Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 16 Disember 2010

Danon: Israel Patut Bunuh Semua Penumpang Marmara


17 Disember 2010 - Sumber Israel melaporkan pada hari Rabu yang Anggota Knesset dari Parti Likud, Dannny Dannon, telah mengirimkan sepucuk surat bagi menyindir Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, dengan mengatakan kepadanya bahawa tentera Israel sepatutnya membunuh semua penumpang Kapal Marmara yang sedang dalam perjalanan menuju ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan. Ketika serangan yang berlaku pada bulan Mei 31, tentera Israel yang menaiki kapal tersebut sebelum menariknya ke Ashdod, telah menembak dan membunuh sembilan aktivis Turki serta mencederakan beberapa orang yang lain.

Dalam suratnya, Dannon berkata yang dia memohon maaf kerana askar-askar terbabit "mempunyai disiplin yang tinggi dan hanya membunuh sembilan aktivis". Dia menambah yang "sekiranya Israel mengetahui terlebih dahulu yang terdapat pengganas di atas kapal berkenaan, askar-askar tersebut sudah tentu telah diperintahkan untuk membunuh semua yang mengancam keselamatan mereka".

Dannon juga menyatakan yang dia memohon maaf kerana Israel tidak terlebih dahulu melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas semua penumpang kapal Turki itu sebelum berlayar, di samping "merasa bersalah" kerana Israel "tidak menghalang para penumpang dari memperlengkapkan diri mereka dengan senjata".

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menafikan laporan yang mengatakan bahawa Israel berhasrat untuk membayar pampasan kepada keluarga sembilan aktivis keamanan Turki yang terbunuh ketika tentera Israel menyerbu kapal solidariti Turki, Mavi Marmara, yang sedang menuju ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan.

Sewaktu sesi pada hari Isnin dengan parti Likud, Netanyahu berkata yang Israel sedang mengadakan perbincangan dengan Turki bagi menggugurkan semua pertuduhan ke atas anggota tentera yang terlibat dalam serangan berkenaan, dan menambah bahawa permohonan maaf secara rasmi atau pembayaran pampasan akan memudahkan Ankara untuk mengetengahkan tuntutan mahkamah terhadap askar-askar yang terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan