Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 2 Disember 2010

2 Syahid Dari Brigade Quds


3 Disember 2010 - Berita bertarikh 2/12/2010, Khamis, berkenaan dua orang syahid di Timur Semenanjung Gaza adalah dari anggota Quds Brigade, sayap bersenjata Gerakan Jihad Islam di Palestin, laporan ini diakui benar dalam sidang media brigade tersebut.

Cubaan mereka menyusup masuk ke dalam wilayah Palestin 48 dalam usaha menanam letupan di sebelah timur garis pemisah Gaza dan Palestin 48 dihidu oleh askar rejim Israel. Serangan bom yang bertalu-talu oleh rejim Israel itu adalah serangan balas penyusupan tersebut menyebabkan kedua-dua mereka syahid, akan tetapi mereka dilaporkan mati ditembak oleh media Israel. Juru cakap brigade tersebut menjelaskan bahawa mereka yang syahid adalah adalah Ibrahim Mohammed Rabie al-Najjar dan Jalal Abdel Karim Nasr, kedua-duanya adalah dari daerah Jabalia Nazlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan