Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 2 Disember 2010

Dokumentasi Tembok Ratapan Hilang Dari Laman Kementerian Penerangan Palestin


2 Disember 2010 - Menurut radio Israel dokumentasi mengenai "Tembok Burak" yang diterbitkan oleh Pihak Berkuasa Palestin dalam seminggu setengah, hilang dari laman Jabatan Penerangan Kerajaan Palestin di Ramallah, di mana link untuk membuka dokumen tersebut di bawah tajuk carian mustahil untuk mengaksesnya, setelah Washington mengecam dokumen-dokumen tersebbut, ini ekoran daripada dokumentasi tersebut yang lebih dari 2000 patah perkataan membuktikan bahawa umat Islam lebih berhak dari Yahudi ke atas "Tembok Burak".

Timbalan Menteri media Palestin, Mutawakkil Taha, semasa cuba dihubungi mengenai dokumentasi tersebut mendakwa bahawa dia sedang pergi cuti saat ini, menunjukkan bahawa apakah ia terpaksa atau dipaksa "cuti".

Setelah percubaan untuk mendapatkan jawapan, akhirnya beliau menjawab bahawa ia telah menerima arahan yang jelas tidak bercakap tentang hal ini, dan bahawa ia telah diperintahkan untuk tidak bercakap tentang isu dan masalah tersebut, dalam erti kata lain menghalang memberikan komentar apapun.

Taha menambah, "Persoalannya sekarang saya tidak tahu apakah dokumen-dokumen tersebut telah ditarik dan dalam hal apapun sebenarnya ia tidak hilang, saya sedang bercuti dan tidak tahu apa yang berlaku ke atas laman web."

Radio Israel ini mengatakan bahawa dokumen tersebut menjelaskan bahawa Tembok Burak yang dituntut oleh Yahudi adalah hak umat Islam, dan Yahudi telah membohongi sejatah, ini menyebabkan kecaman dari pihak Israel dan AS terhadap laman itu.

Pegawai pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat mengatakan bahawa Tembok Burak adalah wakaf kepada seluruh umat Islam, akan tetapi telah dipersetujui bersama antara Pihak Berkuasa Palestin-Israel, bahawa tembok tersebut dibawah kawalan Israel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan