milik rakyat Palestin di Bet Exa, utara Al-Quds, untuk pembangunan rel kerata api yang akan menyambung Al-Quds dan Tel Aviv. Sumber menyebutkan, pemerintah Israel sedang menjalankan projek pembangunan di Jillo dan Besgate Zaivi. Mereka juga menghancurkan satu rumah milik Palestin di Ras Al-Amud berhampiran dengan Silwan dan satu rumah lagi di Shur Bahir dengan alasan dibina tanpa kebenaran.

Khamis, 16 Disember 2010

Danon: Israel Patut Bunuh Semua Penumpang Marmara


17 Disember 2010 - Sumber Israel melaporkan pada hari Rabu yang Anggota Knesset dari Parti Likud, Dannny Dannon, telah mengirimkan sepucuk surat bagi menyindir Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, dengan mengatakan kepadanya bahawa tentera Israel sepatutnya membunuh semua penumpang Kapal Marmara yang sedang dalam perjalanan menuju ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan. Ketika serangan yang berlaku pada bulan Mei 31, tentera Israel yang menaiki kapal tersebut sebelum menariknya ke Ashdod, telah menembak dan membunuh sembilan aktivis Turki serta mencederakan beberapa orang yang lain.

Dalam suratnya, Dannon berkata yang dia memohon maaf kerana askar-askar terbabit "mempunyai disiplin yang tinggi dan hanya membunuh sembilan aktivis". Dia menambah yang "sekiranya Israel mengetahui terlebih dahulu yang terdapat pengganas di atas kapal berkenaan, askar-askar tersebut sudah tentu telah diperintahkan untuk membunuh semua yang mengancam keselamatan mereka".

Dannon juga menyatakan yang dia memohon maaf kerana Israel tidak terlebih dahulu melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas semua penumpang kapal Turki itu sebelum berlayar, di samping "merasa bersalah" kerana Israel "tidak menghalang para penumpang dari memperlengkapkan diri mereka dengan senjata".

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menafikan laporan yang mengatakan bahawa Israel berhasrat untuk membayar pampasan kepada keluarga sembilan aktivis keamanan Turki yang terbunuh ketika tentera Israel menyerbu kapal solidariti Turki, Mavi Marmara, yang sedang menuju ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan.

Sewaktu sesi pada hari Isnin dengan parti Likud, Netanyahu berkata yang Israel sedang mengadakan perbincangan dengan Turki bagi menggugurkan semua pertuduhan ke atas anggota tentera yang terlibat dalam serangan berkenaan, dan menambah bahawa permohonan maaf secara rasmi atau pembayaran pampasan akan memudahkan Ankara untuk mengetengahkan tuntutan mahkamah terhadap askar-askar yang terbabit.

Veto AS Terhadap Negara Palestin


17 Disember 2010 - Menurut akhbar Ibrani Yediot, Khamis 16/12/2010, Kongres AS menggunakan kuasa vetonya untuk meluluskan keputusan menentang pengiktirafan negara Palestin tanpa mengambil pandangan serta keputusan negara-negara lain.

Menurut keputusan yang diambil "Amerika Syarikat tidak akan mengiktiraf negara Palestin yang diisytiharkan secara sebelah pihak dan Washington akan menggunakan kuasa veto dalam setiap resolusi walaupun bertentangan keputusan Majlis Keselamatan mengiktiraf negara Palestin tanpa persetujuan rejim Israel.

Israel Rancang Pindahkan Penduduk Yahudi Iran Ke Palestin


17 Disember 2010 - Nazareth - Kementerian Penyerapan Imigresen Israel telah mengumumkan rancangan untuk memindahkan kesemua 20,000 penduduk Yahudi Iran ke Palestin yang didudukinya. Kementerian berkenaan telah mengumpulkan data yang mengesahkan bahawa jumlah penduduk Yahudi di Iran mencecah angka sekitar 20,000, dan menempatkan mereka di bahagian Palestin yang dijajah akan menelan belanja sekitar USD 2.22, Radio Tentera Israel melaporkan.

Jawatankuasa Penempatan Perpindahan bagi Parlimen Israel telah membincangkan perkara memindahkan penduduk Yahudi Iran seiringan dengan kajian mengenai perkembangan masyarakat Yahudi di negara-negara Islam.

Sebuah stesen radio mengungkap kata-kata ketua jawatankuasa tersebut yang juga anggota parti Likud, Danny Danon, yang berkata, "Situasi semasa bagi kehidupan yang dilalui oleh masyarakat Yahudi di Iran sangat merisaukan kami. Negara Israel merasa perlu untuk membawa mereka ke negara ini dan membantu mereka berintegrasi." Kerajaan Israel baru-baru ini meluluskan sebuah langkah untuk memindahkan 8,000 masyarakat Yahudi Falasha di Habsyah ke Palestin yang didudukinya.

Rabu, 15 Disember 2010

Warga Palestin Lancar Intifadhah Kubur


Khamis , 16/12/2010 – Ketua Jawatankuasa Rakyat Palestin, Azmi Shuyukhi, mendeklarasikan pelancaran Intifadhah Kubur untuk membela wilayah yang terancam disita dan dijadikan penempatan Yahudi. Azmi menegaskan pentingnya membela wilayah Palestin dengan apa cara yang boleh untuk melawan pembukaan penempatan Yahudi. Shuyukhi menyeru seluruh Jawatankuasa Rakyat di semua daerah Tebing Barat dan Al Quds untuk menggerakkan pembelaan terhadap wilayah yang terancam termasuk kawasan perkuburan.

Dalam pernyataannya, Isnin (13/12) Shayukhi menegaskan pentingnya melawan tindakan memusnahkan rumah dan penyitaan tanah serta pembukaan penempatan baru Yahudi. Seluruh penduduk perlu berusaha membela tanah dari dirampas Israel dan pemukim Yahudi, dengan memperluas bangunan, kembali tinggal di wilayah yang terancam disita serta dapat menguburkan mayat di wilayah tersebut.

sumber : COMES

Rejim Zionis meluluskan undang-undang menolak kunjungan peguam tahanan selama setahun selepas penangkapan


Khamis , 16/12/2010 - Jabatan perundangan Israel meluluskan rang undang-undang baru yang akan menolak hak tahanan Palestin dari dilawat oleh peguam mereka selama setahun selepas penangkapan. Ia bertujuan untuk memperketat sekatan terhadap para banduan itu.

Undang-undang yang diperbaharui itu memberi kuasa kepada mahkamah Regim Israel untuk melarang tahanan Palestin dari lawatan oleh wakil undang-undang mereka selama satu tahun penuh sedangkan undang-undang yang sedia ada hanya memberi sekatan selama tiga minggu sahaja.

Menteri Keselamatan Internal Israel Yitzhak Aharonovich membawa senarai hujah untuk meyakinkan jawatankuasa perundangan Knesset untuk menyokong undang-undang yang sangat tidak masuk akal itu. Draft itu telah berkuat kuasa sebaik sahaja ia diluluskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Karikator Hari Ini


16 Disember 2010 - Bagaimana masyarakat antarabangsa bersama segelintir anggota Palestin cuba menghidupkan rundingan damai yang telah terbukti tidak memberikan sebarang kebaikan kepada Palestin dan Aqsa, rundingan damai diibaratkan mayat yang telah mati cuba dihidupkan kembali.

Selasa, 14 Disember 2010

"Armada Kebebasan II" Belayar Ke Gaza Pertengahan 2011


15 Disember 2010 - Untuk kali ke-5 berturut-turut, organisasi armada kebebasan memecah kepungan terhadap Gaza akan melakukan pelayarannya ke Semenanjung Gaza pada pertengahan 2011, demikian menurut sidang akhbar yang dilakukan dibawah naungan Ketua Akhbar Itali. Semasa sidang akhbar berlangsung ia cuba dihalang oleh lobi Zionis, tetapi dapat diteruskan dengan jayanya, dimana armada yang akan bergerak pada kali ini merangkumi lebih dari dua negara, kebanyakkannya dari Eropah.

Sidang akhbar tersebut bersama pelancaran buku "Verso Gaza"(Armada ke Gaza) yang ditulis oleh editor agensi berita Itali Palestin, Angela Llano, yang akan menyertai armada ini untuk pertama kalinya.

Sementara itu, salah seorang koordinator armada gabungan kebebasan di Itali, Germano Monte, dalam ucapannya menyatakan betapa perlunya sokongan dan bantuan dari Itali bagi memastikan keselamatan aktivis dalam armada kali ke-2 ini, juga untuk mengelakkan daripada berulang insiden serangan rejim Israel ke atas armada kebebasan pada 31 Mei lalu.

Monte berkata: "Kerajaan perlu memberi tekanan pada Israel sekarang untuk memberikan perlindungan kepada aktivis antarabangsa yang menyertainya, dan mengatakan bahawa apa yang terjadi pada armada pertama "adalah bertentangan dengan undang-undang dan norma antarabangsa".

Puluhan persatuan dan gerakan serta ratusan rakyat Itali menandatangani petisyen untuk menyertai dalam armada antarabangsa atas nama "Stefano Chiarini" bertujuan mengembalikan hak-hak Palestin.

Jurucakap Ikatan Antarabangsa dan Kempen Eropah untuk Palestin, Mohammed Hanoun, mereka akan menjemput semua wartawan ke pelabuhan tempat pelancaran armada tersebut bagi memberikan gambaran jelas misi kemanusiaan tersebut. Armada kali pertama ke semenanjung Gaza menyaksikan peristiwa berdarah di mana sembilan rakyat Turki syahid terkena tembakan tentera rejim Israel.

Gaza Kekurangan 287 Jenis Ubat Dan Peralatan Perubatan


15 Disember 2010 - Amaran dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan kerajaan di Gaza bahawa ia akan kehabisan 137 jenis ubatan dan 150 jenis peralatan perubatan dari stor jabatan itu. Pengarah Am Farmasi di kementerian itu, Munir Barsh, bahawa defisit tertumpu pada jenis tertentu seperti pesakit kanser, ginjal dan kanak-kanak. Dalam kenyataannya yang terakhir, keperluan mendesak sekarang ini adalah dari pelbagai sektor doktor pembedahan, seperti pakar bedah ortopedik dan lainnya.

Kementerian telah mengemukakan rayuan kepada organisasi hak asasi manusia dan badan-badan antarabangsa, khususnya Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah dan Pertubuhan Kesihatan Dunia supaya segara campur tangan bagi memasukkan keperluan kritikal dari sektor tersebut, serta meminta agar semua badan yang ingin mendermakan ubatan hendaklah mengenal pasti dahulu apakah ubat yang diperlukan di Gaza sebelum menghantarnya ke sini

Kesatuan Eropah Menolak Iktiraf Negara Palestin


15 Disember 2010 - Menteri Luar Negeri Kesatuan Eropah yang mengadakan pertemuan di Brussels semalam menolak permintaan Pihak Palestin untuk mengiktiraf negara Palestin. Kesatuan Eropah menyatakan kekesalannya atas kegagalan usaha pembekuan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat, serta menyatakan pendirian mereka "berdiri disisi AS untuk meyakinkan rejim Israel". Kenyataan tersebut ada menyebut bahawa pendirian Eropah terhadap Quds adalah jelas iaitu penempatan merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan kesulitan untuk berdamai.

Menteri juga membahas situasi di Semenanjung Gaza, meminta rejim Israel membuka sempadan tanpa syarat terhadap bantuan kemanusiaan dan barang-barang keperluan masyarakat Gaza serta mengurangkan sekatan yang sedia ada tidak memcukupi. Kesatuan Eropah menolak untuk mengiktiraf negara Palestin atas permintaan Pihak Berkuasa Palestin (FATAH) di Tebing Barat, dan menekankan bahawa "Eropah percaya penyelesaian kedua negara adalah melalui meja rundingan yang diadili AS".

Ratusan Ribu Hadiri Ulangtahun Hamas Tanda Sokongan Padu


15 Disember 2010 - Gaza - Dr. Mohammed Al-Hindi, anggota biro politik Jihad Islam, menyeru agar dihentikan proses rundingan damai dengan Israel setelah ianya terbukti gagal dan memilih penyatuan nasional. Ketika berucap kepada rakyat yang hadir di perhimpunan raksasa Hamas bagi memperingati tertubuhnya gerakan itu di Gaza bagi pihak gerakan Islam dan nasional, Hindi mendesak agar dibentuk sebuah kepimpinan nasional yang bersatu hasil gabungan semua kumpulan pecahan yang mana akan menentukan langkah-langkah politik pada masa hadapan.

Dia berkata jumlah besar yang menghadiri upacara itu adalah satu petanda yang jelas bagi sokongan padu rakyat terhadap pilihan untuk melakukan penentangan. Pemimpin Jihad itu berkata yang telah Hamas telah menggerakkan projek penentangan di Palestin. Dia juga berkata yang Pihak Berkuasa Fatah di Ramallah harus menghentikan proses damai setelah mengalami kebuntuan. Hindi meminta agar negara-negara Arab tidak cuba menutupi segala kelonggaran terhadap hak-hak Palestin, dan sebaliknya melindungi Baitul Maqdis serta perjuangan Palestin.

Mesir: Gas Seperti Emas Disalurkan Ke Rejim Israel


5 Disember 2010 - Akhbar rejim Israel melaporkan empat syarikat Israel telah menandatangani perjanjian pembelian gas Mesir untuk jangka masa dua puluh tahun bernilai antara 5 hingga 10 billion dolar AS.

Kenyataan-kenyataan akhbar di Mesir juga melaporkan krisis pertelingkahan berlaku terutamanya di Asyut, Mesir berkenaan isu pengisian gas kerana ketidak puashatian penduduk terhadap stesen gas yang mengenakan kadar yang tinggi bagi bagi setiap satu tong gas serta alat pemanas di musim sejuk.

Seorang pekerja, Mohammed Obeid, mengatakan krisis ini menyebabkan harga setong melambung tinggi dari 15 hingga 20 Pound Mesir, sementara tiada kawalan terhadapnya.

Sementara itu, Ismail, seorang petani, berkata isterinya terpaksa menggunakan minyak tanah untuk memasak, memanaskan air untuk mandi kerana kecurian tong gas yang dianggap sebagai emas sekarang ini, yang tidak mampu diperolehi kecuali di pasaran gelap.

Seorang lagi warga Mesir, Magdy Abdel-Alim, terpaksa berulang alik dari rumahnya ke gudang simpanan gas selama 3 hari tetapi masih tidak mempeolehinya.

Perlu disebut, pada tahun 2005 kerajaan Mesir telah menandatangani perjanjian dengan rejim Israel untuk mengeksport 1.7 bilion meter padu gas pada setiap tahun untuk jangka masa selama 20 tahun, dengan harga antara 70 sen dan 1.5 dolar AS, sedangkan harga pengurusan sahaja mencecah 2.65 dolar AS,

Syarikat yang menandatangani kontrak tersebut adalah "East Mediteranian Gas" yang dimiliki oleh "Ampal American Israeli Corporation" yang mempunyai saham dalam usaha tersebut sebanyak 12.5%.

Syarikat Israel ini menggunakan gas tersebut untuk menjanakuasakan 3 logi besar elektrik di Israel, sementara lebih dari 1.5 juta penduduk di Semenanjung Gaza dinafikan hak mereka menerima eletrik serta menghalang kemasukan bahan bakar tersebut, di samping peraturan-peraturan ketat yang dikenakan bagi membawa masuk bahan bakar tersebut.

Kontrak ini meningkatkan lagi jumlah gas yang telah disalurkan ke rejim Israel sebanyak enam bilion meter padu bernilai USD19 bilion, kerana syarikat "East Mediteranian Gas" telah menandatangani siri perjanjian dengan syarikat lain sejak tahun 2005 lagi.

Haniyeh: Tiada "Israel Kubra" Dan Tiada Masa Depan Untuk Zionis Di Tanah Kami


15 Disember 2010 - Presiden kerajaan Palestin di Gaza Ismail Haniyeh, berkata semalam, bahawa tidak ada apa yang dinamakan sebagai "Israel Kubra(Great Israel)" dan tidak ada masa depan rejim Israel di bumi Palestin di darat dan laut.

Demikian antara ucapan Haniyeh, dalam program mega gerakan Hamas sempena memperingati 23 tahun gerakan tersebut, walaupun dalam keadaan rakyat Palestin menghadapi cabaran besar terutamanya cabaran politik pada saat rejim Israel dan AS bersatu mempermain-mainkan isu Palestin.

Walaupun Hamas berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan tetapi tetap teguh dalam menguruskan kerajaan dan tidak menarik diri dari arena politik, tetap meneruskan usaha dan agenda dengan penuh keyakinan, kekuatan dan bersatu, serta berkeyakinan bahawa kepungan tidak akan mengubah keyakinan dan lari dari perjuangan.

Warga Palestin berduyun-duyun datang untuk mengambil kesempatan melihat secara lebih dekat gerakan tersebut. "Jika pilihan raya umum diadakan secara bebas dan adil maka Hamas akan mampu menang di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza lebih baik dari sebelumnya, menikmati kemerdekaan dan memelihara hubungan", tambahnya lagi.

Sementara itu beliau menekankan bahawa negara Islam yang memberikan sokongan kepada rakyat Palestin merupakan satu kewajipan, dan sesiapa yang berada di tengah menantikan keputusan rundigan damai maka kami berkata kepadanya: "Kami tidak akan menyerahkan walau satu inci dari tanah Palestin"

Kementerian Kesihatan: Gaza Kekurangan 137 Jenis Ubat Penting


14 Disember 2010 - Gaza: Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Gaza kekurangan 137 jenis ubat penting. Wakil farmasi, Munir Barsh dalam kenyataannya, Khamis (13/12) mengatakan bahawa jenis ubat-ubatan terutamanya untuk penyakit kanser, buah pinggang dan bahagian penyelenggaraan.

Menurutnya yang paling diperlukan adalah jenis ubat untuk melakukan operasi bedah, penjagaan intensif, bedah ortopedik, serta ubat yang digunakan dalam anestesi atau alat pernafasan, pengesanan jantung dan USG, serta benang untuk operasi bersalin, jahitan mata dan sebagainya.

Barsy menuntut Kementerian Kesihatan di Ramallah menghantar keperluan perubatan Gaza yang ditahannya. Ramallah hanya menghantar sebanyak 37% keperluan ubat Gaza untuk tahun 2010.

Wakil kemanusiaan dan media, Ahmad Asyi menegaskan bahawa Gaza sejak 4 tahun blockade mengalami kesan kehancuran di semua aspek kehidupan. Menurut Asyi, keadaan kesihatan di Gaza semakin memburuk akibat larangan Israel terhadap kemasukan bantuan perubatan dan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ahmad menuntut lembaga HAM dan persatuan antarabangsa, terutama Palang Merah Antarabangsa dan WHO untuk segera melakukan campur tangan untuk membawa masuk keperluan yang diperlukan oleh warga Gaza.

98% Zaitun Jordan Adalah Untuk Israel


14 Disember 2010 - Data rasmi menunjukkan bahawa Israel mengimport sebahagian besar pengeluaran buah zaitun Jordan, mencatatkan 98 peratus akan dihantar ke Israel. Menurut laporan statistik "semi final" Jabatan Pertanian Jordan, eksport buah zaitun Oman ke Tel Aviv tahun 2010 dijangka kira-kira tiga ribu tan, iaitu bersamaan dengan sembilan puluh lapan peratus daripada eksport produk ini ke luar, sementara bakinya ke bahagian negara-negara Arab dan Eropah.

Dorongan pengeksport untuk menghantar Zaitun ke Israel kerana pasarannya yang tinggi berbanding di sekitar negara Arab. Mantan presiden Persatuan Pengeksport, produk zaitun, Musa Saket, eksport yang banyak ini sebenarnya bertentangan dengan keputusan Dewan Penasihat Jabatan Perindustrian dan Perdagangan.

Sementara penganalisis mengkritik, keputusan Menteri Pertanian Jordan untuk membenarkan eksport zaitun kepada Negara Israel, sehingga "tidak membantu perkembangan ekonomi tempatan

Ahad, 12 Disember 2010

Proses Damai Timur Tengah Telah Berakhir


13 Disember 2010 - Paris - Seorang wartawan Palestin, Bilal al-Hassan, berkata pada hari Ahad yang proses damai di Timur Tengah telahpun berakhir, dan tidak mendatangkan sebarang makna kecuali memaksa penyelesaian Israel ke atas Palestin.

Hassan, seorang tokoh terkenal Palestin dan juga bekas seorang anggota Fatah, sambil menjelaskan bahawa mengharapkan bantuan Majlis Keselamatan PBB serta pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap sebuah negara Palestin yang merdeka adalah sebuah ilusi semata-mata.

Hassan menegaskan yang Palestin harus menidakkan proses damai dan mengambil langkah membentuk strategi politik alternatif bagi membela hak-hak Palestin dengan bantuan negara Arab yang lain.

"Proses damai tidak lagi wujud melainkan pada kacamata Amerika dan Israel, yang bertujuan untuk memaksa Palestin menerima jalan penyelesaian yang berpihak kepada Israel. Tetapi pihak Palestin masih belum lagi bersuara mengenai hal ini. Saya percaya mereka harus menentang konsep proses damai sebegini dan tidak samasekali bergantung harap kepada Amerika, samada melalui Majlis Keselamatan PBB atau secara terus bagi mendapatkan pengiktirafan terhadap negara Palestin."

"Pengharapan seperti ini adalah sebuah khayalan, tidak lebih dan tidak kurang dari itu, kerana pendirian Amerika Syarikat dalam memberikan pengiktirafan terhadap negara Palestin telah diketahui dan tampak jelas melalui pendiriannya terhadap pengiktirafan yang diberikan oleh Brasil dan Argentina."

"Saya percaya tindakbalas yang ideal ialah tindakan Pihak Berkuasa Palestin meninggalkan proses damai, sebuah langkah yang akhirnya akan memansuhkan Kesepakatan Oslo, dan mendorong golongan bijaksana Palestin untuk membentuk sebuah rancangan politik alternatif dan mengajukannya kepada masyarakat Arab untuk memalukan mereka, dan mengumumkannya beserta dengan semua pendirian Arab kepada seluruh dunia."

Hassan menyatakan yang ia percaya bahawa perdamaian dalaman Palestin akan sangat menguntungkan Negara itu jika ianya dibina di atas dasar sebuah program politik. "Jika berdasarkan kepada kerjasama keselamatan dengan Israel, ia akan menjadi sebuah perdamaian yang gagal serta tidak bermanfaat."

Sheikh Shalah: Penjara Syurga Bagiku


13 Disember 2010 - Gaza : Syeikh Raed Shalah, ketua gerakan Islam di wilayah Palestin jajahan 48 akhirnya bebas dari penjara Israel di Ramallah Ahad (12/12). Beliau berkata, penjara adalah tempat yang terbaik dalam hidupku.

Shalah menggambarkan, penjara yang telah mengurungkannya selama lima bulan lebih, bagaikan syurga, ia boleh menyendiri bersama Allah. Penjara adalah tempat terbaik dalam hidupku. Ia boleh menghabiskan waktu-waktunya dengan solat, berpuasa solat malam dan membaca Al-Quran. Bahkan ia mengatakan, dirinya berhasil menyelesaikan tiga buah buku, selama dalam penjara.

Adapun kaitannya dengan mahkamah Zionis yang sedang menunggunya, Syeikh Shalah mengatakan, jalan kami tidak akan pernah berubah, harga diri kami serta kemuliaan kami yang terampas, akan kami ambil kembali bersama kembalinya Al-Quds dan Al-Aqsa ke pangkuan kaum muslimin.

Ia menegaskan, dirinya tidak mengakui dan tidak akan mengakui larangan Zionis untuk masuk ke masjid Al-Aqsa. Beliau berkata, dirinya akan melindungi sendiri jiwanya saat masuk ke Masjid Al-Aqsa. Sama sekali ia tidak akan mempedulikan keputusan Zionis.

Beliau berkata, dirinya masuk ke dalam penjara dalam keadaan kuat dan keluar dengan lebih kuat lagi iaitu dari sudut keimanan dan keyakinannya untuk berkorban demi Al-Aqsa. Saya akan selalu katakan, dengan nyawa dan darah kami berkorban untukmu Al-Aqsa, tegas beliau.

Sabtu, 11 Disember 2010

Pemilik Kedai Arab Dipaksa Guna Bahasa Ibrani


12 Disember 2010 - Majlis Perbandaran Baitul Maqdis sedang mencuba untuk mewajibkan para pemilik kedai di kawasan sekitar Baitul Timur yang dihuni masyarakat Arab untuk mengubah bahasa yang digunakan bagi tanda nama kedai mereka ke dalam bahasa Ibrani, dan memberitahu para pemilik jika sekiranya mereka gagal melakukannya, kedai-kedai mereka tidak akan diberikan lesen dan harus ditutup.

Akhbar Israel, Maariv, melaporkan pada Khamis yang keputusan ini akan dikuatkuasakan di semua kawasan yang didiami masyarakat Arab, sekalipun ia tidak dihuni oleh seorangpun warga Yahudi.

Keputusan baru ini telah mendesak para penduduk serta pemilik kedai untuk mengadakan protes di bandar itu. Maariv berkata yang Mazin al-Qaq, ketua Jawatankuasa Pedagang di Baitul Maqdis, menggambarkan keputusan tersebut sebagai tidak sah serta menambah yang ramai penduduk Arab di Baitul Maqdis yang tidak tahu bercakap, membaca atau menulis dalam bahasa Ibrani.

"Apakah yang Majlis Perbandaran inginkan?" kata al-Qaq, "Adakah mereka cuba untuk memaksa orang berusia enam puluh tahun kembali ke sekolah untuk mempelajari bahasa Ibrani? Keputusan ini tidah sah samasekali dan mereka tidak boleh memaksa sesiapapun agar mematuhinya."

Peguam Israel, Yif'at Solel, mengirim sepucuk surat kepada Datuk Bandar Baitul Maqdis, Nir Barkat, sambil menuntut agar dia membatalkan keputusan tersebut kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan boleh dibatalkan oleh mana-mana mahkamah.

Bardawil: Fatah Harus Putuskan Hubungan Dengan AS


12 Disember 2010 - Gaza - Pegawai atasan Hamas, Salah Al-Bardawil, menyeru Pihak Berkuasa Fatah di Tebing Barat agar memutuskan hubungan dengan para pegawai rasmi Amerika sebagai tindakbalas terhadap penafian Amerika Syarikat ke atas hak Palestin.

"Kita telah dapat melihat Amerika Syarikat menafikan hatta hak-hak paling asas bagi rakyat Palestin," kata Bardawil dalam sebuah kenyataan akhbar pada hari Sabtu, sambil mengesahkan yang beliau tidak terkejut dengan laporan-laporan berkaitan perkara ini.

Amerika Syarikat tidak pernah mengiktiraf resolusi-resolusi PBB atau sempadan yang disepakati pada tahun 1967. Sebaliknya, negara itu hanya percayakan sudut pandangan Israel sahaja, pegawai Hamas tersebut menambah.

"Ramai yang mengganggap bahawa selepas Kesepakatan Oslo, dan setelah PLO mengiktiraf 80 peratus dari bumi Palestin sebagai milik Israel, Amerika Syarikat akan mengiktiraf negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967, tetapi itu tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku."

Menurut Bardawil lagi, Fatah, yang tertipu dengan helah Israel, telah mengambil tindakan yang belum pernah diambil sebelum ini dengan berleluasa memberikan tekanan ke atas kumpulan pecahan pejuang Palestin serta bekerjasama dengan pasukan keselamatan Israel.

Dalam sebuah perkembangan yang berkaitan, pejuang Palestin dan kumpulan-kumpulan pecahan pertahanan, yang bertemu di Gaza pada hari Sabtu, mengesahkan yang Washington telah gagal meyakinkan Israel untuk menghentikan kegiatan penempatan haramnya serta menghasilkan inisiatif bagi proses damai. Kumpulan-kumpulan berkenaan menyeru Pihak Berkuasa Ramallah agar membebaskan semua tahanan politik di Tebing Barat, dan mengambil pendirian tegas terhadap polisi-polisi Israel.

62 Tahun Ulang Tahun Resolusi PBB 194 Palestin Pulang Ke Negara Mereka


12 Disember 2010 - Semalam, Sabtu, 11/12/2010 merupakan ulang tahun ke 62 resolusi PBB 194 menetapkan keharusan pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka di Palestin. Resolusi tersebut berbunyi "Dibenarkan untuk kembali, secepat mungkin kepada pelarian Palestin yang ingin kembali ke rumah mereka dan hidup damai dengan tetangga mereka serta akan dibayar pampasan kepada mereka yang tidak mahu kembali ke rumah mereka atas kerugian dan kerosakan".

Perenggan resolusi PBB ini memutuskan bahawa pelarian Palestin berhak untuk kembali ke tanah air mereka, dan bebas untuk memilih sama ada ingin kembali atau tidak.

Resolusi itu juga akan membentuk Suruhanjaya Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggung jawab untuk memudahkan mereka kembali ke tanah air, menyediakan penempatan semula, memulihkan ekonomi dan membayar pampasan.

Israel tidak melaksanakan resolus tersebut, sementara AS begitu bimbang kerana setiap tahun akan dilihat kembali resolusi tersebut sama ada telah dilaksanakan atau tidak, tetapi AS tetap tidak mengambil langkah-langkah praktikal untuk pelaksanaannya.

Rejim Israel Akan Bebaskan Sheikh Raed Salah Hari Ini


12 Disember 2010 - Zahi Nujeidat, jurubicara gerakan Islam di Palestin 1948, pihak berkuasa rejim Israel akan membebaskan Sheikh Raed Salah pada hari ini. Nujeidat dalam kenyataannya mereka akan mengadakan majlis meraikan Syeikh Raed Salah di bandar Umm al-Fahm di Utara Palestin, beberapa wakil pemimpin akan bercakap di majlis tersebut.

Sheikh Kamal Khatib, ketua gerakan Islam: "Kami percaya sebenarnya pemenjaraan Sheikh Raed Solah tidak adil, penangkapan bermotifkan politik tidak ada hubungan dengan keadilan serta tuduhan palsu, tetapi bertujuan cuba memberi tekanan menghalang Sheikh Raed bercakap isu Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa".

Perlu dicatat bahawa Sheikh Raed Salah, dijatuhi hukuman oleh pihak berkuasa rejim Israel hukuman lima bulan penjara dalam kes peristiwa Pintu Mughrabi di kota Baitulmuqaddis pada Februari 7, 2007, yang didakwa mahkamah bahawa ia menyertai perarakan anti-Isreal, menyerang pegawai polis dan mengganggu kerja-kerja polis.

Jumaat, 10 Disember 2010

Ayalon: Israel Tidak Akan Minta Maaf Pada Turki


11 Disember 2010 - Timbalan Menteri Luar Negeri Rejim Israel, Danny Ayalon, bahawa negaranya menentang syarat-syarat tawaran Turki atas permintaan maaf "Israel" atas peristiwa pembunuhan yang dilakukan tentera laut Israel ke atas kapal Marmara akhir Mei tahun lalu.

Ayalon berkata: "Permintaan maaf semestinya akan ada implikasi etika, politik dan undang-undang", dan menjelaskan bahawa entiti Zionis tidak akan bertanggungjawab atas perkara yang tidak sepatutnya kami bertanggungjawab. Di sisi lain, Ayalon mengatakan dalam sebuah wawancara radio Jumaat pagi menekankan "penting untuk meneruskan hubungan antara Israel dan Turki sehingga krisis selesai, serta mencatatkan bahawa isu tersebut adalah antara kerajaan Ankara", demikian menurutnya.

Rundingan antara rejim Israel dan pihak berkuasa Fatah di Ramallah, Ayalon menjelaskan bahawa kedua-dua pihak masih dalam rundingan "dalaman" yang melibatkan kerahsiaan sebelum diumumkan kepada awam.

Mesir Menawan 7 Terowong Di Sempadan Semenanjung Gaza


11 Disember 2010 - Pihak berkuasa Mesir semalam mengumumkan dapat menawan tujuh terowong di sempadan bandar Rafah di Selatan Semenanjung Gaza yang digunakan untuk membawa masuk bantuan ke Semenanjung Gaza yang dikepung selama lebih daripada empat tahun. Kempen pasukan keselamatan Mesir di sempadan Rafah-Gaza untuk menutup seberapa banyak terowong yang menjadi laluan "tikus" yang membawa barang bantuan ke Semenanjung Gaza, serta meletakkan tenteranya di sempadan dalam jumlah yang ramai.

Pengeboman Israel Di Gaza, Rejim Israel Menggunakan Bom Baru


11 Disember 2010 - Sumber keselamatan Palestin dan saksi, menyatakan bahawa bom yang digunakan oleh jet pejuang rejim Israel pada pagi Khamis lalu mensasarkan kawasan Timur Semenanjung Gaza, digunakan untuk pertama kalinya, ini dilihat pada jumlah dan kerosakan yang teruk. Agensi berita mengatakan, bom yang digunakan dalam pengeboman pada kali ini adalah bom digunakan buat pertama kalinya dengan ciri-ciri merosakkan besar berbanding dengan bom yang digunakan sebelumnya.

Bom ini ditembakkan dari pesawat tentera jenis "F-16" didahului oleh bunyi siulan yang meningkat tinggi kira-kira setengah minit, kemudian diikuti dengan satu letupan besar terdengar dari seluruh bandar Gaza dan luarnya. Kawasan sasaran sekitar satu kilometer persegi hancur teruk, termasuk beberapa buah sekolah, puluhan rumah dan pecahan peluru dari bom tersebut tersebar sehingga mengenai kawasan sejauh 500 meter dari tapak sasaran.

Penduduk tempatan mengatakan bahawa rumah-rumah mereka, yang terletak beberapa ratus meter dari kawasan sasaran rosak teruk seakan-akan pengeboman itu berada dekat di sampingnya. "Semua tingkap pecah, semua serpihan bom masuk ke dalam rumah dalam saiz yang besar termasuk kerosakan pada sebuah masjid di kawasan ini", tambah mereka lagi.

Bendera "Hamas" Berkibar Dalam Aqsa


11 Disember 2010 - Ribuan warga Palestin di Baitulmuqaddis pada Jumaat petang, 10/12/2010, berbaris dalam protes terhadap pengusiran MP Quds, Mohammed Abu Tir, dari bandar kelahirannya dan menyokong Hamas.

Ribuan jemaah berjalan di kawasan masjid Aqsa mengibarkan bendera hijau dan gambar Sheikh Abu Tir serta mengulang-ulang takbir dan tahmid. Mereka melaungkan slogan kemenangan Hamas serta mengecam dasar pengusiran dan me"Yahudikan" Kota Suci ini.

Disisi lain, berlaku penentangan antara penduduk di Bandar Silwan dan askar rejim Israel yang datang untuk melindungi pendatang Yahudi yang berada di situ, mengakibatkan puluhan warga Palestin menjadi mangsa gas pemedih mata serta sesak nafas.

Israel Jangka Perang Besar Ke Atas Gaza


11 Disember 2010 - Panglima Angkatan Tentera Israel telah mengisytiharkan serangan Israel yang akan datang ke atas Gaza akan dilancarkan secara 'habis-habisan', lapor sebuah siaran TV.

Leftenan Jeneral Gabi Ashkenazi berkata, "Pusingan berikutnya (pertempuran) akan dilancarkan secara besar-besaran dan akan berakhir di mana tidak lagi ada keraguan mengenai pihak mana yang menang." Berita Ynet memetik kata-kata Ashkenazi pada hari Rabu ketika dia berucap kepada pasukan tentera Israel yang berpengkalan di sebuah kawasan berhampiran Jalur Gaza. Leftenan Jeneral berkenaan juga menekankan yang pihak tentera Israel telahpun bersedia untuk mengambil tindakan secara besar-besaran terhadap kawasan pesisiran pantai itu.

Ucapan Ashkenazi itu berlaku hanya beberapa hari selepas serangan udara Israel dilancarkan di beberapa buah lokasi berbeza di seluruh Gaza. Israel telah melancarkan serangan ketenteraan secara habis-habisan ke atas Gaza pada penghujung Disember 2008 mengakibatkan lebih dari 1,400 warga Palestin terbunuh, yang sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak.

Kawasan pesisiran pantai itu telah berada di bawah sekatan Israel yang dikuatkuasakan sejak bulan Jun 2007, setelah Hamas mengambilalih wilayah berkenaan berikutan kemenangannya dalam pilihanraya secara demokratik, mengakibatkan kesan yang mengerikan terhadap situasi kemanusiaan dan ekonomi di dalam kawasan yang terkepung itu.

"Israel" Tunduk Pada Tuntutan Turki


10 Disember 2010 - TV Israel "al-Hurra" melaporkan bahawa rejim Israel akan meminta maaf kepada Turki atas apa yang telah dilakukan dalam serangan berdarah kapal Turki "Mavi Marmara" dan akan membayar pampasan kepada keluarga sembilan syuhada Turki.

Menurut laporan tersebut, "Israel" telah menunjukkan "respons" ke atas sebahagian besar tuntutan Turki untuk menamatkan krisis antara kedua-dua pihak yang semakin meruncing akibat dari perang Gaza.

Uruguay Bakal Ikuti Jejak Tetangga Latinnya Iktiraf Palestin


10 Disember 2010 - Ramallah - Timbalan Menteri Luar Uruguay berkata yang ia akan mengiktiraf Negara Palestin sebagai sebuah negara bebas merdeka menjelang tahun 2011.

Beliau menyatakan yang Montevideo akan memulakan misi diplomatiknya di Ramallah tidak lama lagi.

Argentina telahpun mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka berdasarkan sempadan tahun 1967, pada hari Isnin, hanya tiga hari selepas Brazil mengambil langkah yang sama. Tindakan kedua-dua negara berkenaan dikritik oleh Israel dan anggota kabinet Amerika.

Perancis Akan Iktiraf Palestin Berdasarkan Sempadan 1967


10 Disember 2010 - Paris - Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Bernard Valero, mengesahkan pada hari Rabu yang kerajaannya "akan mengiktiraf" sebuah negara merdeka bagi Palestin di sepanjang sempadan yang wujud pada tahun 1967.

Valero berkata yang beliau berharap proses damai di antara Israel dan Palestin akan diteruskan biarpun Pentadbiran Obama mengumumkan sebelum ini, pada hari Rabu, yang ia tidak lagi akan meneruskan usaha memujuk Israel membekukan kegiatan penempatannya.

Pengumuman dari Paris itu menjadikan Perancis negara Eropah pertama yang akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang bebas merdeka. Negara-negara Amerika Selatan, seperti Brazil dan Argentina, telahpun mengutarakan pengiktirafan rasmi mereka kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, awal minggu ini, manakala Uruguay pula berkata yang pihaknya akan mengambil tindakan yang sama pada tahun 2011 setelah mampu membangunkan fasiliti diplomatik di Ramallah.

Israel telah melakukan bantahan terhadap pengiktirafan Brazil dan Argentina itu, sambil mendakwa yang tindakan itu cuba melangkau ketetapan "Roadmap to Peace" tahun 2003, yang mengutamakan rundingan bersemuka berbanding langkah-langkah sehala.

Isnin, 6 Disember 2010

Kerugian Kebakaran Carmel Dianggarkan 454 Juta Dolar


7 Disember 2010 - Nazareth - Kerugian serta kehilangan harta benda akibat kebakaran besar yang meratah hutan di Gunung Carmel berhampiran Haifa mungkin mencapai 454 juta dolar, sumber media Israel melaporkan pada hari Ahad.

Harian Ibrani, Ma'ariv, berkata jumlah tersebut tidak merangkumi semua kerosakan secara langsung dan tidak langsung akibat dari kebakaran raksasa berkenaan, yang mendedahkan ketidakupayaan pihak Barisan Bertindak untuk mengatasi kebakaran sebesar itu yang telah bermaharajalela sejak empat hari yang lalu di Haifa, bahagian utara Palestin yang dijajah Israel pada tahun 1948.

Dana Nasional Yahudi melaporkan yang kebakaran itu telah memusnahkan 12,000 hektar kawasan hutan, sekitar lima juta pokok, hampir setengah dari keseluruhan hutan simpanan Carmel. Pegawai rasmi JNF berkata yang usaha bagi memulihkan kawasan tersebut akan menelan jangka waktu puluhan tahun.

Kebakaran besar itu telah mencetuskan sebuah krisis dalaman bagi kerajaan campuran Israel bilamana sebilangan menteri saling melemparkan tuduhan di antara satu sama lain mengenai tanggungjawab kerajaan sambil jari ditudingkan ke arah Menteri Dalam Negeri dan juga Kewangan.

Dalam konteks yang berkaitan, Yayasan Aqsa Bagi Wakaf Dan Warisan berkata api yang membakar sebahagian dari kawasan perkuburan Qassam di timur Bandar Haifa merupakan hasil dari serangan pembakaran, sambil menuduh pelampau Yahudi sebagai bertanggungjawab ke atas serangan yang membakar 20 buah kuburan serta sejumlah pokok di situ.

Penyelidik Palestin: Pembongkaran Fakta Kebakaran Karmel


7 Disember 2010 - Penyelidik dan Sejarawan Palestin, Dr. Nasser Al-Jarbou Aliafawi, dakwaan rejim Israel bahawa kebakaran di Haifa kerana kelalaian adalah dakwaan palsu.

Jarbou berkata bahawa api yang terhasil pada kebakaran tersebut sebenarnya dihasilkan dari bahan kimia ujian dari maklmal yang berdekatan dengan pergunungan Karmel, selain dari kawasan ini mengandungi sebuah penjara rahsia bagi militan Palestin, sehingga lebih dari empat puluh askar yang mati kerana kebakaran sebenarnya telah tamat kursus lanjutan dalam pengurusan penjara.

Dr. Jarbou dalam kenyataan akhbarnya bahawa api secara normalnya apabila dibakar biasa dengan sebab kecuaian pun akan mampu ditanggani oleh Israel, kerana mereka mampu untuk memadamkan api biasa.

Dia berkata: "Tapi ini lebih berbahaya daripada api kerana ia adalah hasil ujikaji kimia di daerah pergunungan, bersempadan dengan Karmel, dan dengan kadar cepat Israel memohon bantuan dari negara-negara jiran dan dunia menunjukkan bukti kukuh sekiranya ia dibiarkan akan menjadi bencana besar pada keselamatan Negara jirannya dan Palestin 48.

Dan terbukti bagaimana Israel tidak mampu memadamkan api kesemuanya, melainkan setelah campur tangan pesawat khusus pemadam kebakaran dari Russia, Dr, Jarbou menyeru kepada badan kemanusiaan dan organisasi hak asasi manusia untuk menyelidik nasib tahanan Arab dan Palestin, dan melakukan pemeriksaan yang menyeluruh untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka .

Sabtu, 4 Disember 2010

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM


1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Salam Maal Hijrah 1432


Saya mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432H kepada seluruh umat Islam...