Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 2 Disember 2010

Israel Beri Amaran Kepada Washington Untuk Jual Kepada Arab


3 Disember 2010 - Dalam siri pembongkaran telegram rahsia yang telah disiarkan dalam sesawang Wikileaks, telegram tersebut mendedahkan bahawa Israel telah memberi amaran kepada AS akan penjualan senjatanya ke negara-negara Arab yang disifatkan sebagai "pertengahan" (kadang-kadang berpihak kepada Israel dan kadang-kadang sebaliknya) kerana takut akan menjadi musuh Israel di masa depan.

Satu pertemuan telah dilakukan pada bulan Julai 2009 antara pemimpin Jabatan Pertahanan dan Luar Negeri Israel dan Andrew Shapiro, setiausaha Negara AS - keadaan politik dan tentera - Israel memberi amaran kepada AS akan berlaku pemindahan senjata ke Mesir, Arab Saudi, Lubnan - yang disifatkan oleh Israel sebagai negara pertengahan - kerana takut negara-negara itu akan menjadi musuhnya di masa depan.

Telegram tersebut menjelaskan bagaimana Kaherah, Mesir, sedang melatih tenteranya untuk menghadapi rejim Israel kerana mereka yakin bahawa Israel sebenarnya adalah musuh keamanan dan perdamaian dengan Israel tidak stabil.

Kebocoran telegram tersebut, menyebut juga terdapat laporan "kekhuatiran" oleh beberapa pegawai senior di Jabatan Tentera Darat dan Kementerian Luar Negeri Israel dalam pertemuan mereka dengan pimpinan kerajaan AS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan