Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 14 Disember 2010

"Armada Kebebasan II" Belayar Ke Gaza Pertengahan 2011


15 Disember 2010 - Untuk kali ke-5 berturut-turut, organisasi armada kebebasan memecah kepungan terhadap Gaza akan melakukan pelayarannya ke Semenanjung Gaza pada pertengahan 2011, demikian menurut sidang akhbar yang dilakukan dibawah naungan Ketua Akhbar Itali. Semasa sidang akhbar berlangsung ia cuba dihalang oleh lobi Zionis, tetapi dapat diteruskan dengan jayanya, dimana armada yang akan bergerak pada kali ini merangkumi lebih dari dua negara, kebanyakkannya dari Eropah.

Sidang akhbar tersebut bersama pelancaran buku "Verso Gaza"(Armada ke Gaza) yang ditulis oleh editor agensi berita Itali Palestin, Angela Llano, yang akan menyertai armada ini untuk pertama kalinya.

Sementara itu, salah seorang koordinator armada gabungan kebebasan di Itali, Germano Monte, dalam ucapannya menyatakan betapa perlunya sokongan dan bantuan dari Itali bagi memastikan keselamatan aktivis dalam armada kali ke-2 ini, juga untuk mengelakkan daripada berulang insiden serangan rejim Israel ke atas armada kebebasan pada 31 Mei lalu.

Monte berkata: "Kerajaan perlu memberi tekanan pada Israel sekarang untuk memberikan perlindungan kepada aktivis antarabangsa yang menyertainya, dan mengatakan bahawa apa yang terjadi pada armada pertama "adalah bertentangan dengan undang-undang dan norma antarabangsa".

Puluhan persatuan dan gerakan serta ratusan rakyat Itali menandatangani petisyen untuk menyertai dalam armada antarabangsa atas nama "Stefano Chiarini" bertujuan mengembalikan hak-hak Palestin.

Jurucakap Ikatan Antarabangsa dan Kempen Eropah untuk Palestin, Mohammed Hanoun, mereka akan menjemput semua wartawan ke pelabuhan tempat pelancaran armada tersebut bagi memberikan gambaran jelas misi kemanusiaan tersebut. Armada kali pertama ke semenanjung Gaza menyaksikan peristiwa berdarah di mana sembilan rakyat Turki syahid terkena tembakan tentera rejim Israel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan