Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 2 Disember 2010

53% Yahudi Israel Mahukan Arab Tinggalkan Israel


2 Disember 2010 - Baitul Maqdis - Sebuah bancian pendapat yang dikeluarkan pada hari Selasa oleh Institut Demokratik Israel menunjukkan bahawa 53% warga Yahudi lebih suka jika orang-orang Arab meninggalkan Israel.

Lebih dari setengah daripada golongan Yahudi Israel yang ditemui berpendapat yang negara Israel memiliki hak untuk menggalakkan warga Arab berpindah ke negara lain.

Kajian ini juga mendapati bahawa 55% berkata yang bandar-bandar Yahudi patut menerima lebih sumber daya dari kerajaan berbanding masyarakat Arab. Lebih daripada 62 warga Yahudi Israel berkata selagi ada konflik dengan Palestin, Israel tidak sepatutnya mempertimbangkan pendapat Arab Israel berkaitan polisi luar.

Namun 51% dari mereka yang ditemui berkata golongan Arab Israel dan Yahudi harus memiliki hak yang sama-rata dan 54% warga Israel berkata yang mereka percaya tindakan undang-undang tidak sepatutnya diambil terhadap warga yang bersuara terhadap negara mereka.

Kajian ini juga mendapati perkaitan tinggi di antara tahap aktiviti keagamaan dan keyakinan yang Arab Israel harus memiliki hak yang berbeza. Imigran Rusia adalah golongan yang paling tidak liberal.

Kajian ini dilakukan oleh enam orang pengkaji dan mencatatkan pendapat umum berdasarkan bancian ke atas lebih dari 1,200 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan