Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 2 Disember 2010

Hamas mendakwa pihak berkuasa Palestin dan Israel bekerjasama untuk mengusir Hamas dari Tebing Gaza


Jumaat , 03/12/2010 - Gerakan Hamas berkata, penculikan ahli-ahli parlimennya di Tebing Gaza dan serbuan di kediaman dan pejabat merupakan perancangan teliti Israel dan pihak berkuasa Palestin (PA) untuk melenyapkan Hamas dari Tebing Barat.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) pada Rabu bahawa ahli-ahli parlimen yang diculik Israel itu telah diganggu oleh pihak keselamatan PA yang telah menyerbu kediaman dan pejabat serta turut menahan saudara mara dan kenalan mereka.

Abu Zuhri menekankan bahawa perancangan ini tidak akan berjaya mematahkan gerakan Hamas di Tebing Barat. Manakala dalam satu kejadian berasingan, pihak keselamatan militia PA menculik 8 warga Palestin yang berhubungan baik dengan Hamas di Kota Nablus, Ramallah, Baitulmaqdis dan Salfit, demikian menurut sumber tempatan pada Rabu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan