Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 11 Disember 2010

Bardawil: Fatah Harus Putuskan Hubungan Dengan AS


12 Disember 2010 - Gaza - Pegawai atasan Hamas, Salah Al-Bardawil, menyeru Pihak Berkuasa Fatah di Tebing Barat agar memutuskan hubungan dengan para pegawai rasmi Amerika sebagai tindakbalas terhadap penafian Amerika Syarikat ke atas hak Palestin.

"Kita telah dapat melihat Amerika Syarikat menafikan hatta hak-hak paling asas bagi rakyat Palestin," kata Bardawil dalam sebuah kenyataan akhbar pada hari Sabtu, sambil mengesahkan yang beliau tidak terkejut dengan laporan-laporan berkaitan perkara ini.

Amerika Syarikat tidak pernah mengiktiraf resolusi-resolusi PBB atau sempadan yang disepakati pada tahun 1967. Sebaliknya, negara itu hanya percayakan sudut pandangan Israel sahaja, pegawai Hamas tersebut menambah.

"Ramai yang mengganggap bahawa selepas Kesepakatan Oslo, dan setelah PLO mengiktiraf 80 peratus dari bumi Palestin sebagai milik Israel, Amerika Syarikat akan mengiktiraf negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967, tetapi itu tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku."

Menurut Bardawil lagi, Fatah, yang tertipu dengan helah Israel, telah mengambil tindakan yang belum pernah diambil sebelum ini dengan berleluasa memberikan tekanan ke atas kumpulan pecahan pejuang Palestin serta bekerjasama dengan pasukan keselamatan Israel.

Dalam sebuah perkembangan yang berkaitan, pejuang Palestin dan kumpulan-kumpulan pecahan pertahanan, yang bertemu di Gaza pada hari Sabtu, mengesahkan yang Washington telah gagal meyakinkan Israel untuk menghentikan kegiatan penempatan haramnya serta menghasilkan inisiatif bagi proses damai. Kumpulan-kumpulan berkenaan menyeru Pihak Berkuasa Ramallah agar membebaskan semua tahanan politik di Tebing Barat, dan mengambil pendirian tegas terhadap polisi-polisi Israel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan