Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 28 Disember 2010

Hamas Seru Agar Pengkhianat Didakwa


29 Disember 2010 - Gaza - Gerakan Hamas, pada ulangtahun kedua perang Israel di Gaza, menyeru agar semua yang mengkhianati rakyat Palestin serta perjuangan nasional dibawa ke muka pengadilan dan menuntut kumpulan pecahan Fatah untuk menghentikan penangkapan berunsur politik terhadap rakyat Palestin serta melepaskan para tahanan di penjara sekiranya ia benar-benar ingin menamatkan perpecahan dalaman.

Dalam sebuah kenyataan akhbar, Hamas juga menyeru agar diberikan penelitian ke atas dokumen Wikileaks tentang perang Gaza dalam usaha mengambil pelajaran dari apa yang telah berlaku serta mengadili mereka-mereka yang bersekongkol menentang Palestin.

"Musuh tidak berani mengambil sebarang langkah peperangan tanpa mendapat lampu hijau dari Amerika Syarikat, yang pada ketika itu sedang melalui masa peralihan dalam hal-ehwal kepimpinannya, dan menerima sokongan serta restu dari beberapa buah negara serantau, dan galakan dari pihak berkuasa Abbas. Zionis kemudiannya berjanji kepada semua pihak terbabit yang ia hanya perlu melancarkan sebuah serangan kilat yang hanya akan berlangsung selama tiga hari dan semuanya akan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada projek Zionis di rantau itu tanpa pihak yang bekerjasama perlu menanggung malu," Gerakan Islam tersebut menekankan.

"Meskipun wujud persengkokolan dan perancangan, perjuangan Palestin yang dipelopori oleh Gerakan Islam Hamas mampu membuat pihak musuh dan sekutu-sekutunya faham yang kuasa Allah lebih hebat dan semangat jiwa-jiwa yang merdeka tidak akan mampu ditidakkan oleh bom-bom atau dikalahkan oleh persengkolon yang tidak adil," tambahnya lagi. Hamas juga menekankan yang ia tidak akan samasekali lupakan semua negara dan pemimpin yang telah membantu Gaza untuk berdiri teguh dalam menghadapi sebarang kesulitan dan konspirasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan