Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 2 Disember 2010

34 Kapal Sedang Bersiap Sedia Memecahkan Kepungan Gaza


3 Disember 2010 - Aktivis Kemanusiaan dan Pengarah Persatuan Kebudayaan dan Pemikiran Bebas, Maria Zaqout, bahawa Kempen Antarabangsa Solidaritas bersama rakyat Palestin sedang dalam persiapan untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza, lebih dari 34 kapal membawa bantuan bantuan kemanusiaan dijadualkan akan berlepas pada bulan April tahun depan.

Zaqout menjelaskan dalam majlis "Minggu Dunia Solidaritas bersama rakyat Palestin" di Perancis, bersamanya ahli Lembaga Pengarah Persatuan Palestin Perancis, bahawa kapal tersebut akan disetai aktivis dari Yayasan (CCFD) dan Jaringan Palestin Perancis, Fauwia Huwaihe, dan beberapa organisasi luar, arab dan muslimin di seluruh dunia.

Dalam kenyataan akhbarnya, beliau sedang rancak mengadakan pertemuan-pertemuan di beberapa bandar Perancis dengan penyertaan institusi masyarakat yang ada, tidak ketinggalan juga dalam pertemuan tersebut tertumpu pada betapa pentingnya memboikot barang Israel untuk memaksa rejim tersebut untuk mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin dan mengangkat pengepungan.

Dalam kempennya beliau menerangkan gambaran sebenar apa yang terjadi di Gaza atas penderitaan selama lebih daripada empat tahun, di mana beliau mempamerkan beberapa foto dan filem dokumentari yang didokumentasi semasa perang di Gaza. Beliau mencatatkan betapa masyarakat dunia semakin sedar dan simpati terhadap itu tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan